Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Komuniti Niaga Mukah Menggerakkan Ekonomi Desa Dengan Ulat Mulong

Bahagian Mukah yang menjadi pusat industri rumbia di Sarawak kini menyaksikan satu transformasi menarik dalam landskap ekonominya.

Di sebalik deretan pokok rumbia yang melatari kawasan pesisir tengah negeri Sarawak, muncul kisah komuniti yang berjaya mengubah sumber alam tradisional menjadi asas kepada ekonomi baharu yang lestari dan inklusif.

Kisah ini bermula daripada warisan yang telah lama berakar dalam kehidupan masyarakat Melanau, apabila ulat mulong yang dulunya dianggap sebagai makanan eksotik tradisional kini menjadi lambang inovasi ekonomi moden yang berpaksikan konsep kitaran dan kelestarian.

Mukah terkenal sebagai kawasan utama pengeluaran rumbia di Sarawak dengan lebih 45,000 hektar kawasan tanaman diusahakan oleh pekebun kecil dan estet.

Tradisi mengangkut keratan batang rumbia secara hanyutan sungai menjadi nadi ekonomi desa di Mukah

Rumbia yang suatu ketika dahulu hanya menghasilkan tepung sagu, tabaloi, dan sebagainya kini melahirkan satu industri baharu melalui penternakan ulat mulong.

Daripada sisa rumbia yang sebelum ini dianggap tidak bernilai, lahirlah sumber rezeki baharu yang menghubungkan manusia dan alam dalam satu ekosistem yang harmoni.

Perintis kepada usaha ini ialah Januarius bin Tomek, seorang anak jati Mukah yang sejak kecil sudah mengenali kehidupan di sekitar hutan rumbia.

Beliau mewarisi pengetahuan penternakan ulat mulong daripada ayahnya, seorang penternak tradisional yang menjalankan aktiviti ini secara kecil-kecilan.

Selepas sekian lama terhenti, Januarius menghidupkan semula amalan tersebut pada tahun 2016 dengan matlamat untuk menjadikannya lebih sistematik, saintifik dan berdaya komersial.

Pada 2021, beliau menubuhkan syarikat Desa Inspirasi Resources (D-INSPIRASI) bersama rakan-rakan sekampungnya iaitu Petrus Emmanuel Tran bin Pulusagi yang menguruskan aspek pemasaran, Albert bin Ulom, James bin Sigu dan Hariman Mehmud yang mengendalikan operasi.

Pengasas D-INSPIRASI, Januarius bin Tomek (kiri) dan Petrus Emmanuel Tran bin Pulusagi (kanan) Ketika ditemu bual RAKAN Sarawak

D-INSPIRASI bukan sekadar sebuah perniagaan, tetapi satu misi untuk memperkasa komuniti luar bandar melalui inovasi yang menghargai alam semula jadi.

Dengan semangat kerjasama dan kepercayaan terhadap nilai warisan, pasukan ini memperkenalkan kaedah penternakan baharu yang dinamakan kaedah besen.

Teknik ini menggunakan hampas rumbia sebagai medium utama pembiakan dan makanan ulat mulong, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada habitat liar.

Untuk mengusahakan 100 besen, mereka membeli 25 kerat batang rumbia daripada penduduk kampung pada harga RM15 sekarat.

Melalui pendekatan ini, setiap dua batang rumbia mampu menghasilkan sehingga 15-kilogram (kg) ulat mulong melalui 50-unit besen, berbanding hanya 2kg melalui kaedah tradisional.

Dengan harga jualan ulat mulong sekitar RM60 sekilo, projek ini membuktikan potensi keuntungan yang signifikan bagi komuniti tempatan.

Peningkatan hasil ini membuktikan keberkesanan inovasi tersebut serta membuka peluang besar bagi menjadikan penternakan ulat mulong sebagai industri baharu yang menjanjikan keuntungan dan kelestarian.

Kitaran ekonomi semula jadi yang terbentuk amat menarik di mana pokok rumbia ditebang secara terkawal, hampasnya digunakan semula, dan kumbang kelapa yang menjadi agen pembiakan dikitar semula dalam setiap kitaran bagi memastikan kesinambungan populasi.

