Exclusive Content:

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

RMKe-13 Memartabat Ekonomi

Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMKe-13) dirangka sebagai kesinambungan terhadap kemahuan yang sungguh-sungguh Kerajaan Malaysia dalam memartabat ekonomi negara supaya berdaya saing, mampan dan disegani di peringkat global.

Keselamatan Siber Keutamaan Strategik Bagi Sarawak

Keselamatan siber kini menjadi keutamaan strategik bagi Sarawak seiring proses digitalisasi perkhidmatan awam, ekonomi digital dan peningkatan penggunaan perkhidmatan dalam talian oleh masyarakat.

Perkasa Belia Menerusi Penubuhan Koperasi

Di tengah cabaran ekonomi yang semakin mencabar, tidak dinafikan bahawa belia di Sarawak tidak terkecuali menghadapi pelbagai halangan dalam menceburi bidang keusahawanan.

Menurut Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Tahun Pertama 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun menurun kepada 10.0% pada suku tahun pertama 2024. https://storage.dosm.gov.my/labour/lfs_qtr_2024-q1.pdf?utm_source

Pada masa kini, ramai belia termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar yang tamat pengajian tanpa memiliki kemahiran perniagaan atau modal bertindak memulakan usaha sendiri.

Di sebalik potensi besar belia Sarawak dalam dunia keusahawanan, mereka masih berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menghalang kejayaan mereka dalam bidang perniagaan.

Antaranya, kekurangan modal permulaan, kurang kemahiran pengurusan, serta keterbatasan dalam pemasaran dan jaringan perniagaan.

Namun, penubuhan koperasi belia muncul sebagai satu penyelesaian berdaya maju untuk mengatasi masalah ini dan membuka ruang yang lebih luas kepada belia untuk maju dan berjaya.

KO-Bis Berhad menyediakan khidmat nasihat an bimbingan untuk menubuhkan koperasi (Sumber:httpswww.facebook.comkoperasibeliainovatifswkphotos_by)

Salah satu halangan paling ketara ialah isu kekurangan modal permulaan sedangkan ramai belia yang mempunyai semangat tinggi tetapi terhad dari segi dana untuk memulakan perniagaan.

Modal yang tidak mencukupi menyukarkan mereka untuk membeli peralatan, bahan mentah, atau menjalankan pemasaran yang efektif.

Melalui koperasi belia, modal ini dapat dikumpulkan secara kolektif daripada ahli-ahlinya malah, turut memudahkan akses kepada modal yang lebih besar selain membuka peluang kepada ahli untuk memohon pelbagai geran kerajaan dan pinjaman koperasi yang direka khas untuk usahawan muda.

Infografik ringkas menerangkan tentang proses membangunkan belia menerusi penubuhan koperasi

Masalah kedua yang kerap menghantui belia ialah kekurangan kemahiran keusahawanan dan pengurusan perniagaan.

Tanpa ilmu pengurusan kewangan, pemasaran digital, dan operasi perniagaan yang mantap, mereka sukar untuk mengekalkan kelangsungan dan perkembangan perniagaan.

Koperasi belia mengambil inisiatif menyediakan pelbagai program latihan berterusan untuk membina kemahiran ini dalam kalangan ahli.

Latihan ini bukan sekadar memberi ilmu praktikal, tetapi juga membina keyakinan dan kepimpinan, agar belia dapat mengurus dan mengembangkan perniagaan secara berkesan.

Di samping itu, kekurangan rangkaian dan pasaran yang luas turut menjadi penghalang utama yang akhirnya menyebabkan produk mereka tersekat di peringkat pemasaran kerana kurangnya jaringan yang berkesan.

Justeru, Koperasi belia telah berfungsi sebagai platform penghubung yang menyeluruh, memudahkan koordinasi pemasaran secara kolektif.

Melalui koperasi, jenama produk dibina bersama, dan peluang jualan dibuka bukan sahaja di pasar tempatan, tetapi juga melalui bazar, pameran, dan platform e-dagang yang kian berkembang pesat.

