Exclusive Content:

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.

Penghubung Komuniti: Mewujudkan Perpaduan Era Digital

Dalam era globalisasi dan teknologi yang berkembang pesat, dunia menjadi semakin terhubung melalui rangkaian digital.

Namun, paradoksnya, walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyediakan pelbagai peluang untuk menjalin hubungan sosial, jurang digital dan penyalahgunaan media sosial semakin mengancam perpaduan komuniti.

Walaupun hampir 97% rakyat Malaysia mempunyai akses kepada internet (MCMC, 2023), masih terdapat ketidaksaksamaan dalam penggunaan dan manfaat teknologi ini.

Komuniti luar bandar, warga emas, serta golongan berpendapatan rendah sering kali terpinggir dari arus digital, menyebabkan mereka sukar menyertai pembangunan ekonomi dan sosial yang semakin bergantung kepada kemahiran digital.

Walaupun hampir 97% rakyat Malaysia mempunyai akses kepada internet (MCMC, 2023), masih terdapat ketidaksaksamaan dalam penggunaan dan manfaat teknologi ini

Tambahan pula, penggunaan media sosial secara tidak terkawal dan tidak beretika telah menyumbang kepada penyebaran berita palsu, fitnah, dan ujaran kebencian yang menjejaskan keharmonian masyarakat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melaporkan peningkatan sebanyak 38% dalam aduan berkaitan penyalahgunaan media sosial pada tahun 2023.

Isu-isu yang timbul ini sering berkait rapat dengan perkauman, keagamaan dan politik, sekali gus mengancam kestabilan sosial dan perpaduan nasional.

Teknologi, yang seharusnya menjadi jambatan penyatuan, sebaliknya menjadi medan perpecahan apabila tiada kawalan dan literasi yang mencukupi dalam kalangan pengguna.

Antara punca utama situasi ini ialah jurang digital yang masih wujud, khususnya dari segi infrastruktur dan capaian internet di kawasan luar bandar.

Banyak kawasan masih tidak menikmati liputan internet yang stabil, menyukarkan penduduknya mengakses maklumat dan perkhidmatan digital.

Di samping itu, literasi digital yang rendah menyebabkan ramai pengguna tidak mampu menilai kandungan secara kritikal, menjadikan mereka mudah terpengaruh dengan maklumat palsu.

Kandungan dalam talian yang tidak mesra bahasa dan budaya setempat juga memburukkan lagi keadaan, menjadikan masyarakat tertentu berasa terpinggir daripada perkembangan digital.

Komuniti digital yang mantap perlu juga kepada keupayaan anggotanya oeka dan berusaha untuk menjaga integriti dan kepercayaan masyarakat

Namun begitu, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk menjadikan ICT sebagai alat penyatuan dan pembangunan komuniti.

Antara yang menonjol ialah program Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang diwujudkan oleh MCMC di lebih 1,000 lokasi seluruh negara.

PEDi bukan sahaja menyediakan kemudahan internet, tetapi juga menawarkan latihan literasi digital, keusahawanan dan pengurusan kandungan media sosial.

Ini memberi peluang kepada komuniti, terutamanya golongan B40 dan luar bandar, untuk meningkatkan pengetahuan dan menjana pendapatan secara dalam talian.

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk menjadikan ICT sebagai alat penyatuan dan pembangunan komuniti

Di Sarawak, Projek Komuniti Digital oleh Sarawak Multimedia Authority pula memberi fokus kepada penceritaan kandungan tempatan.

Penduduk dilatih untuk menghasilkan video, artikel, dan kandungan media sosial yang mempromosikan nilai-nilai perpaduan dan warisan budaya mereka.

Usaha ini secara langsung memupuk rasa bangga terhadap identiti sendiri dan mendorong penerimaan antara kaum.

Kempen literasi digital nasional seperti “Klik Dengan Bijak” turut memainkan peranan penting dalam mendidik pengguna, terutama golongan muda, mengenai etika dalam penggunaan internet.

Modul latihan dan video interaktif yang dikongsi melalui media sosial menggalakkan sikap saling menghormati, empati digital dan tanggungjawab dalam dunia maya.

Selain itu, NGO seperti Malaysians for Malaysia dan Projek Dialog telah mengambil inisiatif membina komuniti maya yang menyatukan rakyat dari pelbagai latar belakang melalui dialog antara agama, kelas bahasa silang kaum, dan aktiviti sukarelawan secara digital.

Semua ini menunjukkan bahawa teknologi boleh menjadi pemangkin kepada keharmonian jika digunakan secara strategik dan inklusif.

Kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, NGO dan individu amat penting bagi menjayakan usaha ini.

Setiap pihak membawa peranan tersendiri yang saling melengkapi dalam membina masyarakat digital yang inklusif dan harmoni.

Kerajaan perlu terus memperluaskan liputan internet dan merangka dasar yang menyokong akses digital yang saksama.

Ini penting bagi memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada manfaat teknologi dan peluang ekonomi digital.

Pihak swasta boleh menyediakan platform dan perkhidmatan yang inklusif, manakala sekolah dan universiti berperanan membina asas literasi digital yang kukuh dalam kalangan generasi muda.

Penglibatan sektor ini boleh mempercepatkan pembangunan bakat digital serta membuka peluang kerjaya berasaskan teknologi.

Komuniti sivil dan individu pula harus memainkan peranan sebagai agen perubahan dengan mempromosikan naratif positif, berkongsi maklumat sahih dan menggalakkan toleransi dalam ruang digital.

Peranan aktif masyarakat ini dapat mengukuhkan etika dalam penggunaan ICT serta membentuk budaya digital yang lebih bertanggungjawab dan bersatu.

Kesimpulannya, teknologi bukan bersifat baik atau buruk secara mutlak. Ia adalah alat yang bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya.

ICT mempunyai potensi besar untuk menyatukan masyarakat jika disertai dengan dasar yang menyeluruh, pendidikan digital yang mantap, serta penyertaan aktif semua pihak.

Dalam menghadapi cabaran era digital ini, kita harus memilih untuk menggunakan teknologi sebagai penghubung komuniti, bukan pemecah belah.

Dengan pendekatan yang bijak, inklusif dan strategik, ICT boleh menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh dan lestari.

Rujukan:
Internet Users Survey 2023  https://www.mcmc.gov.my/en/resources/statistics/internet-users-survey

MCMC Consumer Complaints Report 2023 –  https://www.mcmc.gov.my/en/resources/statistics/consumer-complaints

Latest

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.
spot_imgspot_img

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar,...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam besen? Ternakan berkonsepkan ekonomi kitaran ini telah pun diusahakan oleh sekelompok kecil komuniti di Mukah. Teknik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here