Penternakan lestari di Sarawak membuktikan bahawa melalui pengurusan sisa, penggunaan sumber tempatan, dan inovasi teknologi hijau, ekonomi kitaran dapat dijayakan, meningkatkan pendapatan penternak, menjimatkan kos, memelihara alam sekitar, serta membuka laluan kepimpinan generasi muda dalam sektor pertanian.
Dr. Siong Jing Jing, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Bahagian Bintulu, menjelaskan bahawa sistem pengurusan sisa ternakan merupakan langkah awal yang penting dalam ekonomi kitaran.
Pengurusan tinja ternakan, jika dilakukan dengan teliti, bukan sahaja menepati konsep ekonomi kitaran dengan menjadikannya sumber baja organik, malah turut mengurangkan risiko penyakit seperti kekacingan.
Tambah beliau, sistem pengurusan sisa ini, walaupun kelihatan mudah, sebenarnya ia memerlukan ketelitian dan perancangan yang rapi.
Baca lanjut :


