Exclusive Content:

Vandalisme Sebagai Jenayah: Satu Tinjauan Perundangan di Sarawak

Artikel ini meneliti isu vandalisme di Sarawak dari perspektif perundangan dan sosial.

Adakah Vandalisme Satu Masalah Sosial yang Serius?

Dengan merujuk data terkini, inisiatif kerajaan, serta cadangan berasaskan bukti, artikel ini menegaskan kepentingan pendekatan menyeluruh untuk mengawal vandalisme yang semakin membimbangkan.

Sarawak Menuju Masa Depan Tenaga Hijau Untuk Pembangunan Mampan

Sarawak memacu agenda tenaga hijau melalui tenaga hidro, ekonomi hidrogen, dan teknologi bersih, menjadikannya peneraju serantau dalam peralihan tenaga, menarik pelaburan besar serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

NADI Menghubungkan Komuniti dan Memperkasa Literasi Maklumat

Di Sarawak, usaha merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar semakin terserlah melalui transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ke arah model perkhidmatan pintar.

Langkah ini terbukti berkesan dalam memperkukuh literasi digital dan memperluas capaian maklumat kepada komuniti luar bandar, sekali gus memperlihatkan bagaimana inisiatif berasaskan komuniti mampu menjadi tulang belakang kepada pembangunan masyarakat digital yang inklusif.

NADI bukan sekadar pusat Internet semata-mata, tetapi menjadi pemangkin utama dalam membantu masyarakat memahami, menguasai dan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan taraf hidup dan keupayaan ekonomi.

NADI diwujdukan dengan matlamat agar tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan teknologi

Ia berfungsi sebagai wadah bagi komuniti, khususnya di kawasan luar bandar, untuk mendapatkan maklumat tentang pelbagai inisiatif kerajaan dan menggunakan Internet bagi meningkatkan kemahiran serta keusahawanan digital mereka.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pengendali telekomunikasi terpilih di bawah Program Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP).

Ia dilaksanakan dengan matlamat agar tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan teknologi, selaras dengan usaha memperkukuh inklusiviti digital di seluruh negeri.

Sehingga Julai 2024, sebanyak 131 buah NADI telah beroperasi di Sarawak, dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada hari cuti umum.

Jadual operasi ini memastikan komuniti luar bandar sentiasa mendapat akses kepada maklumat, kemudahan Internet dan perkhidmatan digital yang relevan.

Dilengkapi dengan akses Internet percuma, komputer, mesin fotostat, pencetak, mesin laminasi serta bilik latihan lengkap dengan projektor, setiap NADI direka bagi menyokong pelaksanaan program latihan dan aktiviti komuniti setempat.

NADI memainkan peranan penting dalam menjadikan Sarawak lebih inklusif secara digital

Pusat-pusat ini turut diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus tempatan yang bertanggungjawab merancang program, menganjurkan latihan komuniti dan memantau operasi harian.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh keterlibatan masyarakat setempat dalam tadbir urus pusat, malah membina rasa kepemilikan bersama terhadap kemajuan digital kampung mereka.

Menurut Pengarah MCMC Negeri Sarawak, Encik Adiman Ajem, ketika ditemu bual RAKAN Sarawak, tenaga kerja tempatan memainkan peranan penting dalam memastikan NADI kekal relevan dan berkesan.

Beliau menjelaskan bahawa peranan pengurus dan fasilitator tempatan bukan sekadar pentadbir, tetapi juga sebagai pendidik, pemimpin dan penghubung yang memahami keperluan masyarakat.

Dari sudut pandang MCMC, NADI berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi tempatan dengan membuka peluang pekerjaan baharu dalam komuniti dan memperluas potensi keusahawanan luar bandar melalui platform digital.

Pelbagai kelas kecil seperti asas pengkomputeran, bengkel keusahawanan digital dan sebagainya telah dijalankan di NADI Kampung Peninjau Baru,Bau

Ia turut menjadi ruang pembelajaran inklusif bagi pelajar yang sebelum ini terpinggir akibat kekurangan akses Internet di rumah.

Encik Adiman turut menegaskan bahawa pelaksanaan NADI sejajar dengan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030, khususnya di bawah Tonggak Strategik 5 iaitu Asas Ekonomi Digital yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, keusahawanan dan keterangkuman sosial.

