Exclusive Content:

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Agropolitan Perkasa Pembangunan Sosio-Ekonomi

Agropolitan Perkasa Pembangunan Sosio-Ekonomi Dan Tingkat Kualiti Hidup

Agropolitan adalah konsep pembangunan yang mengintegrasikan pertanian, pembangunan ekonomi, dan pemeliharaan alam sekitar.

Konsep ini menggabungkan aktiviti pertanian dengan pembangunan infrastruktur dan sosial di kawasan luar bandar, dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat serta menjamin kelangsungan pertanian.

Melalui pendekatan ini, komuniti pertanian dapat mengakses sumber daya, teknologi, dan pasaran yang lebih baik untuk menyokong aktiviti pertanian selain memanfaatkan kekuatan dan potensi sektor pertanian untuk menyumbang kepada ekonomi bandar.

Projek agropolitan ini bertujuan untuk membangunkan kawasan-kawasan yang terpinggir, mundur dan terpencil secara bersepadu sebagai kota pertanian yang berkembang melalui pengembangan kegiatan pertanian, pemprosesan dan perniagaan yang berasaskan pertanian.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) merupakan agensi pelaksana projek Agropolitan di Nanga Sekuau, Sibu

Melalui konsep agropolitan, kawasan luar bandar dapat berkembang dengan lebih dinamik dan moden, serta dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan lebih baik kepada penduduknya.

Konsep agropolitan ini mula diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai salah satu inisiatif untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dengan meningkatkan pendapatan peserta seterusnya membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan tegar.

Model pembangunan alternatif ini mula diperkenalkan pada tahun 1974 oleh seorang pakar ekonomi barat.

Pada ketika itu, ia mengutamakan pembangunan di peringkat rendah dengan matlamat untuk menambah baik tahap sosioekonomi penduduk.

Pembangunan agropolitan memberi keutamaan kepada perancangan mikro yang melibatkan kumpulan sasar bersama Kerajaan, pasukan penyelidikan dan pembangunan tempatan serta institusi pendidikan.

Aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan sekitar projek agropolitan telah menyumbang kepada perkembangan sekitar selain menyediakan peluang pekerjaan.

Semua peserta yang dipilih oleh Kerajaan Negeri terdiri daripada kalangan rakyat dalam kategori miskin tegar mengikut senarai program e-Kasih.

Projek agropolitan ini menekankan kepada pendekatan bersepadu yang melibatkan penempatan semula peserta melalui dua aktiviti iaitu yang pertama ialah aktiviti primer yang melibatkan penternakan biri-biri atau perladangan kelapa sawit.

Kedua ialah aktiviti sekunder iaitu penternakan ayam pedaging yang dilaksanakan melalui sistem Contract Farming bersama Ayamas, penternakan itik penelur sebanyak 3,000 ekor, penanaman buluh madu, penjualan rumput segar, silaj dan rumput kering (hay), penternakan madu kelulut, penanaman koko dan cili serta pelancongan tani (agrotourism).

Dalam RMKe-9 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berusaha melaksanakan projek berimpak tinggi di kawasan luar bandar.

Fokus utama KKDW ialah membasmi kemiskinan khususnya kemiskinan tegar dan memacu pembangunan di kawasan luar bandar menerusi pelbagai program berteraskan pembangunan ekonomi, modal insan dan fizikal.

Skop projek Agropolitan Nanga Sekuau, Sibu

Sehubungan itu, dalam tahun 2007, KKDW telah memperkenalkan projek berimpak tinggi di bawah Program Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) berkonsepkan agropolitan.

Program tersebut dipantau sepenuhnya oleh Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Projek ini merupakan satu program bersepadu dan komprehensif yang diperkenalkan bagi mencapai matlamat menghapuskan kemiskinan tegar di negara kita, Malaysia.

Antara objektif program ini ialah untuk mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan; Meningkatkan purata pendapatan peserta dari RM300.00 kepada RM1,800.00 sebulan dengan melibatkan peserta secara aktif di ladang;

Mewujudkan ekonomi mapan dan terancang selain meningkatkan liputan dan kualiti prasarana asas, utiliti dan kemudahan sosial.

Projek agropolitan yang diperkenalkan meliputi inisiatif dalam mewujudkan persekitaran yang teratur melibatkan pembangunan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pembangunan modal insan.

Di Sarawak, Projek Agropolitan dilaksanakan melalui agensi pelaksananya seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan FELCRA Berhad.

PLMLB berperanan untuk menghapuskan kemiskinan luar bandar melalui peningkatan pendapatan dan mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan di samping mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur, terpencil serta terbiar.

Projek ini terdiri daripada dua komponen iaitu Ladang Sejahtera dan Petempatan di mana pemilihan peserta adalah berdasarkan senarai e-Kasih dan perlu diperakukan oleh JK Focus Group, Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah, Residen dan Negeri.

Untuk keluasan tanah bagi ladang Sejahtera, minimum tanah kawasan cadangan ialah 240 hektar (590 ekar) manakala, kadar keluasan ladang per peserta ialah 4.0 ha. (10 ekar) bagi Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah pembiayaan pembangunan Ladang Sejahtera oleh KKDW;

  1. Lima (5) tahun bagi tanaman sawit
  2. Tujuh (7) tahun bagi tanaman getah

Penyelenggaraan ladang selepas tempoh pembangunan selesai adalah di bawah tanggungjawab agensi penerima atau Jawatankuasa Pengurusan Ladang Sejahtera atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Latest

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.
spot_imgspot_img

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here