Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Anjung Usahawan Menyahut Suara Komuniti

Dalam usaha membina masa depan ekonomi Sarawak yang lebih inklusif dan berdaya tahan, satu inisiatif menonjol sebagai lambang sinergi antara infrastruktur fizikal dan semangat keusahawanan akar umbi oleh Kerajaan Sarawak ialah mewujudkan Anjung Usahawan.

Sejak mula dirancang oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) pada 2018, inisiatif ini tidak sekadar menyediakan ruang niaga, tetapi menjadi nadi baharu kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar.

Melalui kerjasama strategik bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), projek Anjung Usahawan diwujudkan bagi membolehkan usahawan kecil dan mikro khususnya bumiputera yang masih berniaga dari rumah memiliki tapak rasmi yang boleh mereka daftarkan sebagai alamat perniagaan.

Dengan sewaan rendah, kemudahan seperti gerai makanan, kiosk produk kecantikan, pusat pemprosesan, internet dan ruang seminar, premis ini menjadi pemangkin penting kepada lebih 300 usahawan IKS setakat Februari 2023.

Tujuh lokasi awal pembinaan Anjung Usahawan adalah di Santubong, Samariang, Gedong, Sri Aman, Betong, Limbang dan Lawas (Rakan Sarawak, 7 Februari 2023).

Anjung Usahawan Limbang yang menempatkan 19 usahawan tempatan dan berupaya menarik pelancong Brunei setiap hujung minggu

Secara dasarnya, sumbangan Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) sebanyak RM15 juta telah memungkinkan pembinaan awal tersebut.

Terbaharu, sebanyak RM11.5 juta lagi diperuntukkan bagi 18 buah Anjung Usahawan baharu yang akan dibangunkan sepanjang 2025 (UKAS, 28 Mei 2025).

Dalam perkembangan terkini, Limbang dan Lawas muncul sebagai model komuniti berdikari, dengan Anjung Usahawan Limbang menjadi contoh jelas apabila menempatkan 19 usahawan tempatan serta menarik kunjungan pelancong dari Brunei setiap hujung minggu.

Dengan peruntukan RM2 juta, premis ini menawarkan lebih sekadar ruang di mana ia telah menjadi medan pertemuan komuniti, latihan keusahawanan dan platform niaga lintas sempadan.

Di Kampung Pahlawan pula, projek bernilai RM3.216 juta meliputi 14 kedai, sembilan gerai makan, surau, kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dan ruang mesra komuniti yang merupakan satu pendekatan menyeluruh dalam memperkasa belia luar bandar agar lebih berani menceburi dunia niaga (UKAS, 23 April 2025).

Jadual peruntukan kewangan bagi pembangunan Anjung Usahawan

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, usaha ini selari dengan agenda kerajaan untuk membina masyarakat luar bandar yang berdikari, berdaya saing dan sejahtera melalui pendekatan yang tidak terhad kepada ekonomi semata-mata, tetapi merangkumi kesejahteraan hidup (Rakan Sarawak, 2023).

Namun begitu, dalam merealisasikan aspirasi ini, suara komuniti akar umbi tidak boleh diketepikan kerana ia mencerminkan realiti sebenar di lapangan dan mencungkil pelbagai cabaran yang masih membelenggu.

Walaupun impaknya nyata, masih banyak cabaran yang memerlukan perhatian misalnya, sehingga Oktober 2020, lebih 25,000 penjaja di Sarawak masih belum memiliki lesen perniagaan – satu halangan besar kepada akses mereka terhadap bantuan seperti geran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Tanpa pendaftaran rasmi, mereka kekal di pinggir sistem sokongan keusahawanan (Utusan Borneo, 23 Oktober 2020).

DI bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK‑12), MINTRED dan SME Corp telah melaksanakan lebih 150 program keusahawanan bernilai RM14.6 juta, termasuk dana RM4.6 juta kepada DUBS.

Untuk rekod, setakat Ogos 2024, terdapat lebih kurang 89,000 PMKS berdaftar di Sarawak dengan 81 peratus merupakan perusahaan mikro, 15.5 peratus merupakan perusahaan kecil dan 2 peratus merupakan perusahaan sederhana. (TVS, 7 Ogos 2024)

Secara dasarnya, memiliki lesen perniagaan merupakan aspek penting untuk menjalankan perniagaan secara sah serta melayakkan peniaga menerima bantuan daripada pihak kerajaan.

