Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Projek RTP Penuhi Aspirasi Masyarakat di Luar Bandar

Program Transformasi Luar Bandar (RTP) adalah satu inisiatif kerajaan yang sangat penting dan banyak memberi impak dalam membangunkan kawasan dan mensejahterakan rakyat di luar bandar.

Projek RTP telah diperkenalkan pada 2015 bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar melalui penyediaan infrastruktur asas, kemudahan utiliti dan ameniti sosial dan sebagainya ke arah kesejahteraan rakyat.

Infrastruktur asas merupakan salah satu komponen utama projek RTP yang merangkumi projek-projek bina baharu atau menaiktaraf jalan, lorong, jambatan, dermaga, jeti, titian, pontun, pangkalan, laluan pejalan kaki, perparitan, culvert, pembetungan, tangki septik, benteng dan sebagainya.

Projek bangunan pula adalah salah satu komponen utama RTP yang merangkumi projek bina baharu atau baik pulih balai raya, dewan, rumah ibadat, masjid, surau, gereja, tokong, kuil, sekolah, tadika, madrasah, perpustakaan awam, rumah tumpangan, wakaf penginapan dan sebagainya.

Dewan Badminton Debak bernilai RM550 menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik kepada penduduk di Daerah Kecil Debak

Kemudahan awam termasuk pentas, astaka, lampu jalan raya, perhentian bas, tandas awam, tandas sekolah, pembersihan sungai, pantai, parit dan sebagainya juga antara komponen yang amat penting untuk mensejahterakan rakyat di luar bandar.

Penyediaan kemudahan utiliti pula meliputi projek-projek pendawaian dan penyambungan elektrik, pencawang elektrik, lampu jalan, lampu limpah, lampu hiasan, lampu isyarat, penyambungan bekalan air, retikulas, paip, pili bomba, tangki air gravity feed dan water treatment.

Jika kita berpeluang meninjau kawasan-kawasan luar bandar, sudah pasti kita dapat lihat bahawa projek RTP ini telah banyak membantu menyelesaikan isu dan permasalahan melibatkan infrastruktur asas secara berperingkat di kampung-kampung di seluruh Sarawak.

Kalau kita lihat, keperluan infrastruktur asas seperti jalan kampung, sistem perparitan, dewan masyarakat, rumah ibadat dan kemudahan sukan dapat dilaksanakan dari masa ke masa.

Justeru, RTP sebenarnya dianggap sebagai polisi Kerajaan Negeri yang berjaya membawa perubahan kepada banyak kawasan di luar bandar.

Walaupun tidak dapat dilaksanakan secara serentak, ia bagaimanapun boleh disifatkan sebagai dana yang sangat efisien ke arah pembangunan luar bandar yang dirancang dari masa ke masa dengan mapan.

Bangunan Pusat Pembangunan Komuniti yang akan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk di Debak

Oleh sebab itu, Kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi menerusi RTP sebagai usaha mempercepatkan pembangunan infrastruktur secara terancang, tersusun dan seimbang di kawasan pedalaman luar bandar.

Mengambil contoh di Daerah Lawas misalnya, pada tahun 2021 sebanyak 42 projek RTP bernilai RM5.87 juta telah dilaksanakan.

Antara projek RTP yang telah dilaksanakan ialah projek bina baharu jambatan kampung Gaya Lama, Jalan Lawas Damit bermula pada 4 November 2019 dan siap sepenuhnya pada 22 Mac 2020.

Projek RTP bina baharu Masjid Kampung Pemukat Lawas, Bahagian Limbang

Turut dilaksanakan ialah pembinaan Masjid baharu kampung Pemukat Lawas, Limbang pada 14 Disember 2019 dan siap sepenuhnya pada 30 Disember 2020.

Selain itu, pembinaan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC), Lawas di bawah projek RTP turut dilaksanakan pada 8 April 2019 dan siap sepenuhnya pada 30 Disember 2020.

Projek RTP bina Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC), Lawas

Seterusnya ialah bina baharu surau kampung Tanjung Katong, Sundar Lawas bermula pada 12 September 2019 dan siap sepenuhnya pada 30 Mei 2021.

Di Daerah Kecil Debak pula, pada tahun 2021 Pusat Pembangunan Komuniti Debak (seluas 21-meter X 9 meter) bernilai RM500 ribu telah dibina pada 10 Ogos 2020 dan siap pada 19 April 2021.

Pusat Pembangunan Komuniti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang akan memberikan kemudahan dan manfaat kepada penduduk sekitar kampung untuk melakukan aktiviti rasmi mahupun tidak rasmi.

Salah satu lagi projek RTP yang telah siap dilaksanakan pada tahun 2021 ialah Dewan Badminton Debak yang bernilai RM550 ribu sebagai satu usaha untuk menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik kepada penduduk di Daerah Kecil Debak terutama untuk golongan belia.

Selain menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik, ia juga dilihat akan dapat memberi peluang kepada golongan belia untuk bergiat lebih aktif dalam pelbagai program kesukanan selain mengelak mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah.

Penduduk di beberapa rumah panjang di kawasan Murum dan Hulu Rajang turut menikmati kemudahan yang lebih selesa di bawah projek RTP yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak melalui peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek-projek di bawah RTP yang dilaksanakan di Bahagian Bintulu banyak memberi manfaat kepada penduduk-penduduk di kawasan rumah panjang.

Antara projek-projek yang dilaksanakan seperti bina baharu gerai, bina baharu jalan, naik taraf jalan, bina baharu dataran, bina baharu pagar konkrit, bina baharu rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bina baharu tempat letak kereta dan sebagainya.

Pada keseluruhannya, di Murum sebanyak lapan (8) projek RTP dilaksanakan pada tahun 2021, lapan (8) projek dilaksanakan pada tahun 2020 dan 11 projek dilaksanakan pada 2019.

Manakala di Hulu Rajang, sebanyak 10 projek RTP dilaksanakan pada 2021, enam (6) projek dilaksanakan pada 2020 dan empat (4) projek dilaksanakan pada 2019.

Banyak lagi projek-projek RTP yang telah dan giat dilaksanakan di bahagian-bahagian yang lain dan ia adalah inisiatif dan peruntukan daripada Kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat terutama di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan dan prasarana di peringkat akar umbi.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg nekad mahu terus membangunkan kesemua Bahagian di Sarawak seperti mana yang sering ditekankan sebelum ini sama ada menerusi kemudahan infrastruktur dan sosial ekonomi.

Latest

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.
spot_imgspot_img

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here