Melalui kelas, bengkel kemahiran dan program keusahawanan digital yang dijalankan, masyarakat kini lebih bersedia untuk menyertai ekonomi digital, iaitu satu langkah penting bagi memastikan kesejahteraan sosial turut berkembang seiring dengan kemajuan teknologi.

Dalam tinjauan lapangan yang dijalankan oleh RAKAN Sarawak, tiga (3) buah NADI iaitu di Kampung Pasir Pandak, Kampung Telaga Air serta Kampung Peninjau Baru (Bau) telah memperlihatkan pelaksanaan aktif di peringkat akar umbi.

Ketiga-tiga pusat ini menunjukkan kesungguhan komuniti tempatan dalam menggerakkan pelbagai program literasi digital dan keusahawanan yang sejajar dengan matlamat utama NADI iaitu:

  • Menyediakan capaian Internet dan perkhidmatan digital di kawasan kurang liputan;
  • Memperkasa komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik; serta
  • Menyebarkan maklumat sahih dan terkini mengenai dasar serta inisiatif kerajaan kepada penduduk setempat.

Di Kampung Peninjau Baru, pelbagai kelas kecil seperti asas pengkomputeran, penggunaan Internet secara selamat dan bengkel keusahawanan digital telah dijalankan untuk membantu penduduk memanfaatkan teknologi dalam kehidupan seharian.

Pendekatan inklusif ini memberi peluang kepada pelajar, belia dan golongan wanita untuk belajar dalam suasana komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain.

Manakala di Kampung Pasir Pandak, kemudahan NADI telah banyak membantu penduduk mendapatkan akses Internet tanpa perlu bergantung kepada tambah nilai prabayar.

Ketua Kampung menyifatkan pusat tersebut sebagai pemangkin kemajuan setempat, khususnya dalam membantu pelajar mengikuti pembelajaran berasaskan teknologi serta memudahkan usahawan tempatan memasarkan produk ke pasaran lebih luas melalui platform digital.

Sementara itu, NADI di Kampung Telaga Air menjadi contoh bagaimana fasilitator tempatan mampu memainkan peranan penting dalam membimbing belia luar bandar memahami penggunaan peranti mudah alih dan aplikasi dalam talian secara produktif.

Melalui latihan literasi digital yang berterusan, belia kini lebih yakin menggunakan teknologi bukan sahaja untuk hiburan, tetapi juga bagi tujuan pendidikan, pekerjaan dan perniagaan.

NADI memperkasa komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik

Sejak penubuhannya pada tahun 2008, pelaksanaan NADI di Sarawak telah memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran digital, ICT, STEM, Internet Pelbagai Benda (IoT), keusahawanan, kemahiran insaniah dan kesedaran komuniti.

Sebahagian besar program dilaksanakan melalui kerjasama dengan universiti tempatan, institusi TVET dan penyedia perkhidmatan pekerjaan bagi membuka peluang pendidikan, latihan dan pembangunan kerjaya kepada penduduk luar bandar.

Selain menyokong program utama MCMC, pengurus NADI turut proaktif menganjurkan bengkel kecil berasaskan keperluan komuniti setempat seperti latihan asas komputer, keselamatan siber dan pemasaran digital bagi membantu masyarakat meningkatkan tahap kemahiran mereka.

Menurut Encik Adiman, segala usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah memperkasa sumber manusia agar masyarakat luar bandar turut sama bersedia menyertai arus ekonomi digital negeri.

Beliau menambah bahawa pencapaian NADI membuktikan keberkesanan pendekatan komuniti dalam menjayakan dasar kerajaan.

Sehingga April 2024, lebih 157,750 individu telah menyertai aktiviti dan memanfaatkan kemudahan di NADI seluruh Sarawak, dengan 54 peratus terdiri daripada wanita manakala 46 peratus adalah lelaki.

Menariknya, 60 peratus pengguna berumur antara 22 hingga 59 tahun, menunjukkan penyertaan aktif golongan tenaga kerja produktif yang menjadi sasaran utama dalam pembangunan ekonomi digital.

Selain itu, sebanyak 372,684 peserta telah mengikuti pelbagai program dan sesi latihan yang dianjurkan di seluruh Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, 3,850 usahawan mikro telah menerima latihan dalam bidang keusahawanan digital, dengan hasil jualan keseluruhan melebihi RM2.56 juta antara Jun 2021 hingga Disember 2023.

