Exclusive Content:

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

JPNIN Peneraju Perpaduan dan Keharmonian di Malaysia

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), agensi di bawah Kementerian Perpaduan negara diiktiraf sebagai peneraju perpaduan dan keharmonian Negara Malaysia.

Matlamat penubuhan JPNIN adalah untuk memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian negara berasaskan Perlembagaan dan Rukun Negara.

Bagi memastikan matlamat dapat dicapai, jabatan melalui Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030.

Sejarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Tujuan Pelan Pemerkasaan ini adalah untuk dijadikan sebagai dokumen rujukan utama yang menetapkan hala tuju Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pelan pemerkasaan ini menggariskan lima (5) teras iaitu;

  1. Memperkukuh kepimpinan komuniti Rukun Tetangga (RT) sebagai pemangkin perpaduan
  2. Memperkasakan khidmat komuniti sebagai tapak integrasi nasional
  3. Meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti menerusi aktiviti kesukarelawanan
  4. Memantapkan peranan KRT dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti
  5. Memperkasakan kelompok komuniti

Kelima-lima teras ini menekankan kepada aspek-aspek pemerkasaan dari segi kepimpinan, khidmat komuniti, kesukarelawan, keselamatan, keharmonian, kesejahteraan dan pengukuhan kelompok komuniti ke arah meningkatkan keberkesanan dan kecemerlangan KRT.

Demikian dinyatakan Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, Encik Giri anak Nyareng semasa ditemu bual oleh RAKAN Sarawak.

Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, Encik Giri anak Nyareng semasa ditemu bual oleh RAKAN Sarawak

Menurut beliau, pelan pemerkasaan ini diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti berimpak tinggi berdasarkan empat (4) Agenda Kerja Komuniti Kawasan Rukun Tetangga yang akan menyumbang kepada pengukuhan kesejahteraan, keselamatan dan perpaduan masyarakat iaitu;

  1. KRT Sejahtera
  2. KRT Selamat
  3. KRT Bersih dan Indah
  4. KRT Sihat

Dengan adanya pelan pemerkasaan ini, beliau yang mewakili jabatan berharap agar ia akan menjadi panduan yang jelas dan terperinci bagi Ahli Jawatankuasa KRT (AJKRT) dalam usaha memperkasa jentera-jentera perpaduan serta mengupayakan komuniti di peringkat akar umbi.

Tambah beliau, pelbagai usaha telah dilakukan oleh JPNIN Sarawak dalam memupuk dan mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional serta memperkasa hal ehwal perhubungan dan pembangunan komuniti.

Bagi memastikan hal ehwal perhubungan dan pembangunan komuniti diperkasakan, JPNIN telah menyusun langkah-langkah dalam Buku Panduan Pengurusan Rukun Tetangga bagi meningkatkan kualiti kepimpinan komuniti RT.

Sebagai barisan kepimpinan di peringkat komuniti, Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga (AJRT) mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar bagi merealisasikan perancangan kerajaan dalam menjayakan perpaduan kaum dan memupuk integrasi nasional di Malaysia.

Jelas beliau, sebagai usaha untuk memastikan penglibatan komuniti secara inklusif, AJKRT dipilih dalam kalangan penduduk yang menetap di KRT tersebut melalui mesyuarat yang dilaksanakan secara terbuka.

Di samping itu, jabatan turut menggalakkan pelaksanaan program bersama rakan strategik di kalangan agensi Kerajaan, Swasta, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Dengan cara ini, ia akan membuka ruang yang lebih luas kepada RT dalam perancangan program yang memberi kesan dan manfaat secara menyeluruh dalam pembangunan modal insan.

Selain usaha yang dinyatakan di atas, JPNIN Sarawak juga komited dalam usaha mengukuhkan hal ehwal pendidikan awal kanak-kanak bagi Taska dan Tadika Perpaduan di Sarawak dengan melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya JPNIN telah memperkenalkan beberapa kokurikulum yang diguna pakai oleh Pra Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk Tabika manakala Taska menggunakan Akta Permata.

JPNIN turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Bomba untuk mendedahkan kepada guru serta kanak-kanak Tabika Perpaduan dari aspek kesihatan dan keselamatan.

Selain itu, JPNIN turut menyediakan beberapa aktiviti melibatkan nilai-nilai murni dan perpaduan kaum (berbilang kaum, bangsa dan agama) kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan.

Contoh aktiviti yang dilaksanakan seperti Program pintar kreatif, Kem Tabika Perpaduan, Program Jom Membaca, Sarawak Kids Got Talent, Aktiviti lawatan sambil belajar, Program Makanan Sihat, Program Kawat (BOMBA), Aktiviti Hari Kantin (Pembelajaran pengiraan matematik) dan Program Hepili (Kesihatan) di mana kanak-kanak mengenali ubat-ubatan, penjagaan kendiri dan ilmu kesihatan.

Program Jom Membaca merupakan salah satu aktiviti melibatkan nilai-nilai murni dan perpaduan kaum

Inisiatif seterusnya ialah mendedahkan kanak-kanak terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dengan cara mengadakan bacaan ikrar setiap hari, kerana ia memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotisme, kesepaduan dan identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia.

JPNIN turut menyediakan bahan bantu mengajar di kelas-kelas Tabika dan Taska Perpaduan yang menjurus kepada tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Alat bantu mengajar sangat penting bagi membantu guru-guru mengajar di dalam kelas supaya kanak-kanak lebih memahami mata pelajaran yang diajar oleh guru mereka.

JPNIN juga turut mengadakan program lawatan sambil mengajar untuk kanak-kanak Tabika dan Taska Perpaduan seperti melawat ke muzium agar mereka memperolehi ilmu tentang haiwan-haiwan serta alam semula jadi.

Lima (5) peranan utama JPNIN

Latest

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.
spot_imgspot_img

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here