Exclusive Content:

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

RMKe-13 Memartabat Ekonomi

Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMKe-13) dirangka sebagai kesinambungan terhadap kemahuan yang sungguh-sungguh Kerajaan Malaysia dalam memartabat ekonomi negara supaya berdaya saing, mampan dan disegani di peringkat global.

Keselamatan Siber Keutamaan Strategik Bagi Sarawak

Keselamatan siber kini menjadi keutamaan strategik bagi Sarawak seiring proses digitalisasi perkhidmatan awam, ekonomi digital dan peningkatan penggunaan perkhidmatan dalam talian oleh masyarakat.

Pendidikan Percuma Menjamin Akses Pendidikan di Sarawak

Sarawak, sebuah negeri yang luas dengan kepelbagaian geografi dan komuniti etnik, telah lama berdepan dengan cabaran akses pendidikan berkualiti, khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman.

Jarak ke sekolah, kekangan pengangkutan, ketidakmampuan keluarga untuk menanggung kos yuran, serta kekurangan sumber pembelajaran menjadi punca utama ketidaksamaan dalam sistem pendidikan.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar pendaftaran ke pengajian tinggi dalam kalangan pelajar B40 di Sarawak masih rendah berbanding purata nasional, mencerminkan realiti bahawa pendidikan tinggi sering dilihat sebagai ‘mewah’ dan bukan ‘keperluan’.

Masalah ini bukan hanya menjejaskan pembangunan individu, malah melemahkan potensi pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhan.

Dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi, kekurangan modal insan terlatih menjadi cabaran utama kepada kelestarian pertumbuhan negeri, lebih-lebih lagi menjelang sasaran Sarawak menjadi wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Keadaan sekolah yang baik mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa

Bagi menangani jurang akses ini, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah memperkenalkan pelbagai inisiatif progresif berasaskan prinsip “pendidikan untuk semua.”

Antaranya yang paling signifikan ialah Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang akan mula dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 2026.

FTES akan membiayai sepenuhnya yuran pengajian pelajar Sarawak yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Laila Taib (KLT), dan kampus antarabangsa seperti Swinburne Sarawak dan Curtin Malaysia.

Malah, pelajar turut menerima elaun RM15,000 setahun untuk menampung kos sara hidup.

Bagi anak-anak di peringkat awal pula, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.5 juta untuk subsidi yuran TASKA dan TADIKA kepada keluarga berpendapatan RM7,000 ke bawah serta RM20 juta kepada penyedia pendidikan awal seperti SeDidik.

Turut menyokong ekosistem ini ialah Program Pemerkasaan Pendidikan Sarawak (SEEP) iaitu program tuisyen percuma bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 di luar bandar dan golongan B40 yang memberikan bimbingan dalam mata pelajaran teras.

Peruntukannya telah ditingkatkan kepada RM20 juta pada tahun 2025. Langkah ini telah mula menunjukkan hasil yang positif.

SEEP kini melibatkan lebih banyak sekolah luar bandar dan mendapat sambutan tinggi daripada ibu bapa dan pelajar, yang rata-ratanya melihat program ini bukan sahaja sebagai tuisyen percuma, tetapi peluang kedua untuk mencapai cita-cita.

Pelajar yang sebelum ini kurang keyakinan diri kini lebih bermotivasi kerana tahu mereka tidak bersendirian dalam perjuangan pendidikan mereka.

Di peringkat pengajian tinggi, inisiatif ini juga memberi peluang kepada golongan pekerja dewasa yang pernah menangguhkan pelajaran atas sebab kewangan untuk menyambung semula pengajian.

Keberanian ini membuka lembaran baharu kepada pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning), yang penting untuk membina tenaga kerja berdaya tahan dan fleksibel.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini bukan tanpa cabaran kerana akses kepada maklumat berkaitan bantuan pendidikan masih terbatas di sesetengah kawasan terpencil, dan capaian internet menjadi penghalang besar bagi pembelajaran digital.

Tambahan pula, dasar ini hanya tertumpu kepada IPT milik Kerajaan Sarawak, menyebabkan pelajar yang memilih institusi swasta atau IPT luar negeri masih belum diliputi skim tersebut.

