Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Program Bimbingan INSKEN di Sarawak Jana Peningkatan Hasil Jualan

Program Bimbingan INSKEN di Sarawak Jana Peningkatan Hasil Jualan

Sejumlah 119 usahawan di negeri Sarawak menjana hampir RM2 Juta peningkatan hasil jualan melalui program bimbingan yang dilaksanakan oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) di sepanjang tahun 2024

Ia merangkumi semua empat (4) Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) yang terbahagi kepada beberapa industri iaitu Kafe & Restoran, Jualan Pasar Raya, Spa dan Bakeri.

Selain peningkatan hasil jualan tersebut, program utama INSKEN ini juga berjaya mencipta 93 pekerjaan baharu dan 10 usahawan telah bertukar status perniagaan mereka daripada mikro kepada kecil.

Manakala 25 peserta yang menyertai INSKEN Start-Up Coaching telah mencatat 287% peningkatan skor diagnostik dalam jangka masa enam (6) bulan mengikuti program bimbingan usahawan permulaan ini.

Berbeza daripada Program IBBC, INSKEN Start-Up Coaching tidak diukur lonjakan hasil jualan, namun peningkatan skor diagnostik dinilai sebelum dan selepas menyertai program ini melalui 12 elemen utama iaitu konsep perniagaan, produk, harga, pemasaran, jualan, pengurusan kewangan, logistik/pengedaran, operasi/pembuatan, teknologi/inovasi, pelabur, pasukan kerja dan kepimpinan.

Walaupun INSKEN masih baharu di Sarawak, namun langkah membuka cawangan INSKEN di Sarawak tahun lalu (2023), menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus bin Azharuddin ternyata menghasilkan impak positif apabila lebih ramai usahawan di negeri ini mengambil peluang serta inisiatif untuk mendapatkan bantuan dari segi latihan serta bimbingan.

Menurut beliau, setiap RM1 dibelanjakan untuk melaksanakan program bimbingan di Bumi Kenyalang ini, memberi pulangan sebanyak RM2.90 kepada ekonomi negara yang sekali gus turut meningkatkan kemajuan pembangunan ekosistem keusahawanan di Sarawak.

INSKEN, menurutnya  akan terus kekal proaktif membantu usahawan di Sarawak dan meningkatkan bantuan kepada mereka yang berada di kawasan pedalaman termasuklah dengan cara berkolaborasi bersama pelbagai agensi di sini.

Antara kisah kejayaan usahawan INSKEN ini seperti Encik Addruce Mijim Abdullah dari Kuching Sarawak yang juga merupakan peserta terbaik bagi Program IBBC Jualan Pasar Raya. Selepas dibimbing melalui program ini, beliau berjaya meningkatkan 361% hasil jualan produk pencuci pakaian miliknya iaitu J&J Services Trading.

Antara strategi baharu yang dilaksanakan ketika mengikuti program ini adalah dengan menghasilkan SOP baharu, melaksanakan sistem pengurusan stok dan menambah nilai produk melalui permohonan sijil-sijil berkaitan.

Begitu juga dengan 220% peningkatan hasil jualan berjaya dicipta oleh Puan Kristina binti Nain yang menjalankan perniagaan Sedap Santai Cafe menjadikan beliau peserta terbaik bagi Program IBBC Kafe & Restoran. Hasil jualan melonjak apabila beliau membuat penetapan harga menu seiring dengan kos bahan mentah dan memantapkan strategi pemasaran menggunakan platform media sosial.

Tidak terkecuali Encik Faizal bim Rambli yang turut dinobatkan sebagai peserta terbaik bagi Program INSKEN Start-Up Coaching. Beliau yang menjalankan perniagaan Kafe & Restoran, D’Piorr Corner Café berjaya mencatat 353% peningkatan skor diagnostik.

Hasil bimbingan dari Industry Coach dan BisKaunselor INSKEN, beliau telah menambah menu tempatan seperti Mee Kolok dan Laksa Sarawak serta menawarkan servis katering yang menyasarkan penduduk di sekitar Bau.

Selain itu, harga menu juga telah ditetapkan semula dengan mengambil kira keuntungan margin yang sekaligus menyumbang kepada peningkatan skor diagnostik perniagaannya.

Kejayaan pelaksanaan dua (2) program bimbingan di Sarawak ini juga merupakan daripada hasil kerjasama berterusan INSKEN dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sarawak iaitu melalui Program IBBC Kafe & Restoran serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menerusi Program INSKEN Start-Up Coaching.

Kesemua 144 usahawan Sarawak iaitu 119 peserta Program IBBC dan 25 daripada Program INSKEN Start-Up Caoching telah diraikan melalui Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sarawak 2024 di Kuching Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Secara keseluruhan, Program Bimbingan INSKEN telah mencatat RM9.4 Juta lonjakan hasil jualan, 203 pekerjaan baharu melalui 377 usahawan yang telah dibimbing di sepanjang tahun ini. Hasil pencapaian ini dijangka akan meningkat kerana dua (2) lagi Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN akan diadakan tahun ini iaitu di Sabah dan Lembah Klang.

Info Tambahan

  • Melalui program bimbingan ini, usahawan Sarawak telah merekodkan peningkatan hasil jualan sebanyak lebih RM 1.89 juta dan menyediakan 93 pekerjaan baharu.
  • Lebih membanggakan lagi apabila 2.9 nilai gandaan berjaya dicipta daripada Program IBBC. Ini bermaksud, setiap RM1 yang dibelanjakan untuk melaksanakan program tersebut, ia memberi pulangan sebanyak RM2.90 kepada ekonomi negara.
  • Pencapaian cemerlang 10 usahawan Sarawak iaitu antaranya (Syarikat Masyhur Jati, Arif Hani Kitchen dan Eva Cakes) yang berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga bertukar status perniagaan daripada kategori mikro kepada kecil.
  • Program INSKEN Start-Up Coaching merupakan program bimbingan selama 6 bulan oleh Industry Coach dan BisKaunselor mengikut industri seperti Postnatal Care, Spa, Bakeri, Jahitan dan lain-lain. Pencapaian program ini diukur melalui peningkatan skor diagnostik.
  • INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) adalah program bimbingan selama 4 bulan mengikut industri seperti spa, bakeri, kafe dan restoran serta banyak lagi. Bimbingan yang diberikan oleh pakar industri ini menyasarkan peningkatan minimum 25% hasil jualan serta penambahan pekerjaan baharu.
  • Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program latihan dan bimbingan.
  • INSKEN berwawasan untuk memantapkan perniagaan usahawan yang berdaya maju, lestari, mapan di samping merealisasikan serta mengukuhkan lagi ekosistem keusahawanan negara.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here