Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Vandalisme Sebagai Jenayah: Satu Tinjauan Perundangan di Sarawak

Vandalisme merupakan salah satu bentuk jenayah yang sering dipandang ringan, namun kesannya sangat besar terhadap masyarakat, ekonomi dan pembangunan sesebuah negeri.

Tindakan merosakkan kemudahan awam, mencuri kabel elektrik, menconteng bangunan atau merosakkan papan tanda bukan sahaja menjejaskan keindahan persekitaran, malah menimbulkan risiko keselamatan serta kos pemulihan yang tinggi.

Di Sarawak, isu ini semakin membimbangkan dengan peningkatan mendadak jumlah kes dan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan serta syarikat utiliti negeri.

Situasi Vandalisme di Sarawak

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sarawak berdepan peningkatan kes vandalisme terhadap aset utiliti seperti kabel, tiang elektrik dan peralatan tenaga.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (MUT. Sarawak, 2024), kes vandalisme meningkat 170% daripada 521 kes pada tahun 2022 kepada 1,406 kes pada tahun 2023. Kerugian keseluruhan dianggarkan hampir RM20 juta, melibatkan kerosakan pada infrastruktur tenaga, komunikasi dan perkhidmatan awam.

Antara insiden yang mendapat perhatian ialah kejadian di Jalan Tabuan, Kuching pada tahun 2024 apabila kabel voltan tinggi bawah tanah milik Sarawak Energy musnah akibat perbuatan vandalisme, menyebabkan gangguan bekalan kepada ribuan pengguna (Sarawak Energy, 2024).

Di Miri pula, vandalisme terhadap pencawang tenaga mengakibatkan gangguan separa di beberapa kawasan perumahan dan industri (DayakDaily, 2025). Insiden sebegini bukan sahaja menjejaskan operasi harian tetapi turut memberi kesan kepada imej pembangunan negeri.

Kerangka Perundangan: Mengawal dan Menghukum Vandalisme

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau swasta di Malaysia dikategorikan di bawah jenayah “mischief” dalam Kanun Keseksaan (Akta 574).

Seksyen 425 hingga 427 menetapkan bahawa mana-mana individu yang melakukan perbuatan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan atau kehilangan boleh dikenakan hukuman penjara dan/atau denda.

Seksyen 427 secara khusus memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika nilai kerosakan melebihi RM25 (The Laws of Malaysia: Penal Code, n.d.).

Selain itu, pihak berkuasa tempatan dan agensi negeri mempunyai kuasa di bawah undang-undang kecil (by-laws) untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan mencemar atau merosakkan kemudahan awam seperti tandas, taman, lampu jalan dan harta kerajaan negeri.

Di Sarawak, Ordinan Kerajaan Tempatan memberi kuasa kepada majlis perbandaran untuk mengenakan kompaun dan mendakwa pelaku di mahkamah.

Namun begitu, cabaran utama dalam pelaksanaan undang-undang ialah kekurangan bukti kukuh untuk pendakwaan, terutamanya bagi kes yang berlaku di kawasan terpencil atau tanpa sistem pengawasan. Justeru, undang-undang sedia ada memerlukan sokongan teknologi dan penglibatan masyarakat agar lebih berkesan.

Faktor-Faktor Penyumbang kepada Vandalisme

Mengapa vandalisme terus berlaku walaupun terdapat undang-undang yang jelas? Beberapa faktor utama dikenal pasti:

  1. Motif Ekonomi – Banyak kes vandalisme di Sarawak melibatkan pencurian kabel tembaga dan logam untuk dijual semula di pasaran gelap. Motif keuntungan cepat ini menyebabkan pelaku sanggup merosakkan kemudahan awam (Sarawak Energy, 2024).
  2. Kurang Kesedaran Sivik – Sikap acuh tak acuh terhadap kepentingan harta awam menyebabkan sesetengah individu melakukan vandalisme tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain.
  3. Kurangnya Pemantauan Fizikal – Infrastruktur utiliti sering terletak di kawasan terpencil, menjadikannya sasaran mudah bagi pelaku.
  4. Penguatkuasaan Tidak Konsisten – Walaupun hukuman tersedia, kadar sabitan yang rendah melemahkan fungsi pencegahan undang-undang.

