Exclusive Content:

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

JKMS : Kumpulan Sasar Yang Memerlukan Perhatian dan Perlindungan

Bahagian 1

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMS) terus komited untuk memberi tumpuan terhadap sepuluh kumpulan sasar yang amat memerlukan perhatian dan perlindungan di negeri ini.

Sepuluh Kumpulan sasar tersebut ialah Kanak-Kanak; Warga Emas; Orang Kurang Upaya (OKU); Keluarga; Gelandangan; Mangsa Bencana; Mangsa Keganasan Rumah Tangga; Pesalah Muda; Komuniti Rentan; dan Mangsa Pemerdagangan Orang.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyrakat Sarawak (JKMS), Tuan Haji Semawi Bin Haji Mohamad ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyrakat Sarawak (JKMS), Tuan Haji Semawi Bin Haji Mohamad ketika ditemu bual RAKAN Sarawak

Kumpulan Sasar JKMS : Kanak-Kanak

Di JKMS, kami sentiasa berusaha untuk menjadi pelindung kepada kanak-kanak yang terbiar atau yang menjadi mangsa penderaan.

Di Rumah Kanak-Kanak yang terletak di Batu 12, Jalan Penrissen, JKMS mengambil tanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Sebagai contoh, sebuah kes yang melibatkan seorang bayi berusia hanya satu minggu ditemui dibuang di Trusan, Lawas.

Sebagai pegawai pelindung, kakitangan JKMS segera bertindak dengan membawa kes ini ke mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah dan bayi tersebut akhirnya dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sabah, iaitu tempat perlindungan terdekat.

Selain itu, baru-baru ini JKMS juga ada menerima sebuah kes di Sibu dimana seorang kanak-kanak dibuang oleh ibu bapanya dan kini kanak-kanak tersebut telah ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sibu untuk mendapat penjagaan dan sokongan sepenuhnya.

Di seluruh Sarawak, JKMS kini menjaga lebih 50 orang kanak-kanak di pelbagai rumah perlindungan yang ada dan kes-kes seperti ini tidak asing lagi dalam tanggungjawab mereka.

Beberapa bulan yang lalu, pihak JKMS terkejut dengan satu kes yang menggemparkan iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang telah dirogol oleh datuknya sendiri.

Ibu bapa kanak-kanak itu telah bercerai, dan kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuknya. Setelah menerima aduan daripada jiran-jiran yang prihatin, pihak JKMS segera mengambil tindakan, membuat permohonan perintah mahkamah (court order) dan menempatkan kanak-kanak malang ini di Rumah Kanak-Kanak.

Kes-kes seperti ini menyentuh hati pihak JKMS kerana kebanyakan kanak-kanak yang dijaga di rumah perlindungan adalah mereka yang dianiaya oleh ibu bapa mereka sendiri.

Salah satu misi JKMS adalah memastikan setiap kanak-kanak ini tidak hanya diberi perlindungan, tetapi juga kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.

Oleh itu, setiap kali tiba masa yang sesuai, JKMS akan berusaha untuk mencari keluarga angkat untuk mereka kerana matlamat JKMS adalah untuk memastikan sebelum mereka mencapai umur 18 tahun, mereka sudah mempunyai keluarga angkat kerana setelah mencapai usia 18 tahun, mereka tidak lagi berada di bawah tanggungjawab JKMS

Kumpulan Sasar JKMS : Warga Emas

Bagi warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai keluarga, JKMS akan  menyediakan tempat perlindungan di Rumah Seri Kenangan.

Setakat ini, JKMS mempunyai dua Rumah Seri Kenangan iaitu yang pertama adalah di Kuching dan yang kedua adalah di Sibu.

Pembukaan kaunter KGC dan SCHB sempena Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Bahagian Bintulu (Sumber gambar: FB PKMB Bintulu)

Namun, untuk kemasukan ke Rumah Seri Kenangan ini, terdapat beberapa syarat penting yang perlu diberi perhatian seperti ketiadaan penyakit berjangkit atau demensia.

JKMS pernah terpaksa menolak kemasukan seorang warga emas yang menghidap sifilis bagi mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit.

Selain itu, JKMS juga turut menangani kes-kes di mana anak-anak meninggalkan orang tua mereka tanpa sebarang tanggungjawab, seperti kes seorang bapa yang ditinggalkan di rumah orang dan di hospital.

