Exclusive Content

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Pembangunan Projek Taman Pertanian Teliti Sungai Sebiew

Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk melaksanakan projek Taman Pertanian Teliti atau ‘Precision Farming Park’ di Sungai Sebiew (Bintulu) dan di Kabuluh (Miri).

Pembangunan projek tersebut akan bermula dalam tahun 2024, kata Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg semasa membentangkan Belanjawan Negeri 2024 dalam Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada November tahun lepas.

Pembangunan projek Taman Pertanian Teliti akan dilengkapi dengan kemudahan pertanian tepat dan moden bagi mempercepatkan pembangunan pertanian moden di Sarawak.

Difahamkan, projek di Sungai Sebiew dan Kabuloh kini berada di peringkat akhir perancangan dan pembinaan dijangka akan bermula pada suku pertama tahun ini dengan mengambil masa selama lapan belas (18) bulan.

Projek Taman Pertanian Teliti ini amat penting untuk dilaksanakan kerana ia dijangka akan menarik penglibatan besar belia dan usahawan tani di kawasan berkenaan serta di negeri ini untuk menceburi diri dalam bidang pertanian berteknologi tinggi.

GPS digunakan untuk perancangan pertanian, pemetaan tapak, pengambilan sampel tanah, pemandu traktor dan sebagainya (Foto: https://koran-jakarta.com/images/article/teknologi-navigasi-gps-bantu-bangun-sistem-pertanian-pintar-221028174020.jpg)

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, taman-taman ini akan memberi tumpuan kepada penanaman sayur-sayuran bernilai tinggi seperti tomato, cili, halia, dan bawang merah.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada November tahun lepas dan beliau turut memaklumkan bahawa model perniagaan yang dicadangkan untuk Taman Pertanian Teliti adalah berdasarkan Rakan Kongsi Awam-Swasta-Masyarakat (PPCP).

Menerusi model ini, kerajaan akan menyediakan tanah dilengkapi kemudahan infrastruktur asas, utiliti serta kemudahan pertanian moden seperti mesin automatik, sensor dan Internet Kebendaan (IoT).

Ini adalah sebahagian daripada pengenalan Kecerdasan Buatan (AI) dalam amalan pertanian dan industri melalui Pertanian Teliti.

Bagi sektor swasta, mereka akan mengendalikan taman ini, menyediakan sokongan teknikal dan bantuan serta membantu petani kecil pertanian sekitar dalam memasarkan hasil pertanian mereka, kata beliau semasa.

Pusat Latihan Pertanian (ATC) Sungai Sebiew menjadi pusat pembelajaran kaedah pertanian moden (Foto: https://suarasarawak.my/atc-sungai-sebiew-pusat-pembelajaran-pertanian-moden/)

Secara dasarnya, taman pertanian teliti ini merupakan kluster rumah hijau berteknologi tinggi yang akan ditawarkan kepada agropreneur serta sektor swasta yang bertindak sebagai syarikat ‘anchor’ untuk menanam tanaman makanan bernilai tinggi seperti salad, cili, halia, tomato dan tembikai emas.

Pertanian teliti ini adalah antara teknologi baharu yang diperkenalkan dalam sektor pertanian di Sarawak memandangkan keadaan geografi Sarawak yang meliputi kawasan yang luas turut mendorong penggunaan teknologi ini dalam pengurusan tapak tanaman secara spesifik.

Konsep pengurusan pertanian teliti ini dilakukan berdasarkan pemantauan, pengukuran dan tindak balas terhadap variasi antara bidang tanaman.

Malah penggunaan pertanian teliti ini dilengkapi dengan kamera berteknologi tinggi yang dipasang pada dron.

Dalam pertanian teliti ini, kita menggunakan sensor yang lebih canggih atau “advance” seperti kamera-kamera yang berbilang spectrum (multispectral camera).

Dengan penggunan kamera ini, kita boleh melihat kesihatan tanaman, kondisi air yang mencukupi atau atau tidak, kandungan baja yang cukup atau tidak serta menjadi panduan untuk kita sama ada hendak merancang membuat saliran air di tapak tanaman atau hendak tingkatkan pembajaan.

Secara dasarnya, matlamat penyelidikan pertanian teliti ini adalah untuk menentukan sistem sokongan keputusan untuk pengurusan ladang secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, di Sarawak penggunaan teknologi tersebut masih kurang, cuma terdapat segelintir Syarikat yang telah menggunakan pertanian ketepatan ini dalam sektor pertanian moden.

Di Sarawak, penggunaan teknologi pertanian teliti ini agak baharu dan hanya beberapa syarikat yang sudah menggunakan teknologi ini tetapi penggunaan secara meluas masih belum lagi.

Merujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian_jitu, pertanian teliti ini merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pembajaan, pengairan, makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi.

Dengan kata lain istilah pertanian teliti adalah melakukan dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul.

Pertanian teliti memerlukan teknologi baharu seperti penjejak sistem kedudukan geografi (GPS), alat pengesan, satelit dan sistem teknologi maklumat yang dapat membantu petani memahami dan menilai keadaan seperti:

  • Masa yang baik untuk menanam benih
  • Jumlah baja yang betul
  • Meramal jumlah tuaian hasil tanaman secara tepat
Mekanisme pertanian presisi (Foto: Pinterest)

Latest

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...
spot_imgspot_img

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here