Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Dalam dunia yang semakin pantas, tekanan hidup sering menjadi ‘beban senyap’ yang dipikul ramai individu.

Ada yang berdepan kebimbangan melampau, kemurungan, trauma, kesunyian dan keletihan emosi tanpa mengetahui cara terbaik untuk meluahkannya.

Tidak semua orang selesa bercakap tentang emosi, apatah lagi mendapatkan rawatan profesional namun, di sebalik cabaran ini, pendekatan terapi seni mula muncul sebagai salah satu jalan penyelesaian yang lebih mesra, mudah dan dekat dengan masyarakat.

Pelbagai pameran terapi seni di seluruh dunia mula mengetengahkan idea bahawa seni bukan sekadar hiasan atau hiburan, tetapi juga alat pemulihan emosi.

Apa yang menarik, banyak program terapi seni kini memberi penekanan kepada ‘alat poket’ iaitu arahan jurnal atau latihan seni ringkas yang boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan kertas, warna dan kreativiti asas.

Pendekatan ini penting kerana kesihatan mental sering dianggap rumit dan mahal untuk diuruskan namun, pada hakikatnya, langkah kecil seperti melukis emosi atau menulis jurnal visual mampu membantu seseorang memahami dirinya dengan lebih baik.

Menurut American Art Therapy Association, terapi seni ialah pendekatan kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif untuk membantu individu meluahkan emosi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesedaran diri.

Salah satu contoh nyata ialah pameran Too Dark di Summit Artspace yang menampilkan hasil karya peserta program terapi seni yang hidup dengan masalah mental.

Pameran Too Dark di Summit Artspace yang menampilkan hasil karya peserta program terapi seni yang hidup dengan masalah mental

Pameran tersebut diwujudkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami realiti kesihatan mental melalui seni visual.

Pameran ini sekali gus berperanan bukan sahaja sebagai platform pameran karya, tetapi juga medium pendidikan awam yang meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat terhadap isu kesihatan mental.

Pengunjung dapat melihat bagaimana warna, bentuk dan simbol digunakan untuk menggambarkan keresahan, trauma dan harapan dan yang lebih penting, ia membantu mengurangkan stigma terhadap individu yang mengalami masalah mental.

Di Hong Kong pula, satu kajian diterbitkan dalam jurnal European Psychiatry menunjukkan bahawa pameran seni dan bengkel terapi seni berjaya meningkatkan empati masyarakat terhadap individu yang hidup dengan penyakit mental.

Pengunjung bukan sahaja melihat karya seni, tetapi turut menghasilkan karya sendiri berdasarkan emosi yang dirasai selepas melihat pameran tersebut.

Hasil kajian mendapati pendekatan ini membantu mencetuskan dialog sosial dan mengurangkan stereotaip terhadap kesihatan mental.

Apa yang menjadikan terapi seni lebih menarik ialah, ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan bakat seni profesional.

Konsep ‘alat poket’ yang diketengahkan dalam banyak pameran terapi seni hari ini memberi fokus kepada aktiviti mudah, ringkas dan praktikal untuk diamalkan di rumah.

Antara latihan yang sering disarankan ialah:

  • Lukis kebimbangan anda sebagai watak.”
  • Warnakan emosi anda menggunakan tiga warna.
  • Lukis tempat paling selamat dalam imaginasi anda.
  • Cipta simbol yang menggambarkan kekuatan diri.
  • Lukis ribut dan ketenangan selepasnya.
Infografik menunjukkan ‘alat poket kecil’ bantu kesihatan mental

Latihan seperti ini membantu seseorang melihat emosinya dalam bentuk visual kerana kadangkala seseorang sukar menerangkan perasaannya dengan kata-kata, tetapi mampu meluahkannya melalui warna, corak atau simbol.

Portal Psychology Today turut berkongsi bahawa jurnal visual (visual journaling) telah lama digunakan dalam terapi seni untuk membantu pemulihan trauma dan mengurangkan tekanan emosi.

Antara latihan yang dicadangkan termasuk melukis menggunakan tangan bukan dominan, menghasilkan doodle spontan dan melukis emosi harian menggunakan bentuk abstrak.

