Exclusive Content

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Jambatan Batang Lupar No. 2 Mercu Tanda Baharu Sri Aman

Pembangunan infrastruktur di Sarawak kini memasuki fasa baharu dengan pelaksanaan beberapa projek mega yang menghubungkan wilayah luar bandar kepada arteri ekonomi utama negeri.

Dalam arus kemajuan ini, antara projek paling signifikan ialah Jambatan Batang Lupar No. 2, sebuah jambatan kabel penahan (cable-stayed) berskala besar yang akan menjadi mercu tanda baharu di antara Bahagian Sri Aman dan Betong.

Projek ini merupakan sebahagian daripada strategi negeri memperkukuh jaringan Jalan Pesisir Sarawak (Coastal Road Network) dan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak  dua sistem jalan utama yang berperanan menghubungkan pesisir dengan pedalaman.

Dengan anggaran kos sekitar RM223.633 juta, Jambatan Batang Lupar No. 2 dijangka menjadi jambatan kabel penahan tertinggi di Malaysia apabila siap sepenuhnya.

Reka bentuknya menampilkan menara kembar setinggi 145.5 meter, panjang utama 870 meter dan main span sejauh 450 meter, menjadikannya bukan sahaja struktur kejuruteraan moden tetapi juga simbol kemajuan wilayah.

Projek ini dibangunkan oleh Naim Gamuda Joint Venture (NAGA JV) sebagai pihak kontraktor di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Setakat Oktober 2025, kemajuan fizikal pembinaan telah mencapai 68.43 peratus dan jambatan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2026.

Dari sudut pembangunan wilayah, projek ini membawa impak besar kepada jaringan perhubungan dan ekonomi tempatan.

Jambatan ini akan melengkapkan laluan Second Trunk Road, sekali gus memendekkan masa perjalanan antara Kuching, Sri Aman dan Betong.

Jarak perjalanan antara Kuching dan Betong akan berkurangan sebanyak 104 kilometer, manakala perjalanan Sri Aman ke Betong dijangka dipendekkan daripada 71 kilometer kepada hanya 28 kilometer, menjadikan tempoh perjalanan hanya sekitar 30 minit berbanding lebih satu jam sebelum ini.

Sebelum adanya jambatan ini, pengguna jalan raya terpaksa bergantung kepada perkhidmatan feri Batang Lupar yang mempunyai waktu operasi terhad dan sering terganggu akibat keadaan cuaca.

Apabila jambatan ini siap, selain masa perjalanan dijangka dipendekkan, ia juga mengurangkan kos logistik dan pengangkutan barangan antara dua bahagian utama itu.

Ini secara langsung akan mempertingkatkan mobiliti rakyat serta membuka laluan baharu kepada kegiatan ekonomi seperti pelancongan sungai, pertanian moden dan perniagaan setempat.

Dari perspektif ekonomi dan sosial, projek ini diharap menjadi pemangkin pembangunan luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Pelaksanaan dasar yang menggalakkan penglibatan subkontraktor tempatan akan memastikan manfaat ekonomi diagihkan secara inklusif.

Peningkatan akses fizikal ke kawasan pedalaman juga berpotensi mempercepat pertumbuhan sektor pertanian bernilai tinggi dan meningkatkan taraf hidup komuniti setempat, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Dari sudut pelancongan dan identiti wilayah, Jambatan Batang Lupar No. 2 dijangka menjadi ikon baharu Sri Aman.

Dengan reka bentuk moden yang tersergam di atas sungai yang terkenal dengan fenomena ombak benak (tidal bore), jambatan ini bakal menambah daya tarikan visual dan simbolik kepada bandar tersebut.

Keindahan struktur menara berketinggian 145 meter ini bukan sahaja melambangkan kemajuan teknologi kejuruteraan Sarawak, tetapi juga menjadi titik rujukan baharu bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, khususnya semasa acara tahunan seperti Pesta Benak.

Secara keseluruhannya, Jambatan Batang Lupar No. 2 bukan sekadar projek kejuruteraan mega tetapi ia adalah cerminan aspirasi Sarawak ke arah pembangunan seimbang antara kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Namun, kejayaan sebenar projek ini bergantung kepada sejauh mana ia mampu memberi perubahan nyata kepada kehidupan masyarakat dari segi akses, peluang ekonomi, keselamatan dan kelestarian alam sekitar.

Dengan pemantauan berterusan, penglibatan masyarakat tempatan, serta ketelusan dalam setiap peringkat pelaksanaan, jambatan ini berpotensi menjadi contoh terbaik bagaimana pembangunan wilayah dapat direalisasikan secara beretika, lestari dan berpaksikan rakyat.

Rujukan :

DayakDaily Team. (2025). Batang Lupar Bridge 2 reaches 68 pct completion, set to open by March 2026. DayakDaily. https://dayakdaily.com/batang-lupar-bridge-2-reaches-68-pct-completion-set-to-open-by-march-2026/

Edisi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). (2025). News – Laman Web Jabatan Premier Sarawak. Sarawak.gov.my. https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/13427/UKAS

Laman Sesawang Gamuda Berhad. (2025). Batang Lupar Bridge No. 2 | Gamuda Berhad. Gamuda Berhad. https://gamuda.com/our-expertise/engineering-construction/batang-lupar-bridge-no-2/

Ling, S. (2024). Batang Lupar Bridge No 2 will be a new attraction in Sri Aman, Says Uggah. The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/03/15/batang-lupar-bridge-no-2-will-be-a-new-attraction-in-sri-aman-says-uggah?

Latest

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...
spot_imgspot_img

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here