Prosesnya teliti serta memerlukan disiplin tinggi kerana kumbang amat sensitif terhadap gangguan dan dalam tempoh antara tiga puluh hingga empat puluh lima hari, ulat mula matang dan boleh dituai.

Setiap besen mampu menghasilkan sehingga 400-gram ulat, bersamaan lebih 70 ekor dalam masa kurang daripada dua bulan.

Lebih menarik, proses ini turut memberi manfaat ekonomi kepada penduduk kampung yang terlibat secara langsung.

Mereka menjual kumbang kepada penternak dengan harga RM1 sepasang dan boleh memperoleh pendapatan sehingga tiga RM3,000 dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu, pengusaha seperti Albert memperoleh keuntungan bersih sekitar RM4,000 sebulan hasil jualan 100kg ulat mulong.

Restoran dan rumah asap tempatan pula menikmati bekalan tetap pada harga yang stabil, manakala pelanggan dari seluruh Sarawak semakin menjadikan ulat mulong sebagai makanan eksotik bernilai tinggi.

Hasil yang memberangsangkan telah mendorong D-INSPIRASI menyasarkan pengeluaran satu tan ulat mulong setiap bulan.

Dalam tempoh enam bulan pertama antara April hingga November 2024, mereka berjaya menuai 800kg ulat, dan jumlah ini meningkat kepada 1.4 tan pada tahun berikutnya selaras dengan peningkatan permintaan.

Kini, pelanggan mereka datang dari Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, malah permintaan turut diterima dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.

D-INSPIRASI turut memperluas potensi perniagaan melalui penghasilan produk berasaskan ulat mulong seperti Sambal Si’et, Frozen Si’et dan Salai Si’et.

Sambal si’et segar yang menggabungkan ulat sagu dan cita rasa tempatan

Sambal Si’et ialah hidangan tradisional Mukah yang menggabungkan rasa pedas manis sambal dengan kelembutan ulat sagu.

Frozen Si’et pula mengekalkan kesegaran dan nutrisi ulat yang dibersihkan serta dibekukan, manakala Salai Si’et memberi aroma unik hasil proses pengasapan semula jadi.

Produk-produk ini bukan sekadar makanan tetapi satu bentuk kesinambungan budaya yang diolah dengan sentuhan moden.

Januarius dan pasukannya turut menjalin kerjasama strategik dengan CRAUN Research Sdn. Bhd. melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada Julai 2025.

Melalui kerjasama ini, penyelidikan saintifik dijalankan untuk meneliti pembiakan terkawal kumbang kelapa agar populasi tidak terjejas dan penternakan dapat dijalankan sepanjang tahun.

Usaha ini memperkukuh lagi asas saintifik industri kecil mereka serta memastikan kelestarian jangka panjang.

Kejayaan D-INSPIRASI tidak hanya terletak pada keuntungan, tetapi pada nilai sosial dan budaya yang dibawa bersamanya.

Model penternakan ini telah memperkasa komuniti luar bandar dengan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan baharu, malah ia juga memperkukuh identiti masyarakat Melanau yang sekian lama hidup seiring dengan alam.

Penternakan ulat mulong kini menjadi bukti bahawa pengetahuan tradisional apabila digabungkan dengan inovasi moden mampu melahirkan penyelesaian lestari terhadap cabaran ekonomi masa kini.

Mukah kini bukan sahaja terkenal sebagai pengeksport tepung sagu terbesar di dunia tetapi juga sebagai pusat inspirasi bagi pembangunan ekonomi hijau berasaskan komuniti.

Melalui langkah-langkah kecil yang diambil oleh D-INSPIRASI dan rakan sekampung mereka, warisan alam yang suatu ketika dahulu dianggap biasa kini menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih bermakna.

Inilah bukti bahawa apabila manusia menghormati alam, memanfaatkan sumber dengan bijak dan bekerja secara bersama, perubahan besar dapat lahir daripada usaha yang kecil.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai D-INSPIRASI dan produk mereka di https://d-inspirasi.info/hubungi-kami

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here