Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Usaha Menjadikan Sarawak Pembekal Makanan Serantau

Pada masa ini, Sarawak masih mengalami defisit dalam imbangan perdagangan bahan makanan, misalnya pada tahun 2017, nilai eksport keseluruhannya berjumlah RM1.02 bilion dan lima (5) tahun kemudian, iaitu pada tahun 2021, ia meningkat kepada RM1.11 bilion (sekitar 9% sahaja).

Manakala, nilai import pada tahun 2017 adalah sebanyak RM4.61 bilion dan meningkat kepada RM5.77 bilion (25%) pada tahun 2021.

Ia menjadikan defisit meningkat sebanyak hampir 30% di mana pada tahun 2017 defisit adalah RM3.59 bilion, kemudian meningkat kepada RM4.66 bilion pada tahun 2021.

Tanaman cili yang ditanaman menggunakan sistem fertigasi di TKPM Rampangi dapat mengeluarkan hasil yang memberangsangkan

Sehubungan itu, bidang pertanian telah menjadi antara fokus utama dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang pada dasarnya adalah bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan bersih menjelang tahun 2030.

Demikian dikatakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail semasa Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kesembilan Belas pada 23 November 2022.

Bagi merealisasikan matlamat kerajaan tersebut, M-FICORD telah mengambil beberapa pendekatan utama antaranya ialah dengan memberi fokus kepada pengeluaran produk agro makanan bernilai tinggi dan berskala komersial seperti tanaman nanas, pisang, kelapa dan durian.

Buah durian dibawa ke CPPC Tarat untuk diproses menjadi pes durian
Pes durian sedang diproses di CPPC Tarat

M-FICORD juga terus komited untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta di bawah model perniagaan atau Public Private and Community Partnership (PPCP) yang mana pihak swasta akan membantu dari segi pembelian dan pemasaran manakala petani akan mengeluarkan produk pertanian.

Ke arah usaha tersebut, Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga didorong untuk turut memainkan peranan mereka dalam menjayakan inisiatif ini.

Selain itu, M-FICORD juga sedang meningkatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Inovasi, memperkasakan penggunaan teknologi moden dan digital di sepanjang rantaian nilai pengeluaran (the whole supply chain).

Ladang Nanas di Saramanis, Miri
Kaedah pembajaan yang lebih sistematik

Pada masa yang sama, M-FICORD turut membangunkan serta menaik taraf infrastruktur pertanian dan mengembangkan kawasan pengeluaran agro makanan seperti agropark, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan sebagainya.

M-FICORD telah melaksanakan pelbagai inisiatif sejak tahun 2017 dan inisiatif-inisiatif tersebut akan terus dilaksanakan sehingga tahun 2030 antaranya ialah:

  1. Membangunkan Agropark Sg. Baji di Sarikei;
  2. Membangunkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan produk pertanian atau  Collection, Prosessing and Packaging Center) (CPPC) di Tarat, Layar, Lawas dan juga Limbang;
  3. Membangunkan pasar borong di Samarahan
  4. Membangunkan tujuh (7) TKPM di Kabuloh, Rampangi, Semenggok, Penipah, Pejiru, Kubong dan Sungai Ma’aw;
  5. Penswastaan tiga (3) Stesen Ternakan iaitu di Temudok (Sri Aman), Karambungan (Miri) dan Maragang (Lawas); dan
  6. Penswastaan empat (4) Stesen Pertanian iaitu di Kabuloh (Miri), Debak, Sungai Tisak dan Batang Ai. (Projek-projek ini ada yang sudah siap dan ada juga masih dalam peringkat pelaksanaan).

Sehubungan itu, Kerajaan melalui Jabatan Pertanian juga telah melaksanakan pelbagai program dan projek seperti pembangunan industri buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan dan lada, namun kebanyakan perusahaan ini masih dilaksanakan secara berskala kecil.

Pokok rock melon yang ditanaman menggunakan sistem fertigasi di TKPM Rampangi dapat mengeluarkan hasil yang memberangsangkan
Projek tanaman menggunakan sistem fertigasi di TKPM Rampangi

Oleh itu, untuk memperkembangkan industri ini, M-FICORD akan mengenal pasti sektor swasta yang berpotensi untuk menerajui pembangunan industri agro makanan melalui model perniagaan iaitu Public Private and Community Partnerships.