Motivasi juga menjadi aspek penting dalam kejayaan usahawan belia kerana kekurangan sokongan dan semangat berpasukan membuatkan ramai belia mudah berputus asa.

Namun, semangat gotong-royong yang diamalkan dalam koperasi membina suasana kerjasama dan sokongan rakan sebaya yang erat.

Ini menanamkan motivasi yang tinggi, memperkukuh semangat juang, dan menjadikan ahli koperasi lebih tabah menghadapi cabaran.

Selain itu, akses kepada teknologi dan inovasi yang terkini adalah cabaran yang tidak kurang pentingnya.

Belia di kawasan luar bandar sering kekurangan peluang untuk mengadaptasi teknologi baharu yang dapat meningkatkan keberkesanan perniagaan mereka.

Melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi, koperasi belia memperkenalkan teknologi moden dan idea inovasi terkini kepada ahli.

Program bimbingan digital dan bengkel pemasaran dalam talian membantu belia menguasai kemahiran penting dalam perniagaan era digital.

Pengurusan risiko perniagaan juga menjadi aspek yang sukar difahami oleh usahawan muda apatah lagi, tanpa pengalaman dan bimbingan, mereka berisiko terjerumus ke dalam masalah kewangan dan operasi.

Koperasi belia menyediakan mentor dan bimbingan khas untuk membantu ahli mengenal pasti risiko, merancang strategi perniagaan, serta menghadapi cabaran dengan bijak dan sistematik.

Pendekatan ini meningkatkan daya tahan perniagaan dan membantu belia merancang masa depan yang lebih kukuh.

Akhir sekali, masalah pengaliran keluar tenaga muda dari kawasan luar bandar ke bandar besar terus menjadi isu kritikal di Sarawak.

Ketiadaan peluang perniagaan yang mencukupi menyebabkan ramai belia meninggalkan kampung halaman.

Dengan penubuhan koperasi belia yang aktif dan berdaya saing di luar bandar, peluang perniagaan dapat dibangunkan dengan lebih meluas.

Ini membuka ruang kepada belia untuk terus berusaha dan meraih pendapatan di tempat asal, sekali gus mengekalkan tenaga muda dan memperkukuh ekonomi setempat.

Penubuhan koperasi belia bukan sahaja menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh usahawan muda, malah membina satu ekosistem yang menyokong pembangunan belia secara menyeluruh.

Dengan sokongan kerajaan, agensi berkaitan, dan komuniti, koperasi belia mampu menjadi nadi utama dalam melahirkan generasi usahawan muda yang kompeten, inovatif dan berdaya saing di Sarawak.

Koperasi belia berfungsi sebagai platform yang menggabungkan sumber, kemahiran, dan tenaga anak muda secara kolektif.

Melalui koperasi, modal permulaan dikumpulkan dari ahli, sekali gus memudahkan akses kepada geran dan pinjaman daripada agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Salah satu contoh kejayaan ialah Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS) yang ditubuhkan pada 10 Ogos 2011.

KOBIS aktif dalam pembangunan keusahawanan, inovasi, serta kemahiran belia di Sarawak dan sejak penubuhannya, KOBIS telah menjalankan lebih 100 program pembangunan belia.

Di atas sumbangan mereka dalam pembangunan belia, KOBIS telah menerima pengiktirafan iaitu Anugerah Sarawak NGO Youth Chief Minister pada tahun 2016 dan Anugerah Anak Sarawak pada tahun 2018.

https://www.tvsarawak.my/2023/04/17/kobis-dan-mysed-komited-perkasa-belia-rancakkan-ekonomi-sarawak

Mereka juga telah menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, termasuk Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MySED), untuk memperkasakan belia dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di Sarawak.

Kerjasama ini bertujuan untuk membincangkan strategi baharu, termasuk meneroka bidang yang belum diceburi serta mencungkil bakat belia.