Salah seorang usahawan tempatan bersama produk keluarannya

Sehubungan itu, bagi memastikan Anjung Usahawan bukan sekadar bangunan, pendekatan menyeluruh harus diambil seperti;

  1. Kempen Pendaftaran Usahawan:

       Kempen ‘Jom Daftar Perniagaan Kita’ boleh dijalankan di premis Anjung Usahawan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan MINTRED bagi membolehkan peniaga mendaftar terus di lokasi mereka berniaga.

  • Inkubator Mikro dan Latihan Intensif:

       Gabungkan modul latihan dengan program seperti Pusat Inkubator Dan Bimbingan Usahawan (PIBU) Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), Bazar Rakyat Online Sarawakku Sayang (BROSS), dan kursus pemasaran digital yang telah memberi manfaat kepada lebih 9,000 usahawan sejak 2020.

  • Digitalisasi dan Promosi Produk:

       Setiap Anjung perlu dilengkapi dengan Wi-Fi, ruang solat, kod QR produk, katalog digital dan promosi dalam talian.

       Mengambil contoh, Inisiatif seperti Pavilion Produk Sarawak di Kuala Lumpur membuktikan potensi besar penembusan pasaran luar.

  • Rangkaian Mentorship dan Jaringan Komuniti:

       Anjung Usahawan harus menjadi pusat kepada komuniti keusahawanan tempatan, termasuk penganjuran sesi mentor-mentee dan pertemuan rangkaian seperti yang dilaksanakan oleh Sarawak Entrepreneur Association.

  • Pemantauan dan KPI yang Terukur:

       Setiap premis perlu dipantau melalui metrik seperti:

  • Bilangan usahawan berdaftar
  • Kadar jualan bulanan
  • Program latihan dan jumlah peserta
  • Kadar kejayaan perniagaan selepas 12 bulan

Model Rintis dan Tindakan Jangka Panjang dicadangkan oleh kerajaan melalui pelancaran model rintis di lima lokasi terpilih seperti Lawas, Kabong, dan Danau Mendamit, dengan pelaksanaan penuh selama 18 bulan yang merangkumi sokongan alat digital, latihan oleh konsultan, serta laporan berkala kepada MINTRED.

Sekiranya inisiatif ini berjaya dengan mencatat peningkatan sebanyak 50 peratus dalam pendaftaran perniagaan dan lonjakan jualan sebanyak 20 peratus, ia berpotensi untuk diperluas ke 20 lokasi lain menjelang tahun 2027.

Kesimpulannya, Anjung Usahawan merupakan langkah awal yang besar dalam menyahut suara komuniti, terutamanya golongan usahawan mikro dan belia luar bandar yang harus terus didengar dan diberi ruang untuk berkembang.

Dengan penyepaduan kemudahan fizikal, pembangunan kapasiti insan, dan strategi digital yang tersusun, premis ini berpotensi menjadi pemangkin perubahan ekonomi luar bandar yang mampan, inklusif, dan lestari menjelang tahun 2030.

Anjung Usahawan bukan sekadar sebuah tempat, malah ia melambangkan harapan, suara, dan masa depan bagi komuniti yang ingin maju dan berdaya saing.

Sumber Rujukan:

  1. Rakan Sarawak – Memperkasa Ekonomi Bumiputera Sarawak Menerusi Anjung Usahawan (Februari 2023)
  2. UKAS – Sarawak Bina 18 Anjung Usahawan Tahun Ini (28 Mei 2025)
  3. UKAS – Anjung Usahawan Kampung Pahlawan (23 April 2025)
  4. Rakan Sarawak – Taman Perindustrian dan Anjung Usahawan Tarikan Pelabur (13 April 2021)
  5. https://www.tvsarawak.my/2024/08/07/sarawak-peruntuk-rm386-1-juta-untuk-bangunkan-pks/
  6. https://www.utusanborneo.com.my/2020/10/23/lanjutan-bkss-babitkan-rm10484-juta

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here