Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Sukan Agen Pemangkin Penyatuan

Sukan bukan sahaja satu bentuk aktiviti fizikal, malah juga adalah satu platform untuk manusia berinteraksi dan bersosial.

Aktiviti sukan dan rekreasi membentuk bahagian penting dalam kehidupan sosial komuniti dan berkait rapat dengan masyarakat dan politik (Jarvie & Maguire, 1994).

Sukan telah terbukti meningkatkan kesihatan, kecergasan dan pendidikan, mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan, memupuk layanan tanpa kekerasan di samping persaingan yang adil, semangat kerja berpasukan dan rasa hormat-menghormati, merapatkan jurang budaya dan etnik, menyumbang kepada dialog silang budaya, persefahaman, perpaduan, toleransi dan kewujudan bersama secara aman.

Hari ini, iaitu dalam era Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) (PBB, 2016), sukan dianggap sebagai agen pencegahan konflik, pembinaan keamanan dan Pembangunan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNOSDP, 2015).

Dalam konteks ini, ramai pihak melihat sukan sebagai pendekatan yang lebih kos efektif dalam menangani masalah sosial berbanding dengan memperbetulkan kesalahan dan akibat daripada jenayah dan bermacam-macam salah laku sosial.

Bekas atlet kayak negara, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff dalam coretan beliau di dalam akhbar tempatan yang disiarkan pada 2016 menyifatkan pencapaian cemerlang Malaysia pada Sukan Olimpik Rio 2016 telah melangkaui kegemilangan sukan serta berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang pada ketika itu dilanda dengan pelbagai isu yang tidak menentu seperti dalam hal politik termasuklah debat antara agama.

Mana tidaknya apabila seluruh rakyat meraikan kejayaan atlet-atlet negara seperti pasangan regu badminton Goh V Shem dan Tan Wee Kiong termasuk lagenda badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang hampir-hampir menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia namun akhirnya akur dengan pingat perak.

Begitu juga dengan kejayaan gandingan terjun Datuk Pandelela Rinong bersama Cheong Jun Hoong dan atlet berbasikal Datuk Azizulhasni Awang yang juga meraih pingat perak buat negara pada temasya tersebut.

Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama bersatu hati menyokong dan meraikan kejayaan atlet-atlet negara ketika berlangsungnya temasya Sukan Olimpik Rio 2016

Kecelaruan politik dan hal-hal lain yang tidak menyenangkan seakan terhenti buat seketika apabila seluruh rakyat bersatu memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet negara yang bertanding.

Suasana di restoran-restoran dan gerai-gerai makanan riuh dengan sorakan pengunjung berbilang kaum dan agama yang memberi sokongan kepada wira-wira sukan negara walaupun hanya di hadapan skrin televisyen menerusi siaran langsung.

Semuanya mengenepikan seketika ketidaksamaan dan perbezaan fahaman dalam pelbagai isu semasa yang berlaku pada ketika itu.

Penyatuan kaum melalui sukan juga telah berkembang di kebanyakan negara di dunia yang bertujuan untuk menyumbang kepada pembangunan sosial, promosi kesihatan, pembinaan keamanan termasuklah penyelesaian konflik.

Secara signifikannya, sukan dianggap sebagai wahana perubahan sosial dan menggalakkan nilai kemanusiaan dalam masyarakat.

Kerajaan Rwanda misalnya, menggunakan sukan sebagai agen penyatuan dan perpaduan rakyatnya selepas peristiwa penghapusan etnik Tutsi pada tahun 1994 telah memecah belahkan masyarakat dan meninggalkan trauma di negara berkenaan.

Program sukan yang dilaksanakan ke arah perpaduan dan perdamaian rakyat Rwanda mendedahkan bahawa promosi perpaduan dan perdamaian nasional telah menjadi asas kepada semua usaha negara dan asas untuk memerangi semua bentuk diskriminasi dan pengecualian (NURC, 2016).

Sukan telah memainkan peranan penting dalam membina semula kehidupan sosial rakyat Rwanda dan membantu dalam menyembuhkan luka dalam kalangan rakyat akibat daripada pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beberapa minggu selepas pembunuhan itu berakhir, satu perlawanan bola sepak telah dianjurkan di antara dua (2) kelab, iaitu Rayon Sports dan Kiyovu Sport.

Yakin terhadap kuasa sukan sebagai agen penyatuan, perlawanan tersebut diadakan bertujuan untuk mengembalikan kehidupan kepada sebilangan rakyat Rwanda yang telah berputus asa dan berputus harapan.

Rakyat Rwanda berkumpul di Stadium Wilayah Nyamirambo untuk meraikan kembalinya keamanan dan menunjukkan harapan untuk masa depan (Brown, 2014).

Hampir tiga dekad selepas peristiwa penghapusan etnik berlaku di Rwanda, bola sepak memainkan peranan penting dalam menyatukan semula rakyat di negara berkenaan

Sejak itu, penganjuran acara sukan semakin menjadi forum untuk menyampaikan mesej keamanan dan perdamaian yang disampaikan dengan berkesan kerana sukan dapat menarik sebilangan besar masyarakat, terutamanya golongan belia yang segelintir daripada mereka menjadi agresif apabila terlibat dalam aktiviti penghapusan etnik Tutsi pada 1994.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Rwanda juga menggunakan sukan sebagai agen peningkatan penyembuhan, pembangunan holistik, pemupukan daya tahan serta menjadi platform untuk menyampaikan nilai dan kemahiran hidup termasuk dari segi kepimpinan, keyakinan diri, kerja berpasukan, penyelesaian konflik, disiplin, sifat saling menghormati dan permainan (dalam sukan) yang adil.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here