Selain itu, artikel Art Journaling for Relaxation and Release oleh Spirituality+Health menjelaskan bahawa aktiviti seni dapat membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan kebimbangan.

Hal ini kerana individu memberi fokus kepada warna, tekstur dan proses penciptaan berbanding tekanan yang sedang dihadapi.

Pendekatan terapi seni semakin digunakan dalam program komuniti, termasuk Reflect and Connect Kit oleh Crystal Bridges Museum of American Art yang menggabungkan puisi, refleksi dan latihan seni untuk menyokong kesedaran kesihatan mental.

Kit ini diedarkan kepada perpustakaan, pusat kaunseling dan pusat komuniti sebagai sumber sokongan emosi kepada masyarakat.

Dalam satu lagi projek komuniti di California, artis Wendy Lew Toda menghasilkan aktiviti seni bersama masyarakat selepas tragedi tembakan di Monterey Park.

Peserta menulis atau melukis harapan dan kesedihan mereka pada pita khas untuk memulihkan karya seni bersama.

Projek tersebut menunjukkan bahawa seni boleh menjadi bahasa universal untuk berkongsi kesedihan dan proses penyembuhan secara kolektif.

Namun begitu, pakar menegaskan bahawa terapi seni bukan pengganti rawatan profesional bagi kes mental yang serius sebaliknya, ia merupakan alat sokongan tambahan yang membantu individu mengurus emosi dengan lebih baik.

Apa yang penting ialah aksesibiliti pendekatan ini dimana seseorang tidak memerlukan studio mahal atau peralatan profesional.

Buku nota, pensel warna, pen marker dan sedikit masa sudah memadai untuk memulakan jurnal terapi seni di rumah.

Banyak pakar juga menekankan bahawa hasil seni tidak perlu cantik kerana dalam terapi seni, nilai utama bukan pada kecantikan karya, tetapi kejujuran emosi yang diterjemahkan melalui proses kreatif.

Di Malaysia, pendekatan seperti ini masih belum begitu meluas diperkatakan secara arus perdana namun, dengan peningkatan kes berkaitan tekanan mental terutama dalam kalangan belia dan pekerja muda, terapi seni boleh menjadi salah satu pendekatan komuniti yang lebih mesra masyarakat.

Pameran terapi seni juga boleh diperluaskan di sekolah, universiti, pusat komuniti dan perpustakaan awam.

Selain mempamerkan karya, ruang interaktif boleh diwujudkan agar pengunjung mencuba sendiri ‘alat poket’ terapi seni seperti jurnal visual, kad emosi dan latihan melukis emosi.

Infografik menerangkan tentang terapi seni untuk kesihatan emosi

Rujukan:

  1. Too Dark | Group Exhibition – Summit Artspace. (2023, October 5). Summit Artspace. https://www.summitartspace.org/too-dark-group-exhibition/
  2. Shoop-Volz, M. (2022, February 2). Art Journaling for Relaxation and Release | Spirituality+Health. Spirituality+Health. https://www.spiritualityhealth.com/art-journaling-for-relaxation-and-release?srsltid=AfmBOoowsn-tzRdWD5MK_NsucWxXioIsBPfm5gccYkZpGkUhkEfrK7Hc
  3. Reflect and Connect Kit | Crystal Bridges Museum of American Art. (2020). Crystalbridges.org. https://crystalbridges.org/community-engagement/art-in-communities/art-mends/reflect-and-connect-kit/
  4. 20 Art Therapy Journaling Prompts for Healing and Self-discovery. (2025, October 20). Draw It Easy. https://drawiteasy.com/art-therapy-journaling-prompts/
  5. Ho, R., Potash, J., Ho, A., & Ho, V. (2014). EPA-0617 – Enhancing public awareness of people living with mental illness through art exhibition and workshops. European Psychiatry, 29, 1. https://doi.org/10.1016/s0924-9338(14)77998-2
  6. Top Ten Art Therapy Visual Journaling Prompts. (2013). Psychology Today. https://www.psychologytoday.com/us/blog/arts-and-health/201311/top-ten-art-therapy-visual-journaling-prompts
  7. Lew, W. (2023, May 22). Wendy Lew Toda. Wendy Lew Toda. https://www.wendylewtoda.com/projects/discover-your-mental-wellness

‌

‌

‌

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here