Pusat Komuniti Digital (DCC) ditubuhkan sebagai satu usaha mewujudkan penggunaan digital secara inklusif khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dengan menyediakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sokongan dari segi infrastruktur digital dan perkhidmatan.
DCC juga berfungsi sebagai pusat pembangunan kemahiran dan bakat, selain sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan masyarakat, rundingan dan kaunseling, serta pusat pertemuan belia.
Baca lanjut : DCC Perkasa Kemahiran dan Keupayaan Bakat Komuniti

