Exclusive Content

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Pendidikan Bangsa Bersatu Padu

Ketika British memerintah Tanah Melayu suatu ketika dahulu iaitu sebelum tahun 1957, sekolah-sekolah di Tanah Melayu adalah bersifat tidak formal dan penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.

Terdapat lima (5) jenis persekolahan semasa penjajahan British iaitu, Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular India, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama (Madrasah).

Sekolah Vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan di sekolah.

Sekolah Melayu Gelugor di Pulau Pinang merupakan sekolah melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1826 dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pelajar dalam sekolah aliran Inggeris ketika British memerintah Tanah Melayu sebelum tahun 1957 – Gambar hiasan Sumber: http://www.iwm.org.uk/collections/item/object/205232407

Sekolah Vernakular Cina pula menggunakan Bahasa Cina atau Mandarin sebagai bahasa pengantar manakala guru-guru dan buku teks diimport dari China.

Contoh sekolah Vernakular Cina ialah SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

Sekolah Vernakular Tamil pula menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar manakala guru, kurikulum serta buku teks diimport dari India dan contoh sekolah Tamil ialah SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.

Sekolah Rendah Santubong Sarawak Pada Tahun 1960 (https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftwitter.com)

Sekolah Inggeris yang ditubuhkan di kawasan bandar mula diperkenalkan dalam kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905 dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar.

Penang Free School (1816) merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan di mana guru-guru yang mengajar merupakan paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

Selepas Merdeka, Dasar Pendidikan Negara telah digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa yang memberikan perhatian kepada perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan seimbang, harmonis dan berakhlak.

Terdapat tiga laporan pendidikan selepas kemerdekaan iaitu Laporan Razak, Penyata Rahman Talib dan Akta Pelajaran.

Antara fakta yang terkandung dalam Laporan Razak – Gambar hiasan

Laporan Razak yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein (Menteri Pendidikan) pada tahun 1957 bertujuan untuk menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan membina satu sistem pendidikan kebangsaan serta mengkaji semua struktur pendidikan negara.

Antara cadangan laporan Razak ialah;

  1. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar bagi semua peringkat persekolahan
  2. Satu jenis kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama, berpusat dan bercorak kebangsaan

Penyataan Rahman Talib yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan)  adalah untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada Februari 1960.

Tujuan Penyata Rahman Talib adalah untuk menyemak semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan serta membaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.

Antara cadangan Penyata Rahman Talib;

  1. Pendidikan secara percuma di sekolah rendah
  2. Kenaikan darjah secara automatik hingga tingkatan 3
  3. Peperiksaan penilaian darjah 5 diwujudkan
  4. Memajukan pendidikan teknik dan vokasional

Sementara, Akta Pelajaran yang dilaksanakan pada tahun 1961 adalah bertujuan untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang akan memupuk perkembangan kebudayaan, ekonomi dan politik.

Situasi pembelajaran di sekolah rendah pada masa kini

Terdapat empat institusi pendidikan semasa iaitu;

  1. Pra Sekolah/Tadika
  2. Sekolah Rendah
  3. Sekolah Menengah
  4. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Prasekolah merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki tahun satu.

Pendidikan sekolah rendah pula mengambil masa enam tahun di mana kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teknik Matang -Gambar hiasan

Seterusnya ialah Sekolah Menengah yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan satu hingga Tingkatan tiga) dan Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan empat hingga Tingkatan lima.

Akhir sekali ialah IPTA / IPTS di mana terdapat lebih kurang 20 buah IPTA di Malaysia serta lebih 400 IPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Univerisit Malaysia Sarawak (UNIMAS) – laman sesawang UNIMAS

Latest

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...
spot_imgspot_img

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here