Exclusive Content:

Vandalisme Sebagai Jenayah: Satu Tinjauan Perundangan di Sarawak

Artikel ini meneliti isu vandalisme di Sarawak dari perspektif perundangan dan sosial.

Adakah Vandalisme Satu Masalah Sosial yang Serius?

Dengan merujuk data terkini, inisiatif kerajaan, serta cadangan berasaskan bukti, artikel ini menegaskan kepentingan pendekatan menyeluruh untuk mengawal vandalisme yang semakin membimbangkan.

Sarawak Menuju Masa Depan Tenaga Hijau Untuk Pembangunan Mampan

Sarawak memacu agenda tenaga hijau melalui tenaga hidro, ekonomi hidrogen, dan teknologi bersih, menjadikannya peneraju serantau dalam peralihan tenaga, menarik pelaburan besar serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Pendidikan Percuma Membawa Keadilan Sosial

Keadilan sosial tidak akan tercapai jika pendidikan masih menjadi hak istimewa dan bukannya hak asas untuk semua.

Di Sarawak, jurang antara pelajar di bandar dan luar bandar bukan hanya dari segi prasarana sekolah atau guru, tetapi juga dari segi peluang dan sokongan akademik.

Ramai pelajar luar bandar terutama daripada keluarga berpendapatan rendah bergelut untuk bersaing secara adil dengan rakan sebaya di kawasan lebih membangun, sekali gus menyumbang kepada kitaran kemiskinan antara generasi yang sukar diputuskan.

Dalam konteks ini, pendidikan bukan sahaja perlu disediakan, tetapi juga dijamin mampu diakses tanpa halangan kewangan.

Jika tidak, jurang sosial akan terus melebar dan masyarakat akan terus terbahagi antara “mereka yang mampu belajar” dan “mereka yang hanya mampu bermimpi”.

Menjawab cabaran tersebut, Kerajaan Sarawak telah meletakkan pendidikan sebagai pemacu utama dalam Belanjawan Negeri 2025 dengan teras strategik “Memperkukuh Pembangunan Bakat dan Pendidikan”.

Pelbagai program diluncurkan bukan sekadar untuk meningkatkan angka penyertaan pendidikan, tetapi untuk menghapuskan diskriminasi peluang berdasarkan status ekonomi.

Antaranya ialah Program Penambahbaikan Pendidikan Sarawak atau Sarawak Education Enhancement Programme (SEEP).

Program ini memberi tumpuan kepada pelajar luar bandar dengan menyediakan tuisyen percuma dalam mata pelajaran teras, sekali gus menjadi intervensi berkesan untuk memecahkan dominasi pelajar bandar dalam pencapaian akademik.

Menurut artikel iloveborneo bertarikh 21 April 2025 yang ditulis oleh Farisha, Kerajaan Sarawak melaksanakan Program Tuisyen Percuma bagi pelajar Tingkatan 3 hingga 5 yang mendapat markah rendah, khususnya di kawasan luar bandar.

Program ini turut mengenal pasti cabaran seperti isu pengangkutan dan makanan yang sering menghalang pelajar daripada hadir ke kelas tambahan.

Di samping itu, bantuan awal seperti subsidi yuran TASKA dan TADIKA, geran pendidikan awal dan peruntukan besar kepada SeDidik mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk membina asas keadilan sosial sejak awal usia kanak-kanak.

Apa yang lebih penting, pendidikan percuma ini tidak hanya disasarkan kepada pelajar muda, tetapi juga kepada golongan dewasa.

Inisiatif ini membuka semula laluan pendidikan kepada mereka yang terpaksa menangguhkan pengajian kerana komitmen kewangan atau keluarga.

Menurut sumber yang sama (iloveborneo), Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) di peringkat institusi pengajian tinggi milik negeri, dengan penajaan yuran penuh serta elaun sara hidup sebanyak RM15,000 setahun untuk pelajar yang layak.

