Exclusive Content:

Memecahkan Kesunyian Yang Diwarisi

Kesunyian yang diwarisi membungkam kesakitan mental merentasi generasi, menghakis ikatan keluarga dan kesejahteraan masyarakat. Memutuskan kitaran ini memerlukan perbualan berani, pendengaran aktif, dan tindakan kasih sayang yang kecil, seperti yang dibuktikan oleh kisah Rob Kendall, mengubah penderitaan tersembunyi menjadi hubungan yang menyembuhkan.

Debunking the Kale Depression Myth

As wellness claims spread online, understanding the difference between supporting mental health through nutrition and treating depression through evidence-based care is essential for combating misinformation and stigma.

Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan

Salah faham tentang bunuh diri masih meluas dalam masyarakat dan enam mitos utama dibetulkan oleh pakar kesihatan mental tempatan bagi mendorong tindakan yang lebih peka, berempati dan bertanggungjawab.

Memastikan Bandar Raya Kuching,  Mesra Alam dan Rendah Karbon

Bandar Raya Kuching,  Mesra Alam dan Rendah Karbon

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bukan sekadar memenuhi keperluan warganya tetapi turut meningkatkan kualiti persekitaran melalui pelbagai aktiviti mesra alam dan juga aktiviti pengurangan karbon.

Mengikut takrifan DBKU, Bandar rendah karbon merupakan sebuah bandar yang mampu menyediakan pembangunan asas dalam bandar tanpa menjejaskan keperluan rakyatnya dan pada masa yang sama dapat mengawal tahap perlepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah purata global.

Bagi mengawal tahap perlepasan GHG tersebut DBKU telah menyenaraikan berapa inisiatif bagi membantu mengurangkan karbon di udara.

Di antara inisiatif berkenaan adalah melalui Sistem Pengurusan Sisa Perbandaran Bersepadu seperti Pengasingan Sisa Pepejal di Punca, Projek 3R Buy Back, Pusat Kompos.

Projek perintis pengasingan sisa pepejal di Punca, usaha sama DBKU bersama Trinekens Sdn Bhd melibatkan penyediaan tong sampah kepada penduduk di kawasan Kg Tunku dan Kg Malaysia Jaya

Bagi pengasingan sisa pepejal di punca, melalui usaha sama DBKU Bersama Trienekens Sdn Bhd telah menyediakan tong sampah tambahan diberikan kepada penduduk kawasan Kg Tunku & Kg Malaysia Jaya bagi penstoran bahan kitar semula.

Projek perintis tersebut telah bermula pada November 2021 hingga Oktober 2022 dengan  fasa 2 telah bermula pada Disember 2022.

Projek 3R Buy Back melibatkan aktiviti beli balik barangan kitar semula

Selain itu,  projek 3R Buy Back yang merupakan aktiviti beli balik barangan kitar semula komuniti dan vendor (Wang Tunai)  dijalankan setiap minggu di kawasan perumahan DBKU.

DBKU turut menyediakan Pusat Kompos yang terletak di Sejingkat, Demak Laut bagi  tempat pengumpulan sisa hijau dan penghasilan kompos daripada aktiviti pemotongan pokok yang kemudiannya kompos yang dihasilkan akan dijual kepada komuniti DBKU.

Pusat Kompos yang terletak di Sejingkat Demak Laut bagi tempat pengumpulan sisa hijau dan penghasilan kompos yang kemudian akan dijual kepada komuniti DBKU

Inisiatif lain di bawah Sistem Pengurusan Sisa Perbandaran Bersepadu ini juga termasuk membina stesen 3R di kawasan kediaman yang terpilih Kejiranan Mesra (KJM) untuk kemudahan penduduk mengumpul bahan kitar semula dan KJM tersebut akan mengendalikan pengoperasian  penyelenggaraan.

