Exclusive Content:

Peranan “Alat Poket Sosial” Dalam Menangani Kesunyian Moden

Peranan “alat poket sosial” dan konsep “tempat ketiga” dilihat sebagai pendekatan komuniti dalam menangani kesunyian moden yang menjejaskan kesihatan mental generasi masa kini melalui pembinaan semula hubungan sosial, interaksi harian dan ruang kebersamaan masyarakat.

Perpustakaan Advokasi Membuka Ruang Pemulihan Mental

Seni mungkin tidak mampu menggantikan rawatan profesional, namun seni mampu menjadi pintu pertama menuju harapan, dan dalam dunia yang semakin tertekan hari ini, harapan barangkali merupakan terapi yang paling diperlukan masyarakat.

How Gut Health Shapes Mental Well-being

Researchers are increasingly exploring the gut-brain connection, highlighting how gut health, nutrition, and the microbiome may influence mental well-being, alongside healthy lifestyle habits and professional mental healthcare.

Inisiatif ICT Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi Inklusif Sarawak

Di sebalik kehijauan rimba dan cabaran geografi luar bandar Sarawak, transformasi digital kini giat dilaksanakan sebagai pemangkin pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi.

Dengan komitmen kerajaan negeri dan pelbagai agensi, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedang dimanfaatkan sepenuhnya untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Pendekatan ini bukan hanya menyentuh infrastruktur, tetapi merangkumi literasi digital, keselamatan siber dan peluang ekonomi digital yang inkusif.

Jurang Digital yang Menyekat Akses dan Peluang

Sebahagian besar kawasan luar bandar Sarawak sebelum ini menghadapi masalah sambungan internet yang sangat lemah atau tiada langsung.

Menurut laporan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), pada tahun 2021 hanya sekitar 60% kawasan luar bandar Sarawak mempunyai akses kepada internet berkelajuan tinggi, jauh lebih rendah berbanding kawasan bandar yang mencecah hampir 95%.

Keadaan ini menjejaskan pembelajaran dalam talian semasa pandemik COVID-19, serta membataskan keupayaan usahawan desa untuk memasarkan produk atau mendapatkan maklumat berkaitan bantuan kerajaan dan peluang latihan digital.

SMART, SALURAN dan JENDELA sebagai Tulang Belakang Infrastruktur Digital

Kerajaan Sarawak melalui inisiatif SMART (Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication) kini memainkan peranan penting dalam menyediakan rangkaian komunikasi berkualiti ke kawasan luar bandar. Sehingga pertengahan 2025:

– 575 daripada 618 menara SMART telah siap dibina, manakala

– 441 telah beroperasi sepenuhnya, menjangkau komuniti pedalaman yang sebelumnya terputus dari dunia digital.

Inisiatif ini diperkukuh melalui projek mega SALURAN (Sarawak Linking Urban, Rural and Nation) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion. Pelaksanaan SALURAN memberi fokus kepada:

– Pembinaan menara SMART di kawasan sukar dicapai

– Pemasangan 1,000 km gentian optik di 11 kawasan luar bandar seperti Gedong, Simunjan, Bukit Saban dan Sungai Asap

– Peningkatan liputan 4G kepada 84.8% dan liputan 5G kepada 63.8% pada suku keempat 2024

Manakala inisiatif nasional Jaringan Digital Negara (JENDELA) menyumbang kepada pembinaan 909 menara telekomunikasi di Sarawak dengan 906 telah siap dan 795 daripadanya beroperasi dengan rangkaian 4G setakat awal 2025.

Secara keseluruhan, jumlah menara komunikasi di Sarawak telah mencapai 4,662 struktur, dengan 4,446 telah beroperasi secara aktif.

