Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyatakan bahawa suasana masa kini memerlukan kita (masyarakat Sarawak) perlu memberi tumpuan kepada kuasa siber dan kuasa kognitif atau “cyberpower and brain power” bagi menggerakkan Sarawak ke hadapan.
“Di bawah ekonomi digital, ilmu pengetahuan, kemahiran, rangkaian, inovasi, serta segala cabang ilmu pengetahuan adalah perlu dikuasai kerana teknologi bukan sahaja telah mengubah cara kita bekerja tetapi juga pencapaian dan produktiviti kita,” jelas Premier Sarawak.
“Kita merancang pembangunan mengikut acuan sendiri. Namun, dalam masa yang sama penekanan kita ialah pembangunan secara lestari,” kata beliau lagi.
Baca lanjut :