Menyambut aspirasi pendidikan percuma ini, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, semasa membentangkan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketika perasmian Persidangan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada hari Isnin, 19 Mei 2025, turut merakamkan penghargaan dan sokongan terhadap ucapan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan memainkan peranan amat penting dalam pembangunan negeri Sarawak, lebih-lebih lagi dalam era teknologi dan persaingan global yang semakin mencabar.

Menurut beliau, sistem pendidikan yang holistik akan dapat melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pemikiran kritikal yang amat diperlukan dalam menghadapi cabaran semasa dan merebut peluang dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.

Justeru, beliau menyambut baik pelancaran Dasar Pendidikan Tinggi Percuma kepada anak-anak Sarawak, yang menurutnya mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memastikan rakyat Sarawak dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini.

Inisiatif ini dilihat mampu melahirkan modal insan yang berdaya saing dan bersedia untuk membina masa depan negeri yang lebih cemerlang.

Dato’ Sri Huang turut menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Premier Sarawak, kerajaan akan terus memacu negeri ke arah mencapai matlamat Sarawak sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Beliau percaya bahawa dengan visi yang jelas, Sarawak mampu mencapai kemakmuran ekonomi (economic prosperity), keterangkuman sosial (social inclusivity) dan kelestarian alam (environmental sustainability).

Selain itu, Kerajaan Sarawak juga komited menyediakan pendidikan tinggi percuma bermula tahun 2026 kepada pelajar Sarawak yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi milik negeri.

Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti secara lebih menyeluruh dan inklusif, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.

Dengan segala usaha bersepadu ini, Sarawak sedang melakar masa depan yang lebih cerah di mana ia bukan sahaja sebagai negeri yang membangun dari segi fizikal, tetapi sebagai wilayah yang kaya dengan intelek, inovasi dan insan berdaya tahan untuk mendepani dunia yang semakin kompleks dan mencabar.

Langkah-langkah ini membuktikan bahawa agenda pendidikan dan pembangunan modal insan terus menjadi teras utama dalam hala tuju pembangunan negeri Sarawak.

Ia bukan sahaja tentang membina keupayaan tenaga kerja masa depan, tetapi juga mencerminkan prinsip keadilan sosial demi memastikan setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang, mendapat peluang yang sama untuk maju melalui pendidikan.

Apa yang boleh dipelajari daripada pendekatan Kerajaan Sarawak ini ialah, pentingnya dasar pendidikan yang inklusif, berasaskan keperluan setempat dan realiti ekonomi rakyat.

Pendidikan percuma di Sarawak bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi manifestasi komitmen Kerajaan Sarawak untuk membuka jalan mobiliti sosial, meningkatkan taraf hidup rakyat dan memecah kebuntuan peluang yang diwarisi.

Dengan pemantauan berterusan, kerjasama institusi pendidikan yang lebih kukuh, dan pelaburan dalam infrastruktur digital, Sarawak berpotensi menjadi model nasional dalam menjadikan pendidikan sebagai tonggak pembangunan lestari.

Latest

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

Teknologi Retort Perluaskan Pilihan dan Pasaran Produk KedeyIjam

Tidak ramai yang mengetahui mengenai teknologi retort, yang dahulunya terhad kepada misi kententeraan dan ekspedisi dimulakan tentera Amerika sekitar tahun 1960. Hanya sekitar tahun 1968, Jepun menjadi negara pelopor memperkenalkan makanan retort pertama kepada orang awam. Perkara ini turut memberikan idea kepada Usahawan Sarawak, Encik Ismail Hanizam Bin Safri iaitu Pengasas kedeyIjam untuk mengetahui keupayaan teknologi Retort dan bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah lebihan makanan telah membawa kepada penghasilan produk makanan secara retort.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Jalan Penyelesaian di Tengah Tekanan Kos Sara Hidup

Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat merupakan satu usaha yang tidak hanya menawarkan bantuan, tetapi menyediakan mekanisme jangka panjang untuk membolehkan rakyat berdiri atas kaki sendiri.
spot_imgspot_img

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here