Angka-angka ini bukan sekadar statistik, tetapi bukti nyata bahawa inisiatif berasaskan komuniti mampu mencipta kesan ekonomi sebenar apabila digerakkan dengan komitmen dan sokongan yang berterusan.

Secara keseluruhan, NADI terus memainkan peranan penting dalam menjadikan Sarawak lebih inklusif secara digital.

Ia bukan hanya platform capaian Internet, tetapi juga pusat pembelajaran, inovasi dan jaringan sosial yang menghubungkan masyarakat luar bandar dengan dunia maklumat moden.

Kejayaan pelaksanaan NADI mengajar bahawa digitalisasi bukan semata-mata tentang infrastruktur atau teknologi, tetapi tentang manusia iaitu, bagaimana mereka menyesuaikan diri, saling membimbing dan berkembang bersama.

Dari Kuching hingga Bau, kisah kejayaan ini membuktikan bahawa perubahan digital bukan lagi milik bandar semata-mata, tetapi hak setiap warga tanpa mengira geografi.

Dengan infrastruktur yang kukuh, tenaga penggerak tempatan yang berdedikasi serta kerjasama strategik pelbagai pihak, inisiatif ini melangkah seiring dengan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030.

Usaha bersepadu ini membina masa depan literasi digital yang menyeluruh, satu papan kekunci demi satu kemajuan komuniti yang semakin berdaya saing dalam era ekonomi digital.

Latest

JKKK Pemacu Komuniti, Penjana Solusi Dalam Menyemarakkan Pembangunan Desa

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarawak berperanan sebagai pemacu pembangunan desa melalui kepimpinan berwibawa, tadbir urus cekap, inovasi komuniti, serta kerjasama strategik kerajaan dan rakyat.

Vandalisme Sebagai Jenayah: Satu Tinjauan Perundangan di Sarawak

Artikel ini meneliti isu vandalisme di Sarawak dari perspektif perundangan dan sosial.

Kelebihan dan Kecemerlangan Institusi dan Polisi Pendidikan Sarawak

Sarawak kini sedang giat merealisasikan aspirasinya untuk menjadi hab pendidikan dan modal insan menjelang tahun 2030. Dalam mencapai matlamat ini, pelbagai institusi dan inisiatif strategik telah diwujudkan seperti Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), dan Sarawak Research and Development Council (SRDC). Artikel ini akan menelusuri bagaimana kejayaan institusi dan polisi pendidikan negeri ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan Sarawak, selaras dengan agenda Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai pemboleh ubah utama.

Adakah Vandalisme Satu Masalah Sosial yang Serius?

Dengan merujuk data terkini, inisiatif kerajaan, serta cadangan berasaskan bukti, artikel ini menegaskan kepentingan pendekatan menyeluruh untuk mengawal vandalisme yang semakin membimbangkan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Ekopelancongan Serian Mendidik dan Memakmurkan Komuniti

Borneo Empurau Farm and Resort (BEFR) di Serian muncul sebagai model ekopelancongan Sarawak yang menyatukan pemuliharaan alam, inovasi pertanian dan pemberdayaan komuniti, sekali gus membuktikan kemajuan mampu dicapai seiring kelestarian dan nilai bersama yang berkekalan.
spot_imgspot_img

JKKK Pemacu Komuniti, Penjana Solusi Dalam Menyemarakkan Pembangunan Desa

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarawak berperanan sebagai pemacu pembangunan desa melalui kepimpinan berwibawa, tadbir urus cekap, inovasi komuniti, serta kerjasama strategik kerajaan dan rakyat.

Vandalisme Sebagai Jenayah: Satu Tinjauan Perundangan di Sarawak

Artikel ini meneliti isu vandalisme di Sarawak dari perspektif perundangan dan sosial.

Kelebihan dan Kecemerlangan Institusi dan Polisi Pendidikan Sarawak

Sarawak kini sedang giat merealisasikan aspirasinya untuk menjadi hab pendidikan dan modal insan menjelang tahun 2030. Dalam mencapai matlamat ini, pelbagai institusi dan inisiatif strategik telah diwujudkan seperti Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), dan Sarawak Research and Development Council (SRDC). Artikel ini akan menelusuri bagaimana kejayaan institusi dan polisi pendidikan negeri ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan Sarawak, selaras dengan agenda Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai pemboleh ubah utama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here