Selain Sistem Pengurusan Sisa Perbandaran Bersepadu, inisiatif lain termasuklah Kuching Car Free Morning yang diadakan pada setiap ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

Program Kuching Car Free Morning salah satu program perintis dalam mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida

Program ini merupakan inisiatif hijau yang diperkenalkan sejak Januari  2022 bertujuan untuk mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di samping memberi ruang interaksi sosial kepada warga kota untuk beriadah dan menjaga alam sekitar.

Hasil Kajian SIOC AI Camera, jumlah trafik pejalan kaki di sekitar kawasan Padang Merdeka telah meningkat sebanyak 2360% semasa program dilaksanakan manakala jumlah peratus kenderaan telah berkurangan sebanyak 94.48% di antara jam lima (5) pagi sehingga 10 pagi semasa program dilaksanakan.

Analisis SIOC AI Kamera sepanjang tempoh pelaksanaan program Car Free Morning

Penggunaan basikal dan non motor vehicle pula telah meningkat sebanyak 56.2% semasa program berlangsung. Peratus pejalan kaki di kawasan tersebut berada di paras yang tinggi daripada paras hari biasa sehingga jam 12 tengah hari walaupun program telah tamat pada jam 10 pagi.

DBKU turut menyediakan laluan berbasikal kawasan DBKU di Kawasan Pustaka Negeri Sarawak dengan menekankan kepentingan laluan basikal untuk Pengaturcaraan lalu lintas supaya melancarkan pergerakan dan meningkatkan keselamatan para penunggang basikal.

Perancangan projek pembangunan masa depan DBKU sentiasa mengutamakan alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup sihat sebagai contohnya penyediaan kemudahan pejalan kaki, tebingan sungai dan penyediaan laluan berbasikal

Ia turut meningkatkan pembaikan mutu alam sekitar kerana berbasikal boleh menyumbang ke arah sifar karbon atau pencemaran di samping Faedah Sosial dalam memberi faedah bersosial kepada warga Bandaraya Kuching.

Pada masa hadapan, DBKU turut bercadang untuk penambahan laluan Projek Laluan Basikal di dari Bulatan Wisma SESCO ke Jambatan Satok, Kuching sejauh 5.5 km.

Sambutan Arbor Day yang merupakan acara tahunan di DBKU turut menyokong usaha penanaman pokok dan penghijauan alam sekitar.

Penanaman Jumlah pokok yang ditanam pada 2021 ialah 2,782 pokok dan 333 pokok pada 2022.

Seiring dengan usaha Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) juga turut komited  menangani perubahan iklim selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 oleh Kerajaan Sarawak.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng sewaktu Majlis Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Kuching ke-36 berkata MBKS sedang giat berusaha mengurangkan jejak karbon dengan mempromosikan pengangkutan hijau, mengembangkan ruang hijau dan melaksanakan penyelesaian cekap tenaga di seluruh Kuching Selatan.

Pencapaian utama termasuk pemasangan lampu LED pintar yang meningkatkan keselamatan dan kecekapan tenaga, serta menaik taraf kemudahan komuniti seperti Pusat Penjaja Kueh Siak Hong dan Stadium Tertutup MBKS Pending.

Jelas beliau, penambahbaikan ini bukan sahaja meningkatkan kemampanan bandar kita tetapi juga memupuk kebanggaan masyarakat dan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk dengan matlamat akhir adalah untuk menjadikan Kuching Selatan sebagai model kehidupan bandar rendah karbon, memastikan persekitaran yang lebih sihat untuk generasi akan datang.

Malah jelas beliau, daripada sekecil-kecil usaha seperti semua pemandu Majlis dikehendaki mematikan enjin kenderaan mereka apabila mereka berhenti atau menunggu, yang dapat mengurangkan pelepasan yang tidak diperlukan dengan ketara.

Inisiatif alam sekitar yang lain termasuklah Kempen iBuyBack dan “Bank Sampah,” menggalakkan kitar semula dan pengurusan sisa yang mampan.

Jadual beli balik kitar semula MBKS

Selain itu, aspek keselamatan juga adalah keutamaan MBKS untuk mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan berdaya tahan. 