Mengimbas kembali semasa pelancaran Pelan Tindakan dan Pelaksanaan (AIP) bagi PCDS 2030 pada 7 Februari 2022, Premier Sarawak memaklumkan Kerajaan Sarawak akan mewujudkan hubungan langsung dengan peruncit serantau dalam sektor pertanian untuk memanfaatkan peluang rantaian bekalan pertanian global.

Menurut beliau, usaha tersebut bertujuan untuk membina model pembekal langsung dalam sektor pertanian memandangkan rangkaian bekalan global yang melemah, justeru kecekapan dan daya tahan tinggi amat penting.

Oleh sebab itu, Sarawak mesti memanfaatkan potensi dua (2) juta hektar tanah pertanian kita untuk menghasilkan makanan dan produk hiliran pertanian.

Proses menuai padi di Sri Aman menggunakan teknologi moden

Pada masa yang sama, Kerajaan juga turut memberi galakan kepada sektor swasta yang mempunyai modal, teknologi dan kepakaran untuk meneroka pengeluaran huluan bagi buah-buahan, sayur-sayuran, penternakan haiwan dan makanan laut premium untuk dieksport terutamanya ke negara-negara berpendapatan tinggi yang disasarkan.

Kerana itu, amatlah penting bagi Sarawak mempunyai prasarana fizikal dan digital yang efektif justeru, beliau menyeru usahawan pertanian agar meningkatkan keupayaan dan kualiti pengeluaran mereka melalui model dan pendekatan pertanian komersial yang inovatif.

Beliau menjamin Kerajaan Sarawak tidak akan mengehadkan diri hanya untuk menghasilkan produk segar yang mempunyai jangka hayat terhad.

Hal ini kerana terdapat peluang yang luas untuk kita terokai terutamanya dalam aktiviti pembuatan hiliran pertanian seperti pemprosesan makanan, makanan tambahan, farmaseutikal, kosmetik dan pelbagai produk bio organik.

Dalam merealisasikan matlamat Sarawak untuk menjadi pembekal makanan serantau juga, M-FICORD bersama Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak akan memperkenalkan Pelan Induk Industri Agromakanan yang komprehensif.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah berlangsung pada 30 November 2022 (Rabu).

Menurut beliau, langkah itu adalah bagi memastikan terdapat sinergi dan penjajaran yang sewajarnya dalam rancangan membangunkan industri agromakanan bersama-sama dengan agensi pembangunan wilayah.

Antaranya ialah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa memastikan keselamatan makanan (food securtity) adalah satu perkara yang sangat penting dan harus diberi perhatian.

Kerana itu, bagi memastikan Sarawak tidak berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, M-FICORD telah mengambil langkah-langkah perlu bagi membangunkan ekosistem pertanian yang lebih berdaya tahan.

Antara inisiatif yang telah diambil ialah, membangunkan industri padi dan beras; meningkatkan keluaran daging lembu dan produk tenusu; serta memperbanyakkan lagi program pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Dalam pada itu, bagi membantu merealisasikan matlamat Sarawak untuk menjadi pembekal makanan serantau ini, aspek pengurusan pertanian secara mapan tidak boleh diabaikan.

Kemapanan dalam sektor pertanian telah difahami sebagai sesuatu pembangunan pertanian yang berlaku apabila sumber aslinya terkawal dan terurus dengan baik.

Kemapanan itu tidak hanya berpandukan kepada satu perkara sahaja iaitu alam sekitar tetapi mestilah bersifat menyeluruh dengan tidak mengasingkan faktor sosial dan tadbir urus.

Kebanyakan model kemapanan sektor pertanian yang diamalkan adalah berteraskan kepada pertanian secara organik untuk menjaga sumber tanah, menghindarkan penggunaan bahan kimia dan racun serangga serta penyakit yang akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Namun, sektor pertanian yang menerapkan prinsip kemampanan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) akan dapat memastikan produk dan perkhidmatan tempatan akan terus berdaya saing.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here