Koperasi ini menyediakan pelbagai program latihan dan sokongan kepada ahlinya untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Sebagai contoh, KOBIS telah mengadakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran usahawan belia di Sarawak, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Borneo pada 27 Januari 2023.

https://www.utusanborneo.com.my/2023/01/27/dubs-kobis-anjur-program-tingkat-kemahiran-usahawan-belia-di-sarawak

Secara dasarnya, penubuhan koperasi belia di Sarawak tidak bergerak sendiri kerana beberapa agensi turut memainkan peranan penting antaranya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

KUSKOP melalui SKM menyediakan pelbagai geran dan pinjaman untuk membantu usahawan, termasuk belia, dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sementara ANGKASA menyokong pembangunan model perniagaan dan tadbir urus koperasi.

MARA pula menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan, termasuk belia, dengan had maksimum sehingga RM2 juta bergantung kepada jenis pembiayaan manakala MYSED menawarkan latihan dan dana keusahawanan belia.

Walaupun potensi besar, koperasi belia turut berdepan cabaran seperti kekurangan pengalaman dalam pengurusan dan pemasaran, serta memastikan penyertaan aktif ahli.

Oleh itu, sokongan berterusan dari kerajaan, NGO, dan sektor swasta dalam bentuk mentor usahawan, inkubasi perniagaan, serta insentif cukai amat diperlukan.

Kerajaan Sarawak juga boleh mempertimbang penubuhan ruang niaga khas dan peruntukan bajet untuk mengukuhkan koperasi belia di seluruh negeri.

Penubuhan koperasi belia bukan sahaja memperkukuh ekonomi anak muda, tetapi juga memperkasa mereka dengan kemahiran kepimpinan, semangat kerjasama dan keupayaan mengurus perniagaan.

Latest

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

Teknologi Retort Perluaskan Pilihan dan Pasaran Produk KedeyIjam

Tidak ramai yang mengetahui mengenai teknologi retort, yang dahulunya terhad kepada misi kententeraan dan ekspedisi dimulakan tentera Amerika sekitar tahun 1960. Hanya sekitar tahun 1968, Jepun menjadi negara pelopor memperkenalkan makanan retort pertama kepada orang awam. Perkara ini turut memberikan idea kepada Usahawan Sarawak, Encik Ismail Hanizam Bin Safri iaitu Pengasas kedeyIjam untuk mengetahui keupayaan teknologi Retort dan bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah lebihan makanan telah membawa kepada penghasilan produk makanan secara retort.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Jalan Penyelesaian di Tengah Tekanan Kos Sara Hidup

Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat merupakan satu usaha yang tidak hanya menawarkan bantuan, tetapi menyediakan mekanisme jangka panjang untuk membolehkan rakyat berdiri atas kaki sendiri.
spot_imgspot_img

Dari Ladang ke Laman sesawang: Usahawan Belia Pertanian Moden di Sarawak

Pertanian di Sarawak sedang memasuki era baharu. Jika dahulu sektor ini sering dikaitkan dengan kerja berat dan hasil yang tidak menentu, kini generasi muda mula melihat pertanian sebagai industri bernilai tinggi yang mampu menjana pendapatan mapan. Dengan sokongan kerajaan negeri, penerapan teknologi moden dan peningkatan penggunaan digital, golongan belia semakin berani melakukan transformasi menghubungkan ladang terus ke pembeli melalui laman sesawang, e-dagang, platform media sosial dan aplikasi mudah alih.

Kepelbagaian Produk Berasaskan Buah Tempatan Jana Ekonomi Tempatan

Sarawak Fruit Enterprise mengubah dabai dan buah-buahan tempatan lain menjadi produk yang membantu dalam memacu pembangunan ekonomi usahawan setempat sekali gus memperluas pasaran produk, dan mempromosikan identiti Sarawak di pentas global.

Strategi RMKe-13 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup

Dalam konteks pembangunan negara menuju 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) hadir sebagai dokumen terpenting yang bukan sekadar merangka strategi ekonomi, tetapi juga menggariskan satu misi besar iaitu menaikkan lantai kehidupan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here