Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

KEMAS Komited Dalam Usaha Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

KEMAS komited dalam usaha pemerkasaan ekonomi bumiputera demi memastikan peniaga-peniaga kecil di negeri ini tidak ketinggalan untuk sama-sama menikmati peluang yang ada dalam bidang ekonomi tempatan.

Inisiatif yang dilaksanakan KEMAS secara berterusan ini dapat membentuk kekuatan antara rakyat pelbagai kaum yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara bersama dan komprehensif bagi memastikan Sarawak terus berada dalam kelompok negeri berpendapatan tinggi.

Untuk terus menyokong peniaga-peniaga kecil agar lebih proaktif dan meningkatkan daya saing masing-masing, KEMAS telah mewujudkan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Bahagian Pembasmian Kemiskinan (BPK), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

PPP yang dilaksanakan Sejak Rancangan Malaysia ke Lapan (RMK8) melibatkan kerjasama daripada agensi-agensi di bawah KPLB, Pejabat-Pejabat Daerah serta Agensi-Agensi Kementerian lain yang dilantik.

Agensi Pelaksana Utama adalah agensi-agensi di bawah KPLB seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), GIATMARA dan KEMAS.

Agensi-agensi pelaksana ini bertanggungjawab untuk memohon, mengurus, memantau dan mengemukakan laporan kemajuan pelaksanaan projek.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar YB Dato Henry Sum Agong dan Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan melihat bantuan-bantuan yang diberikan kepada peserta

Matlamat pelaksanaan PPP adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah B40 di luar bandar melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi yang berupaya meningkatkan kualiti dan taraf hidup mereka.

Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan meninjau Warung Desa@KPLB yang telah diserahkan kepada peserta PPP KPLB

Di bawah PPP ini, pihak KEMAS akan menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada peserta agar mereka dapat menjana pendapatan yang lebih baik setelah bantuan diberikan.

Selain itu, sokongan lain turut diberikan seperti bantuan berbentuk peralatan perniagaan, projek dan kursus serta pembiayaan kos latihan atau kursus kemahiran asas projek dengan jumlah maksimum sebanyak RM1, 500 seorang mengikut keperluan.

Bantuan maksimum yang diberikan kepada peserta adalah sebanyak RM10, 000 bergantung kepada projek yang dilaksanakan, namun peruntukan projek yang diluluskan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak kementerian.

Bantuan-bantuan ini hanya layak dimohon oleh peserta warganegara Malaysia yang tergolong dalam kategori miskin tegar, miskin atau B40 dan sudah menjalankan perniagaan dengan syarat projek yang dicadangkan perlu menepati skop projek, kumpulan sasar dan kadar bantuan yang telah ditetapkan.

Antara lain, projek yang dilaksanakan mestilah berdaya maju (viable) iaitu boleh memberi peningkatan pendapatan kepada peserta dan berdaya tahan (sustainable) serta mempunyai prospek pasaran untuk berkembang bagi maksud dikomersialkan.

Projek peserta boleh dilaksanakan sama ada secara individu, berkelompok atau diuruskan oleh agensi pelaksana yang telah dilantik.

Baru-baru ini,  tiga orang peniaga kecil iaitu Norsiah binti Tarsad dari Kampung Luagan Sundar, Miroriti binti Rajali dari Kampung Bangkatan Merapok dan Kamariah binti Marmud dari Kampung Karangan telah menerima bantuan PPP KEMAS, Lawas.

Norsiah binti Tarsad yang menjalankan perniagaan kuih bahulu, kuih kering dan kuih muih sejak tahun 2016 menerima bantuan berupa ketuhar, alat pengadun dan meja lipat.

Misori binti Rajali turut menjalankan perniagaan menjual kuih muih secara kecil-kecilan sejak tahun 2019 dan beliau telah menerima bantuan berupa ketuhar, alat pengadun, penyejuk dan periuk nasi.

Kamariah Binti Marmud pula menjalankan perniagaan menjahit baju sejak tahun 2018 dan telah menerima bantuan seperti mesin jahit dan saterika.

Peserta-peserta PPP perlu mendapat bimbingan, nasihat dan dipantau oleh agensi pelaksana dari segi latihan, kursus, pemilihan lokasi premis, perancangan aktiviti, belanjawan, pelaksanaan, kualiti dan pemasaran produk atau perkhidmatan.

Peserta yang tidak berkemahiran, berpengalaman, tidak pernah mengikuti sebarang latihan atau kursus berkaitan projek diwajibkan mengikuti latihan atau kursus kemahiran asas projek yang meliputi kursus motivasi dan kursus asas kewangan bagi memastikan kejayaan projek, mendapat bimbingan, dan pemantauan secara konsisten dapat dilakukan oleh agensi pelaksana.

Merujuk kepada KEMAS, Projek PPP sudah dilaksanakan di Lawas, Limbang, Santubong, Stampin, Serian, Batang Sadong, Saratok, Igan, Lubok Antu, Sarikei, Betong dan Sibuti.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here