Exclusive Content:

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.

Program Latihan Pembangunan Modal Insan Untuk Komuniti Luar Bandar

Tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, pembangunan modal insan Ialah tunjang kepada kemajuan ekonomi dan sosial.

Modal insan yang terlatih dan berkemahiran seiring dengan perkembangan teknologi dan trend aktiviti industri semasa mampu meningkatkan pendapatan sosioekonomi isi rumah dan kawasan yang didiami secara keseluruhan.

Selaras dengan visi menjadikan Sarawak sebuah negeri berpendapatan tinggi dan pembekal makanan menjelang 2030, Bahagian Pembangunan Luar Bandar Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) telah memperkenalkan Program Latihan Pembangunan Modal Insan Luar Bandar.

Program latihan berasaskan penggunaan teknologi dan ICT ini bertujuan untuk melatih dan memupuk minat komuniti luar bandar, khususnya golongan tani dan usahawan untuk menceburi bidang tekno keusahawanan.

Setiausaha Tetap MANRED, Encik Edwin anak Abit yang ditemu bual RAKAN Sarawak baru-baru ini memaklumkan, seramai 1,885 orang peserta dalam kalangan komuniti luar bandar telah mengikuti kursus tersebut pada tahun 2020.

Sebanyak 10 program latihan ICT daripada 148 siri kursus telah dijalankan oleh MANRED pada tahun yang sama.

Peserta dilatih dengan asas kemahiran menjual barangan dan produk hasil pertanian secara atas talian, membuat laman sesawang, memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook untuk tujuan promosi, pemasaran dan sebagainya.

Sejumlah RM5.830 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), MANRED bakal menyediakan latihan kepada komuniti luar bandar dengan memfokuskan pada pengetahuan dan kemahiran dalam Pertanian Pintar (Smart Farming), kemahiran dalam pemasaran serta mempromosi produk usahawan.

Antara latihan yang bakal dijalankan termasuklah kursus penanaman menggunakan kaedah hidroponik, kursus penyediaan cadangan perniagaan dan kemahiran mempromosi produk jualan menggunakan Youtube.

Program Latihan Pembangunan Modal Insan Luar Bandar menyasarkan komuniti luar bandar dari pelbagai peringkat usia

Selain itu, peserta juga berpeluang mempelajari ilmu fotografi dan videografi yang betul untuk menjadikan produk jualan lebih menarik.

Program Latihan Pembangunan Modal Insan Luar Bandar merupakan kesinambungan daripada program yang mula dilaksanakan di bawah RMK-9 hingga RMK-11 yang dulu dikenali sebagai Program Latihan dan ICT Luar Bandar.

Program tersebut dikendalikan selaras dengan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.

Sejak diperkenalkan sepanjang dua dekad yang lalu, Kerajaan Sarawak melalui MANRED telah mengambil langkah lebih ke hadapan berbanding dengan negeri-negeri lain apabila telah mengendalikan pelbagai siri kursus berasaskan ICT di seluruh negeri.

Objektif program adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat luar bandar seperti para usahawan agromakanan, pengusaha kraftangan, agro-pelancongan serta mereka yang mempunyai minat dan sudah memiliki pengetahuan asas dalam ICT untuk dibangunkan supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan.

Kursus-kursus yang dilaksanakan pada mulanya adalah seperti kursus asas penggunaan Microsoft Word, animasi, videografi, Autocad dan Program Rural ICT Guided Home-Based Technopreneur (RiGHT).

Peserta didedahkan dengan asas kemahiran mempromosi produk jualan melalui platform media sosial

Program RiGHT merupakan Program kerjasama di antara MANRED dengan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS).

Program percuma selama enam bulan ini dikhaskan untuk komuniti luar bandar mendalami pengetahuan dan mengasah kemahiran dalam bidang ICT.

Para peserta diberi pendedahan dalam bidang keusahawanan berasaskan teknologi maklumat dalam usaha memupuk minat mereka untuk melibatkan diri dalam keusahawanan.

Matlamat utama program RiGHT adalah untuk menyokong dan meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat luar bandar Sarawak yang seterusnya akan meningkatkan taraf hidup mereka serta memperkasa kemahiran ICT golongan muda luar bandar agar mampu menjadi usahawan teknologi dan usahawan agro. Sejak RMK-9, seramai 20 orang golongan belia dari luar bandar mengikuti program ini setiap tahun.

Latest

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.
spot_imgspot_img

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar,...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam besen? Ternakan berkonsepkan ekonomi kitaran ini telah pun diusahakan oleh sekelompok kecil komuniti di Mukah. Teknik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here