Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

URDA Rancang Pelbagai Program Ekonomi Jana Pendapatan Penduduk

Jalan raya dan pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya dan jambatan telah menjadi pemboleh utama pertumbuhan sosioekonomi di samping meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA).

Projek-projek pembangunan ini akan membuka jalan kepada pembangunan sosioekonomi terutamanya dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke dalam kawasan URDA dalam semua sektor ekonomi.

Ia juga bertujuan meningkatkan kualiti hidup dan merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dan bandar dengan menambah baik kesalinghubungan bagi membolehkan pengangkutan barangan dan perkhidmatan yang cekap, seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan di kawasan URDA.

Peta kawasan SCORE yang diwartakan

Menurut Pengarah URDA, Encik Joseph Belayong Punan, pelbagai projek sosioekonomi akan dilaksanakan bermula pada tahun ini kerana setelah adanya infrastruktur asas seperti jalan raya, sosioekonomi orang-orang kampung juga perlu ditingkatkan.

Di bawah peruntukan persekutuan, lebih RM4 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan program-program sosioekonomi secara kecil-kecilan.

URDA dengan kerjasama agensi terlibat mahu menjadikan komuniti sebagai usahawan

URDA juga telah bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Pertanian, Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk melaksanakan program sosioekonomi ini.

Menurut beliau, program-program seperti ternakan ikan dalam sangkar, tenunan pua kumbu, program agro makanan, tanaman kontan, kraf tangan dan sebagainya dijangka akan dapat memberi impak yang besar kepada penduduk di kawasan URDA ini.

Pengarah URDA, Encik Joseph Belayong Punan

Seperti yang kita tahu, Kapit sangat terkenal dengan produk pua kumbu, dan melalui program-program yang dilaksanakan oleh URDA, produk pua kumbu akan dapat diperkenalkan sehingga peringkat global.

Sehubungan itu, pada Mac lepas, URDA telah mengadakan Makmal Sosioekonomi bertujuan untuk mencari kaedah bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat, majikan, industri, pekerja, petani serta usahawan kecil dan sederhana.

Makmal yang berlangsung selama dua hari setengah di Hotel Kingwood Sibu itu telah mengumpulkan kesemua perwakilan dari wilayah Kapit, Song, Kanowit, Belaga dan Bukit Mabong termasuk wakil rakyat, pemimpin masyarakat, wakil agensi kerajaan dan pemegang saham.

Produk kraf tangan juga berpotensi untuk dikembangkan di kawasan URDA

Selain itu, makmal yang melibatkan lebih kurang 300 peserta itu juga adalah untuk menerima input daripada pelbagai agensi yang melibatkan kakitangan kerajaan, ketua-ketua masyarakat, wakil-wakil rakyat, dan ahli-ahli parlimen.

Semasa aktiviti makmal tersebut, pelbagai projek yang dilihat sesuai untuk dilaksanakan di kawasan URDA telah disenaraikan.

Dalam pada itu, Encik Joseph turut memaklumkan bahawa URDA mahu melibatkan komuniti sebagai operator yang menggerakkan aktiviti pelancongan di kawasan URDA memandangkan produk-produk pelancongan di kawasan ini sangat berpotensi untuk menjana pendapatan penduduk.

Antara produk pelancongan yang terdapat di kawasan URDA seperti Air Terjun Lusong Laku, Hutan Simpanan Bukit Mabong, Tasik Bakun, Tasik Murum, Tenunan Pua Kumbu, Panchor Bukit Mabong, Tempat Perlindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau, Homestay berasaskan komuniti dan sebagainya.

Justeru, URDA mahu menggalakkan penduduk-penduduk tempatan melibatkan diri mereka dalam sektor pelancongan ini.

Menurut pandangan beliau, apabila menyentuh tentang projek sosioekonomi, banyak orang berfikir hanya memikirkan tentang aktiviti-aktiviti bertani sahaja.

Namun, dari sektor pertanian ini, URDA degan kerjasama agensi-agensi terlibat akan mendidik mereka bukan hanya untuk menjalankan aktiviti bertani, tetapi mahu menjadikan mereka sebagai usahawan yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui produk-produk pertanian yang mereka hasilkan.

Dalam perkara lain, Encik Joseph memaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA) telah mencipta pelan induk khusus untuk membangunkan Kapit, Bakun dan Belaga di bawah URDA bagi merangsang potensi pertumbuhan dan menarik lebih banyak pelaburan.

Aktiviti tenunan pua kumbu di Daerah Kapit

Mengulas kenyataan tersebut, beliau memberitahu bahawa Pelan Induk Kapit yang melibatkan pembaharuan bandar dan pembesaran perbandaran baharu akan memanfaatkan kedekatan Kapit dengan sempadan antara Sarawak dan Kalimantan serta pemindahan ibu kota baharu Indonesia ke Kalimantan Timur.

Pelan Induk Bakun pula akan memberi tumpuan untuk menarik pelabur dengan cadangan perbandaran dan pulau peranginan di tepi tasik yang bermatlamat membangunkan tasik Bakun yang sebesar Singapura menjadi seperti Tasik Como di Itali.

Sementara Pelan Induk Belaga akan memberi tumpuan kepada pengembangan bandar dan pembaharuan bandar yang mengambil kesempatan daripada kawasan dermaga yang baru siap.

Dermaga di kawasan URDA (Kapit)

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here