NADI: Membina Komuniti Celik Digital

Perkembangan digital tidak lengkap tanpa sokongan kepada komuniti. Di sinilah pentingnya peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal (NADI). Sehingga 2025:

– 133 NADI telah beroperasi di seluruh Sarawak

– 23 NADI baharu sedang dibina, terutamanya di kawasan luar bandar seperti Telang Usan, Ba’Kelalan, Saribas dan Belaga

NADI bukan sekadar pusat internet, tetapi pusat latihan dan pembelajaran digital yang menyediakan:

– Latihan e-dagang, keusahawanan digital dan ICT asas

– Bimbingan kepada usahawan mikro dan IKS luar bandar

– Akses kepada peralatan seperti komputer dan pencetak bagi pelajar serta penduduk umum

Statistik dari SKMM menunjukkan lebih 70,000 pengguna luar bandar telah mendapat manfaat daripada program latihan NADI sejak 2022, dengan hampir 40% daripadanya adalah wanita dan belia.

Impak Sosioekonomi: Peluang Terbuka Lebar

Dengan adanya sambungan internet yang stabil dan latihan yang mencukupi, impak kepada komuniti luar bandar semakin dirasai:

– Lebih 5,000 pelajar luar bandar kini mengikuti pembelajaran dalam talian secara aktif menggunakan kemudahan NADI

– Lebih 1,800 usahawan luar bandar telah mula menggunakan platfrom e-dagang seperti Shoppe, Facebook Marketplace dan Tiktok Shop untuk menjual produk tempatan

– Purata pendapatan perniagaan kecil luar bandar meningkat antara 15-30% selepas mengikuti program latihan e-dagang NADI

Di Kapit, koperasi wanita tempatan berjaya menjual produk makanan tradisional ke pasaran Sabah dan Kuala Lumpur, hasil bimbingan dan akses digital yang disediakan.

Masa Depan: Teknologi Satelit dan Industri Angkasa

Untuk kawasan yang terlalu terpencil, kerajaan negeri kini melihat kepada teknologi satelit sebagai penyelesaian alternatif. Penubuhan Majlis Penasihat Aeroangkasa Sarawak (SAAC) pada 2025 mencerminkan visi jangka panjang negeri untuk:

– Membangunkan sistem komunikasi satelit tempatan

– Memberi liputan internet kepada kawasan tiada infrastruktur fizikal

– Merintis industri aeroangkasa sebagai pemacu ekonomi baharu

Cabaran: Literasi dan Keselamatan Siber

Namun, akses kepada teknologi harus disertai dengan pendidikan. Kajian oleh SDEC mendapati hampir 40% pengguna luar bandar belum memahami keselamatan siber asas, manakala hanya 55% pelajar luar bandar mampu menggunakan aplikasi digital secara berdikari.

Sebagai respons, program seperti CyberSarawak telah dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan data, penipuan atas talian dan etika digital, termasuk dalam bahasa tempatan dan Iban.

ICT sebagai Penggerak Pembangunan Inklusif

Sarawak kini membuktikan bahawa pelaburan dalam ICT bukan sekadar membina menara atau kabel gentian tetapi tentang memperkasakan rakyat. Dari SALURAN ke SMART, dari NADI ke satelit, negeri ini sedang membina jambatan digital yang menyatukan kota dan kampung.

Dengan sasaran menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, pembangunan digital di luar bandar merupakan batu asas penting. Sarawak sedang melakar contoh nasional bagaimana ICT boleh menjadi pemangkin pembangunan yang inklusif, lestari dan berpaksikan rakyat.

Rujukan

Elliot, D. (2025, February 7). 11 kawasan luar bandar Sarawak bakal nikmati internet berkelajuan tinggi – TVS. TVS. https://www.tvsarawak.my/2025/02/07/11-kawasan-luar-bandar-sarawak-bakal-nikmati-internet-berkelajuan-tinggi/?utm

IKN TIME. (2025, May 26). SALURAN Menuju Langit: RM2.3 Bilion untuk Menghubungkan Pedalaman Sarawak ke Era Digital. IKN TIME. https://www.ikntime.com/2025/05/saluran-menuju-langit-rm23-bilion-untuk.html?utm_