Tambahan pula, pelajar menerima bantuan poket tambahan sebanyak RM1,200 setahun menerusi sistem kelayakan yang berpaksikan pendapatan per kapita isi rumah, bukan semata-mata kategori B40 atau M40, sekali gus menjadikannya lebih adil dan inklusif.

Kesan awal inisiatif ini mula menampakkan hasil apabila ramai pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah tidak lagi terpaksa bekerja sambilan secara berlebihan, sekali gus dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik.

Di sekolah luar bandar pula, guru-guru melaporkan peningkatan ketara dalam motivasi pelajar yang terlibat dalam program SEEP.

Salah satu kesan positif yang paling menyerlah ialah lonjakan ketara dalam bilangan pelajar di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) meningkat lima kali ganda daripada sekitar 1,000 kepada lebih 5,000 pelajar, didorong oleh pengurangan yuran pengajian sehingga 50%.

Lebih membanggakan, kemasukan pelajar Bumiputera turut mencatat peningkatan signifikan, menandakan satu kemenangan besar bagi agenda pendidikan inklusif di negeri ini.

Ini membuktikan bahawa apabila beban kewangan dikurangkan, penyertaan meningkat secara dramatik.

Dengan sistem yang lebih inklusif, pelajar bukan hanya hadir ke sekolah tanpa beban yuran, tetapi juga mendapat akses kepada sumber digital, bahan rujukan, bimbingan akademik, dan sokongan psikososial.

Ini menjadikan pendidikan satu pengalaman yang menyeluruh, bukan hanya mengejar kelulusan semata-mata.

Namun begitu, pendidikan percuma sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh prasarana pendidikan yang berkualiti.

Capaian internet yang tidak stabil, kekurangan guru pakar, dan infrastruktur yang usang di beberapa kawasan luar bandar masih menjadi penghalang kepada kesan maksimum dasar ini.

Selain itu, perlu juga diambil kira kualiti kurikulum dan kaedah pengajaran supaya pelajar bukan sekadar lulus peperiksaan tetapi benar-benar bersedia menghadapi dunia sebenar.

Menyambung sokongan terhadap ucapan dasar Tuan Yang Terutama, YB Puan Dayang Noorazah binti Awang Sohor turut membawa suara penghargaan semasa pembentangan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, sempena perasmian Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada 19 Mei 2025.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga sebagai anak Sarawak atas pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak, khususnya di bawah Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), yang begitu komited dalam membela nasib pelajar berkeperluan dan berpotensi tinggi.

Beberapa inisiatif utama yang disebut beliau termasuk:

  1. Program Komputer Riba Percuma bagi memperkasa akses kepada pembelajaran digital;
  2. Bantuan Kewangan Khas (BKK) bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah; dan
  3. FTES yang turut menyediakan elaun sebanyak RM15,000 setahun bermula tahun 2026, khusus untuk pelajar anak Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi milik negeri.

Beliau juga menyambut baik pengumuman terbaharu oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang disiarkan menerusi portal berita TV Sarawak (TVS).

Premier Sarawak menyatakan bahawa, inisiatif pendidikan percuma ini kini diperluas kepada golongan pekerja yang terpaksa menangguhkan pengajian disebabkan komitmen keluarga atau kekangan kewangan.

Perluasan dasar ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan pendidikan sepanjang hayat, sejajar dengan prinsip keterangkuman sosial.

Inisiatif ini amat bermakna, bukan hanya dari sudut memberi peluang kedua kepada rakyat Sarawak untuk melanjutkan pengajian, tetapi juga menggalakkan mobiliti sosial dan pengembangan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja dewasa.

Ini akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan produktiviti negeri serta menyokong transformasi ekonomi Sarawak ke arah ekonomi berpengetahuan dan berasaskan inovasi.

Sarawak telah menunjukkan bahawa apabila pendidikan dijadikan keutamaan, ia mampu menjadi alat yang paling berkesan untuk mengangkat darjat rakyat.