Respons dan Inisiatif Kerajaan Negeri

Sarawak tidak berdiam diri dalam menangani masalah ini. Pelbagai langkah diambil oleh agensi kerajaan, syarikat utiliti dan komuniti setempat, termasuk:

  1. Kempen Kesedaran Awam – Program seperti Stop Vandalism Campaign oleh Sarawak Energy bertujuan mendidik masyarakat tentang kesan dan tanggungjawab mereka terhadap kemudahan awam.
  2. Peningkatan Pengawasan Teknologi – Pemasangan kamera CCTV, sistem sensor dan rondaan berkala dilakukan di kawasan berisiko tinggi.
  3. Kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Rondaan bersama dan siasatan pantas dijalankan bagi mengenal pasti dalang utama.
  4. Pendidikan Komuniti dan Sekolah – Program sivik diperkenalkan di sekolah bagi membentuk nilai tanggungjawab terhadap harta awam sejak usia muda.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk menangani vandalisme bukan sahaja melalui hukuman tetapi juga melalui pendidikan dan kerjasama masyarakat (MUT. Sarawak, 2024).

Penilaian Keberkesanan Langkah-Langkah yang Dilaksanakan

Walaupun langkah-langkah tersebut menunjukkan perkembangan positif, kesannya masih belum menyeluruh.

Berdasarkan laporan Sarawak Energy (2024), kawasan yang dipasang CCTV mencatatkan pengurangan insiden sehingga 30%, namun kos pemasangan dan penyelenggaraan masih menjadi cabaran utama, terutamanya di kawasan luar bandar.

Sementara itu, kempen kesedaran awam memberikan kesan jangka panjang dengan peningkatan jumlah laporan orang awam melalui talian hotline.

Namun, tanpa tindakan pantas terhadap laporan tersebut, kepercayaan masyarakat terhadap penguatkuasaan boleh menurun.

Pendekatan berasaskan komuniti seperti adopt-a-utility area yang menggalakkan penduduk tempatan menjadi “mata dan telinga” kepada pihak berkuasa dilihat berkesan, tetapi memerlukan ganjaran dan insentif untuk mengekalkan penyertaan jangka panjang.

Cadangan Ke Arah Penyelesaian Mapan

Berdasarkan analisis dan data semasa, berikut ialah beberapa cadangan berasaskan bukti untuk memperkukuh strategi pencegahan vandalisme di Sarawak:

  1. Gabungan Undang-Undang, Teknologi dan Pendidikan – Pendekatan berlapis yang menggabungkan penguatkuasaan undang-undang tegas, pemantauan pintar, dan pendidikan sivik yang berterusan mampu memberi kesan jangka panjang.
  2. Penggunaan Teknologi Pintar – Sensor getaran dan sistem amaran automatik boleh digunakan untuk mengesan cubaan kerosakan pada aset utiliti.
  3. Pengukuhan Komuniti Setempat – Wujudkan program komuniti dengan insentif kecil bagi mereka yang menyalurkan maklumat sahih kepada pihak berkuasa.
  4. Kerjasama Sektor Awam dan Swasta – Pihak swasta boleh memainkan peranan dengan menaja sistem keselamatan atau menyertai kempen sosial korporat (CSR).
  5. Penilaian Impak Tahunan – Pengumpulan data berasaskan bukti untuk menilai keberkesanan langkah yang dilaksanakan agar strategi boleh disemak dan diperbaiki setiap tahun.

Kesimpulan

Vandalisme bukan sekadar jenayah kecil tetapi satu ancaman besar terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Di Sarawak, walaupun undang-undang yang ada sudah jelas, keberkesanannya bergantung kepada kesepaduan antara penguatkuasaan, pendidikan dan penglibatan masyarakat.

Jika semua pihak berganding bahu kerajaan, penguat kuasa, sektor swasta dan komuniti Sarawak bukan sahaja dapat mengurangkan kadar vandalisme, malah dapat membina budaya menghargai kemudahan awam sebagai aset bersama untuk generasi akan datang.

Rujukan

LAWS OF MALAYSIA ONLINE VERSION OF UPDATED TEXT OF REPRINT Act 574 PENAL CODE. (n.d.). https://www.rcrc-resilience-southeastasia.org/wp-content/uploads/2017/12/Penal-Code-Act-574.pdf

Penal Code Section 427 (Malaysia). (2025). BurgieLaw. https://www.burgielaw.com/resources/act?act_title=Penal+Code§ion=427

Sarawak Energy – Power To Grow. (2024). Sarawak Energy. https://www.sarawakenergy.com/media-info/media-releases/2024/vandalism-at-jalan-tabuan-in-kuching-damages-the-high-voltage-underground-cable

Tuah, Y. (2025, March 14). Vandals cause partial power outage in Miri, investigations underway. DayakDaily. https://dayakdaily.com/vandals-cause-partial-power-outage-in-miri-investigations-underway/

Latest

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.
spot_imgspot_img

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here