Di bawah inisiatif Kerajaan Sarawak, warga emas yang berpendapatan rendah juga menikmati manfaat seperti Manfaat Kesihatan Warga Emas atau Senior Citizen Health Benefit (SCHB).

Inisiatif SCHB adalah langkah proaktif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak untuk memberikan kemudahan rawatan pesakit luar secara tanpa tunai (cashless) di klinik-klinik panel yang dilantik oleh kerajaan.

Skim ini menawarkan manfaat sehingga RM500.00 setahun kepada warga emas, membolehkan mereka mendapatkan rawatan tanpa perlu mengeluarkan wang di kaunter pembayaran.

Antara kelebihan utama skim SCHB ini adalah mengurangkan masa menunggu di hospital kerana warga emas yang layak kini dapat menerima rawatan di klinik-klinik panel yang telah dilantik, tanpa perlu beratur panjang, sekali gus menjimatkan masa dan tenaga mereka.

Bayaran rawatan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, dan pembayaran akan dibuat secara terus oleh JKMS di mana klinik-klinik panel yang terlibat akan menghantar invois kepada JKMS untuk pengurusan pembayaran.

Pada tahun ini, sebanyak 100 ribu orang telah mendaftar untuk skim ini, dan dengan jumlah ini, perbelanjaan kerajaan hampir mencecah RM50 juta, sekiranya semua pendaftar layak menerima manfaat tersebut. Setakat ini, jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan adalah sekitar RM25 juta.

Di Sarawak, terdapat hampir 350 ribu warga emas yang memenuhi kriteria untuk mendapatkan manfaat daripada program ini.

Warga emas yang layak untuk menikmati faedah SCHB ini adalah mereka yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM7,000 untuk setiap keluarga.

Inisiatif Ini juga termasuklah mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan, yang juga berhak untuk menerima RM500 setahun bagi rawatan kesihatan mereka.

Kerajaan Sarawak amat komited untuk memastikan kesihatan warga emas terpelihara dengan sebaiknya dan ini adalah satu bentuk sokongan sosial yang diambil untuk memastikan kesejahteraan mereka, dengan menyediakan rawatan kesihatan yang lebih mudah diakses dan tidak membebankan.

Dengan komitmen yang tinggi ini, jika pendaftaran pada tahun depan mencecah 200 ribu orang, maka kerajaan Sarawak akan membelanjakan sebanyak RM100 juta untuk menjaga kesihatan warga emas di negeri ini.

Ini adalah bukti jelas betapa kerajaan Sarawak memandang serius soal penjagaan kesihatan warga emas sebagai satu aspek penting dalam menyediakan perlindungan dan kesejahteraan sosial.

Selain itu, JKMS juga turut memperkenalkan Kenyalang Gold Card (KGC) yang memberikan peluang kepada warga emas untuk menikmati diskaun di kedai-kedai dan lokasi-lokasi tertentu.

Bagi pemegang KGC, sekiranya berlaku kematian, kerajaan akan memberikan sumbangan bayaran ehsan kematian kepada waris sebanyak RM1,800.

Sebagai rekod, pada tahun lepas (2023), bayaran ehsan kematian ini telah disalurkan sebanyak RM17 juta kepada waris membabitkan 5,869 orang penerima (warga emas).

Kumpulan Sasar JKMS : Orang Kurang Upaya (OKU)

Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas, JKMS ada menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.

Bagi OKU yang bekerja namun pendapatannya adalah di bawah paras gaji minimum, mereka akan menerima tambahan daripada JKMS sebanyak RM450 sebulan.

Setelah bantuan diberikan, OKU yang berumur 60 tahun dan ke atas diwajibkan untuk melaporkan status mereka sekali setahun bagi memastikan tidak akan berlaku lebihan pembayaran.

Terdapat beberapa kes di mana kematian tidak dilaporkan sehingga menyebabkan pembayaran diteruskan tanpa pengetahuan JKMS.

Berdasarkan audit yang dilakukan, pihak JKMS akan berusaha untuk mendapatkan semula lebihan bayaran tersebut dengan menghubungi keluarga penerima.

Namun, jika keluarga tersebut tergolong dalam golongan B40 yang benar-benar miskin, pihak JKMS akan merujuk kes mereka kepada Jawatankuasa untuk menilai kemungkinan bantuan diteruskan.

Latest

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.
spot_imgspot_img

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here