Exclusive Content:

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.

Limbang Agrofest

Ketika industri pertanian menghadapi pelbagai cabaran global seperti perubahan iklim, sekatan pasaran dan ketidakpastian ekonomi, Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Pertanian Bahagian Limbang mengambil langkah berani melalui penganjuran Limbang Agrofest 2025.

Lebih daripada sekadar pameran pertanian, Program Limbang Agrofest 2025 ini telah menjadi medan untuk memperkasakan masyarakat tempatan dengan ilmu, teknologi, dan peluang baharu.

Infografik ringkas mengenai sorotan Agrofest Limbang yang telah berlangsung selama tiga hari

Bertemakan “Industrializing Agro Sector Through Smart Technology“, Limbang Agrofest 2025 membuktikan bahawa perubahan positif dalam sektor pertanian bermula dengan memberikan ruang dan platform kepada mereka yang berada di peringkat akar umbi.

Menurut Pemangku Pegawai Pertanian Bahagian Limbang, Encik Amirul Fikri bin Jemali dalam satu wawancara bersama SARAWAKfm pada 23 April, program Limbang Agrofest ini telah dirangka khusus untuk:

  • Menyediakan platform kepada petani, penternak dan nelayan mempamerkan produk mereka kepada umum.
  • Mendekatkan masyarakat dengan teknologi digital pertanian terkini.
  • Meningkatkan kesedaran mengenai program pembangunan pertanian Jabatan Pertanian Sarawak.
  • Menggalakkan interaksi antara masyarakat dan agensi kerajaan melalui konsep ‘one-stop centre’.
Infografik ringkas yang menerangkan tentang objektif Agrofest Limbang serta impaknya kepada masyarakat

Inisiatif ini bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan petani, malah untuk memodenkan pemikiran pertanian iaitu dari aspek pertanian tradisional ke arah pertanian pintar.

Berkenaan dengan sejarah Agrofest Limbang, beliau memberitahu Agrofest di Bahagian Limbang telah mula diperkenalkan sejak 2013 di mana pada ketika itu, ia dikenali sebagai Karnival Pertanian Limbang.

Pada tahun 2017, ia telah dijenamakan semula sebagai Limbang Agrofest dan uniknya, jenama “Agrofest” ini lahir di Limbang sebelum diangkat ke peringkat negeri sebagai Sarawak Agrofest.

Selepas terhenti selama empat tahun akibat pandemik COVID-19, Limbang Agrofest kembali semula pada 2024 sekali gus telah menjadi sebahagian daripada sambutan 100 tahun Jabatan Pertanian Sarawak.

Kini, ia terus menjadi acara tahunan rasmi Bahagian Limbang sekali gus telah membuktikan bahawa komitmen untuk memartabatkan sektor agro tidak pernah luntur.

Untuk tahun 2025, Limbang Agrofest telah menyasarkan:

  • 5,000 pengunjung dari Limbang, Lawas, Sabah, dan negara jiran Brunei Darussalam
  • RM150,000 nilai jualan sepanjang tiga hari program.

Sambutan luar jangkaan membuktikan keberkesanan program ini, dengan rekod 5,892 pengunjung hadir dan RM165,351.30 hasil jualan direkodkan, iaitu melebihi sasaran awal.

Sesungguhnya, ini jelas menunjukkan potensi sektor pertanian tempatan amat besar jika ia diberi ruang dan peluang yang tepat.

Program pada tahun ini lebih istimewa dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur seperti;

  1. Pameran 10 agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MPOB, RISDA, dan perbankan seperti Agrobank.
  2. Saringan kesihatan percuma untuk pengunjung.
  3. Pendaftaran e-Tani bagi memperkenalkan sistem pertanian digital.
  4. ‘Limbang Kitchen’ yang menampilkan masakan istimewa tempatan untuk pengunjung dari Sabah dan Brunei serta pengunjung dari bahagian-bahagian lain di Sarawak
  5. Jualan anak pokok premium seperti durian Bleckton, D168, rambutan dan namcem.
  6. Demo pertanian pintar termasuk hidroponik, teknologi pemprosesan nanas dan kelapa.
  7. Ceramah teknikal oleh agensi-agensi seperti RISDA dan Sarawak Rubber Industry Board.

Selain itu, T-shirt edisi khas Limbang Agrofest turut diperkenalkan untuk pembelian awam, namun hanya 200 helai disediakan demi memupuk semangat kenangan manis di kalangan pengunjung.

Kemungkinan tidak semua masyarakat di Sarawak yang mengetahui bahawa Bahagian Limbang ini terkenal dengan produk tahai iaitu sejenis ikan tambal salai yang unik dihasilkan secara tradisional.

Produk berasaskan tahai seperti sambal tahai dan satay tahai merupakan produk tempatan yang terkenal di Bahagian Limbang dan Daerah Lawas sudah semestinya menjadi tumpuan utama pelancong.

Tidak ketinggalan, hasil kraf tangan tradisional seperti ‘talun’ dari manik, yang mencerminkan kekayaan budaya masyarakat tempatan.

Kehadiran produk-produk ini di Limbang Agrofest bukan sahaja memperkukuh identiti tempatan, malah membuka peluang ekonomi baharu bagi komuniti setempat.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Pengembangan dari Jabatan Pertanian Sarawak. Encik Badin anak Unor dalam satu wawancara yang berlangsung pada hari dan waktu yang sama, Bahagian Limbang telah diberi penghormatan bagi membuka tirai Jelajah Agrofest Sarawak 2025.

Selain Limbang, lokasi lain yang dijadualkan untuk menganjurkan Agrofest Bahagian ialah termasuk  Agrofest Pakan, Sarikei; Agrofest Serian; Agrofest Spaoh; dan Agrofest Sibu.

Antara senarai harga anak pokok buah premium yang dijual sempena Limbang Agrofest

Sehubungan itu, Majlis perasmian Limbang Agrofest pada 26 April 2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail.

Antara pengisian majlis ialah:

  • Simbolik perasmian Limbang Agrofest 2025
  • Penyampaian Anugerah Usahawan Terbaik dalam kategori Tanaman Makanan, Industri Asas Tani, Perikanan Darat, dan Penternakan
  • Penyerahan Plak Simbolik kepada lokasi seterusnya di Pakan, Sarikei
  • Cabutan bertuah dengan hadiah utama yang dinanti-nantikan.
Salah seorang pengunjung bertuah yang telah memenangi mesin pembajak

Majlis ini bukan sekadar acara rasmi, tetapi satu penghormatan kepada usaha keras petani dan usahawan kecil yang menjadi nadi pertanian Limbang.

Kejayaan Limbang Agrofest 2025 menandakan satu era baharu untuk masyarakat tani Limbang iaitu era di mana teknologi, inovasi dan keusahawanan bertemu untuk mencipta peluang ekonomi lebih cerah.

Dengan kesinambungan program seperti ini, diharapkan lebih ramai petani, penternak dan nelayan akan mengadaptasi teknologi moden dan berani mengejar pasaran luar, seterusnya memperkukuh ekonomi luar bandar.

Latest

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.
spot_imgspot_img

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar,...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam besen? Ternakan berkonsepkan ekonomi kitaran ini telah pun diusahakan oleh sekelompok kecil komuniti di Mukah. Teknik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here