Exclusive Content

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Sarawak Komited Bangunkan Agropelancongan

Agropelancongan adalah subsektor yang wujud daripada aktiviti pelancongan yang kini kian berkembang kerana mampu mewujudkan peluang kepada komuniti di sesuatu tempat meraih pendapatan.

Lazimnya, aktiviti agropelancongan memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman melancong ke kawasan pertanian atau penternakan dengan turut serta dalam aktiviti yang dilakukan oleh pengusaha.

Aktiviti sektor pertanian yang luas seperti penanaman buah-buahan, sayuran dan penternakan juga sudah tentu dapat meningkatkan pendapatan pengusaha jika diusahakan dengan sebaiknya, lebih-lebih lagi apabila aktiviti tersebut boleh dijadikan produk makanan dan pelancongan.

Di Sarawak, agropelancongan bukan sahaja produk pelancongan yang baharu, bahkan juga merupakan pengalaman khusus yang sangat dicari yang juga merupakan satu peluang untuk mempromosikan tanah Sarawak yang unik kepada dunia.

Khazanah pertanian di Sarawak yang melimpah ruah berpotensi untuk memenuhi keperluan pelancong serta menawarkan pengalaman yang menarik melalui aktiviti agropelancongan, seterusnya membuatkan pelancongan menghargai inti pati sebenar tanah, masakan dan tradisi masyarakat tempatan.

Menurut Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, agropelancongan bukan sahaja mampu menarik kedatangan pelancong, malah juga dapat meningkatkan kehidupan masyarakat dan memudahkan usaha pembangunan luar bandar.

Hal tersebut dikatakan demikian kerana pelancongan berasaskan komuniti yang merupakan bahagian penting dalam agropelancongan dapat memperkasa penduduk tempatan dengan melibatkan mereka secara langsung dalam aktiviti pelancongan.

Sektor agropelancongan turut memberi peluang kepada pembangunan produk hiliran daripada hasil pertanian

Selain daripada membawa faedah ekonomi, penglibatan penduduk dalam agropelancongan juga dapat mengukuhkan nilai dalam memelihara persekitaran pertanian, ekologi dan budaya setempat serta membolehkan penggunaan tanah secara mampan.

Perkara tersebut adalah antara inti pati dalam teks ucapan perasmian Premier Sarawak yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan pada Majlis Perasmian Persidangan dan Ekspo Agropelancongan Sarawak (SatCE) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 28 Ogos lepas.

Persidangan yang berlangsung selama tiga (3) hari menghimpunkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara yang berkongsi dan membincangkan topik seperti trend global dan dasar serantau dalam agropelancongan, pelancongan regeneratif, pengeluaran makanan berasaskan komuniti, pelancongan ladang dan petunjuk kemampanan.

SatCE 2023 menghimpunkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk berkongsi maklumat mengenai agropelancongan dan bidang yang berkaitan

Dalam teks ucapan tersebut, Premier Sarawak turut menekankan betapa perlunya komitmen dalam sektor pertanian diutamakan sebelum mengenal pasti kawasan yang boleh dijadikan sebagai destinasi agropelancongan dan dengan memastikan sebahagian besar pendapatan datang terus daripada hasil pertanian, asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang mampan boleh diwujudkan sebelum sektor pelancongan disegerakan dan dipromosikan.

Tatkala Sarawak menceburi sektor agropelancongan, peluang keusahawanan juga dibuka melalui perkhidmatan perhotelan seperti inap desa, pemandu pelancong dan produk pertanian hiliran.

Kesemua aktiviti berkenaan bakal mewujudkan ekosistem pertumbuhan ekonomi yang memberi manfaat bukan Sahaja kepada pelawat, malah juga kepada usahawan dan komuniti tempatan.

Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030, agropelancongan memainkan peranan penting dalam inisiatif tersebut yang memberi tumpuan kepada keterangkuman sosial dan memacu faedah ekonomi dan sosial untuk seluruh rakyat Sarawak.

Menerusi usaha mempelbagaikan aliran pendapatan dan meneroka peluang perniagaan hiliran dalam agropelancongan, Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan petani dan mengurangkan kemiskinan.

Biarpun agropelancongan bukanlah sektor baharu, potensinya di rantau ini kekal berada di peringkat awal.

Sarawak mempunyai ladang, infrastruktur dan kemudahan sedia ada yang boleh dipromosikan secara strategik untuk meletakkan negeri ini berada di hadapan dalam agropelancongan.

Agropelancongan memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan yang diusahakan oleh pengusaha

Menerusi produk pelancongan tersendiri dan unik yang ditawarkan, Premier Sarawak yakin bahawa agropelancongan dapat meingkatkan pengiktirafan Sarawak melebihi tawaran biasa dalam promosi pelancongan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak komited utuk menyokong sepenuhnya pembangunan sektor agropelancongan di bawah PCDS 2030 yang akan memberi manfaat dan faedah ekonomi kepada komuniti dan negeri.

Latest

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...
spot_imgspot_img

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here