Pendidikan percuma yang diperkenalkan bukan sekadar dasar ekonomi atau bantuan kebajikan, tetapi strategi berasaskan keadilan sosial yang menyeluruh dalam merapatkan jurang, membuka harapan, dan menyemai rasa kepercayaan rakyat terhadap masa depan yang lebih baik.

Jika pendekatan ini diteruskan dengan penambahbaikan berterusan termasuk memperluas kepada IPT luar negeri, memperkukuh pendidikan vokasional dan membina kerjasama industri, potensi Sarawak akan terus berkembang.

Negeri ini berpeluang menjadi contoh unggul dalam menjadikan pendidikan sebagai kunci utama kepada pembangunan yang inklusif, adil dan berdaya tahan menjelang 2030.

Rujukan tambahan:

  1. https://www.facebook.com/iloveborneomy. (2025, April 21). I Love Borneo. I Love Borneo. https://www.iloveborneo.my/elaun-tuisyen-percuma-sarawak
  2. Burhanuddin, A. (2025, May 18). Pekerja Sarawak kini boleh lanjutkan pelajaran secara percuma – TVS. TVS. https://www.tvsarawak.my/2025/05/18/pekerja-sarawak-kini-boleh-lanjutkan-pelajaran-secara-percuma/

Latest

JKKK Pemacu Komuniti, Penjana Solusi Dalam Menyemarakkan Pembangunan Desa

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarawak berperanan sebagai pemacu pembangunan desa melalui kepimpinan berwibawa, tadbir urus cekap, inovasi komuniti, serta kerjasama strategik kerajaan dan rakyat.

Vandalisme Sebagai Jenayah: Satu Tinjauan Perundangan di Sarawak

Artikel ini meneliti isu vandalisme di Sarawak dari perspektif perundangan dan sosial.

Kelebihan dan Kecemerlangan Institusi dan Polisi Pendidikan Sarawak

Sarawak kini sedang giat merealisasikan aspirasinya untuk menjadi hab pendidikan dan modal insan menjelang tahun 2030. Dalam mencapai matlamat ini, pelbagai institusi dan inisiatif strategik telah diwujudkan seperti Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), dan Sarawak Research and Development Council (SRDC). Artikel ini akan menelusuri bagaimana kejayaan institusi dan polisi pendidikan negeri ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan Sarawak, selaras dengan agenda Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai pemboleh ubah utama.

Adakah Vandalisme Satu Masalah Sosial yang Serius?

Dengan merujuk data terkini, inisiatif kerajaan, serta cadangan berasaskan bukti, artikel ini menegaskan kepentingan pendekatan menyeluruh untuk mengawal vandalisme yang semakin membimbangkan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

NADI Menghubungkan Komuniti dan Memperkasa Literasi Maklumat

NADI telah menjadi pemangkin utama transformasi digital luar bandar di Sarawak, memperkasa literasi maklumat, membuka peluang ekonomi dan menghubungkan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang inklusif selaras dengan aspirasi Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030.
spot_imgspot_img

JKKK Pemacu Komuniti, Penjana Solusi Dalam Menyemarakkan Pembangunan Desa

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarawak berperanan sebagai pemacu pembangunan desa melalui kepimpinan berwibawa, tadbir urus cekap, inovasi komuniti, serta kerjasama strategik kerajaan dan rakyat.

Vandalisme Sebagai Jenayah: Satu Tinjauan Perundangan di Sarawak

Artikel ini meneliti isu vandalisme di Sarawak dari perspektif perundangan dan sosial.

Kelebihan dan Kecemerlangan Institusi dan Polisi Pendidikan Sarawak

Sarawak kini sedang giat merealisasikan aspirasinya untuk menjadi hab pendidikan dan modal insan menjelang tahun 2030. Dalam mencapai matlamat ini, pelbagai institusi dan inisiatif strategik telah diwujudkan seperti Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), dan Sarawak Research and Development Council (SRDC). Artikel ini akan menelusuri bagaimana kejayaan institusi dan polisi pendidikan negeri ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan Sarawak, selaras dengan agenda Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai pemboleh ubah utama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here