Pada tahun 2023, MBKS, katanya telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) pintar dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) di Pusat Komersial Central Park untuk meningkatkan keselamatan.

Kamera litar tertutup (CCTV) penting bagi memastikan Bandaraya Kuching selamat untuk didiami

Kerja-kerja menaiktaraf serupa sedang dijalankan di Taman Persahabatan Malaysia-China, dengan banyak CCTV dipasang di seluruh bandar untuk memupuk persekitaran yang lebih selamat untuk semua orang.

Begitu juga dengan inisiatif melengkapkan pegawai penguat kuasa MBKS dengan kamera badan, disepadukan dengan sistem pengesanan aset, menekankan tadbir urus yang bertanggungjawab.

Sudah menjadi tanggungjawab pihak MBKS dan DBKU bukan sahaja memastikan aspek mesra alam tetapi juga aspek keselamatan diutamakan

Penambahbaikan kepada taman rekreasi Taman Hui Sing juga akan dilaksanakan termasuk penambahan perpustakaan mini, menunjukkan komitmen kami untuk mewujudkan ruang yang memenuhi keperluan komuniti dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Jelas beliau, semua tindakan ini sejajar dengan SDG 13 mengenai tindakan iklim dan menyokong fokus Strategi Pembangunan Pasca COVID Sarawak terhadap daya tahan alam sekitar dan pertumbuhan mampan.

Pelbagai program dan inisiatif mesra alam dirancang MBKS untuk keselesaan dan kesejahteraan warga bandar raya

Latest

Memecahkan Kesunyian Yang Diwarisi

Kesunyian yang diwarisi membungkam kesakitan mental merentasi generasi, menghakis ikatan keluarga dan kesejahteraan masyarakat. Memutuskan kitaran ini memerlukan perbualan berani, pendengaran aktif, dan tindakan kasih sayang yang kecil, seperti yang dibuktikan oleh kisah Rob Kendall, mengubah penderitaan tersembunyi menjadi hubungan yang menyembuhkan.

Mercu Tanda Pusat Kejuruteraan Pertama di Kuching

Replika Kapal HHY Zahora merupakan tarikan utama di Brooke...

Debunking the Kale Depression Myth

As wellness claims spread online, understanding the difference between supporting mental health through nutrition and treating depression through evidence-based care is essential for combating misinformation and stigma.

Salah Faham tentang Bunuh Diri yang Perlu Diperbetulkan

Salah faham tentang bunuh diri masih meluas dalam masyarakat dan enam mitos utama dibetulkan oleh pakar kesihatan mental tempatan bagi mendorong tindakan yang lebih peka, berempati dan bertanggungjawab.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Mentafsir Naratif Luka Remaja dalam Filem All the Bright Places

Filem All the Bright Places menggambarkan trauma dan kesihatan mental secara empati, meningkatkan kesedaran penonton, serta membuka ruang perbincangan tentang kepentingan sokongan emosi dan pemahaman masyarakat terhadap individu terkesan.
spot_imgspot_img

Memecahkan Kesunyian Yang Diwarisi

Kesunyian yang diwarisi membungkam kesakitan mental merentasi generasi, menghakis ikatan keluarga dan kesejahteraan masyarakat. Memutuskan kitaran ini memerlukan perbualan berani, pendengaran aktif, dan tindakan kasih sayang yang kecil, seperti yang dibuktikan oleh kisah Rob Kendall, mengubah penderitaan tersembunyi menjadi hubungan yang menyembuhkan.

Mercu Tanda Pusat Kejuruteraan Pertama di Kuching

Replika Kapal HHY Zahora merupakan tarikan utama di Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum yang telah dibuka secara rasmi pada April 2026. Para pengunjung berpeluang...

Debunking the Kale Depression Myth

As wellness claims spread online, understanding the difference between supporting mental health through nutrition and treating depression through evidence-based care is essential for combating misinformation and stigma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here