News – Laman Web Jabatan Premier Sarawak. (2025). Sarawak.gov.my. https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/16373/UKAS

News – Official Website of the Land and Survey Department, Sarawak. (2020). Sarawak.gov.my.  https://landsurvey.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/1612?utm_

Sarawak miliki 23 lagi Pusat Ekonomi Digital. (2024, January 17). Utusanborneo.com.my.  https://www.utusanborneo.com.my/2024/01/17/sarawak-miliki-23-lagi-pusat-ekonomi-digital?utm_

SMART pemangkin realisasi pendigitalan luar bandar. (2022, August 9). Utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/09/smart-pemangkin-realisasi-pendigitalan-luar-bandar?utm_

Steward Dawi. (2025, March 3). Pembangunan pesat Sarawak dipacu teknologi, infrastruktur digital – TVS. TVS. https://www.tvsarawak.my/2025/03/04/pembangunan-pesat-sarawak-dipacu-teknologi-infrastruktur-digital/?utm_

Utusan Sarawak. (2025, February 16). Sarawak peruntuk RM2.3 bilion perluaskan jaringan telekomunikasi luar bandar – UTUSAN SARAWAK. UTUSAN SARAWAK. https://utusansarawak.com.my/sarawak-peruntuk-rm2-3-bilion-perluaskan-jaringan-telekomunikasi-luar-bandar/?utm_

Latest

Peranan “Alat Poket Sosial” Dalam Menangani Kesunyian Moden

Peranan “alat poket sosial” dan konsep “tempat ketiga” dilihat sebagai pendekatan komuniti dalam menangani kesunyian moden yang menjejaskan kesihatan mental generasi masa kini melalui pembinaan semula hubungan sosial, interaksi harian dan ruang kebersamaan masyarakat.

Perpustakaan Advokasi Membuka Ruang Pemulihan Mental

Seni mungkin tidak mampu menggantikan rawatan profesional, namun seni mampu menjadi pintu pertama menuju harapan, dan dalam dunia yang semakin tertekan hari ini, harapan barangkali merupakan terapi yang paling diperlukan masyarakat.

Keunikan Songket Sarawak

Songket Sarawak terkenal dengan teknik ‘tapok’, yang bermaksud sembunyi...

How Gut Health Shapes Mental Well-being

Researchers are increasingly exploring the gut-brain connection, highlighting how gut health, nutrition, and the microbiome may influence mental well-being, alongside healthy lifestyle habits and professional mental healthcare.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Membongkar Mitos “Semua Orang Menghidap ADHD”

Mungkin kita pernah mendengar mitos "semua orang ADHD," namun tanggapan ini berbahaya. ADHD, gangguan saraf serius, melibatkan hiperaktif, impulsif, dan kurang perhatian berterusan. Diagnosis klinikal membezakan keadaan ini daripada kelalaian biasa.
spot_imgspot_img

Peranan “Alat Poket Sosial” Dalam Menangani Kesunyian Moden

Peranan “alat poket sosial” dan konsep “tempat ketiga” dilihat sebagai pendekatan komuniti dalam menangani kesunyian moden yang menjejaskan kesihatan mental generasi masa kini melalui pembinaan semula hubungan sosial, interaksi harian dan ruang kebersamaan masyarakat.

Perpustakaan Advokasi Membuka Ruang Pemulihan Mental

Seni mungkin tidak mampu menggantikan rawatan profesional, namun seni mampu menjadi pintu pertama menuju harapan, dan dalam dunia yang semakin tertekan hari ini, harapan barangkali merupakan terapi yang paling diperlukan masyarakat.

Keunikan Songket Sarawak

Songket Sarawak terkenal dengan teknik ‘tapok’, yang bermaksud sembunyi dalam dialek Melayu Sarawak. Keistimewaan teknik menyembunyikan benang ketika proses menyolek ini dipanggil ‘siang dan malam’...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here