Exclusive Content:

Memperkasa Pembangunan Melalui Rakan Strategik

Memperkasa pembangunan melalui rakan strategik merupakan salah satu pendekatan yang semakin penting dalam dunia moden, terutamanya apabila ekonomi global menjadi lebih kompleks dan persaingan semakin sengit.

Tanggapan dan Penilaian Masyarakat tentang Vandalisme di Sarawak

Isu vandalisme di Sarawak perlu dilihat dengan memberi tumpuan kepada tahap kesedaran komuniti, punca sosial, serta inisiatif penyelesaian berasaskan bukti dan kolaborasi pelbagai pihak.

Bajet Persekutuan 2026 Perkukuh Akses Melalui Mobiliti Perkhidmatan

Tidak dinafikan, keberkesanan perkhidmatan bergerak tidak hanya bergantung kepada jumlah peruntukan atau bilangan kenderaan, tetapi kepada keupayaan untuk mengumpul data lapangan, menilai hasil jangka panjang, melatih petugas yang empati serta melibatkan komuniti secara aktif.

Memelihara Keunggulan Warisan Songket Sarawak dan Keringkam

Songket dan keringkam ialah kain tenun bersulam warisan yang sangat berharga dalam budaya masyarakat Melayu Sarawak.

Songket Sarawak dihasilkan daripada benang kapas, emas atau perak manakala keringkam pula lazimnya diperbuat daripada kain kasa rubia yang dihiasi dengan sulaman benang kasar emas atau perak.

Keringkam terbahagi kepada dua jenis, iaitu Selayah Keringkam (tudung) dan Selendang Keringkam. Tudung keringkam juga pernah dipakai secara meluas oleh wanita bangsawan tempatan sekitar era 1920-an hingga 1940-an.

Datu Isa, Dayang Suhada termasuklah Margaret Brooke ialah antara figura yang sering mengenakan keringkam pada zaman pemerintahan Rajah Brooke.

Tudung keringkam yang dipakai oleh Margaret Brooke didapati dibuat oleh tukang sulam dari Kampung Sungai Bedil Besar di Kuching.

Kedua-dua tekstil tradisional ini digayakan oleh masyarakat Melayu Sarawak untuk majlis bertekul, pertunangan, perkahwinan dan majlis keramaian yang lain.

Songket Sarawak dipercayai menjadi pakaian rasmi bangsawan Melayu abad ke-16 dan secara tradisinya, wanita Melayu Sarawak biasanya menggandingkan songket dengan tudung keringkam.

Menurut Nur Safizanazia binti Sapri, 27, Songket Sarawak terkenal dengan teknik ‘tapok’, iaitu teknik sembunyi benang yang menjadikan corak di kedua-dua muka kain kelihatan serupa dan membolehkan kain dipakai di kedua-dua belah.

Teknik ini dinamakan ‘siang dan malam’ oleh penenun Melanau di Mukah. Teknik tapok serta corak tempatan adalah ciri utama yang membezakan Songket Sarawak dengan songket buatan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai ciri tersebut.

Songket Sarawak juga menggunakan formula tenunan 30 Sifir Khas dalam proses pembuatan yang rumit yang juga menjadikannya begitu unik.

Proses penghasilan sepasang songket mengambil masa selama dua (2) hingga tiga (3) bulan untuk disiapkan, bergantung pada corak dan ketelitian motif yang ingin dihasilkan.

Nur Safizanazia ialah salah seorang daripada segelintir anak muda tempatan yang mewarisi kemahiran menenun Songket Sarawak sejak dua (2) tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Kampung Telok Melano, Sematan kini menjadi tenaga pengajar sepenuh masa Professional Certificate in Fashion Technology dalam program Advanced Songket di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Kuching.

Penglibatan awal beliau dalam tenunan songket bermula sekadar suka-suka apabila beliau menjadi pelatih dalam program tersebut selama lapan (8) bulan.

Lama-kelamaan, minat beliau terhadap pembuatan songket timbul sedikit demi sedikit. Didorong oleh minat dan kemahiran yang dimiliki, beliau sendiri tidak menyangka layak memberi tunjuk ajar proses tenunan songket kepada pelatih dan sesiapa sahaja individu dalam pelbagai peringkat komuniti yang berminat.

Setakat ini, beliau telah menghasilkan sepasang songket hasil kerja tangan sendiri yang pernah digunakan untuk acara pameran anjuran CENTEXS.

Mengakui hanya sebilangan kecil anak muda tempatan menunjukkan minat dalam pembuatan songket yang mana majoritinya golongan pertengahan umur dan warga emas, timbul kebimbangan beliau terhadap ketiadaan pewaris generasi muda.

Pada pandangan Nur Safizanazia, jika dilakukan dengan tekun, perusahaan Songket Sarawak boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan di samping banyak kemudahan latihan dan promosi yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Mereka yang menceburi industri pembuatan songket boleh bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan untuk menghasilkan koleksi pakaian atau aksesori berasaskan songket.

Beliau positif bahawa kerjasama sedemikian boleh meningkatkan lagi populariti Songket Sarawak dan pada masa sama menjangkau pasaran yang lebih luas.

Oleh sebab itu, beliau berharap supaya generasi muda dapat melanjutkan warisan nenek moyang masyarakat Melayu Sarawak ini supaya tidak pupus ditelan zaman.

Nur Safizanazia mempamerkan kehalusan sepasang Songket Sarawak yang ditenun dengan benang emas

Nur Safizanazia ialah antara salah seorang tenaga pengajar yang sempat ditemu bual ketika menjayakan program Keunggulan Seni Songket dan Keringkam Melayu Sarawak sempena Temasya OKSHE (Old Kuching Smart Heritage) 2025 yang telah berlangsung dari 18 hingga 20 Julai lepas di Tebingan Kuching.

Yang turut ditemu bual ialah seorang lagi tenaga pengajar Professional Certificate in Fashion Technology bagi program Advanced Keringkam, iaitu Esmanani binti Jawari, 48 tahun.

Beliau bermula sebagai tenaga pengajar untuk kursus jahitan di CENTEXS sebelum ditugaskan mengajar untuk kursus keringkam dan songket pada 2018.

Namun begitu, beliau yang berasal dari Kuching lebih berminat menjadi tenaga pengajar dalam kursus keringkam dan mula mengajar komuniti pada peringkat awal.

Minat Esmanani terhadap penghasilan keringkam timbul atas dasar ingin belajar biarpun beliau bukannya lahir dalam keluarga pewaris keringkam.

Sebelum itu, beliau hanya mendengar tentang keunikan dan keistimewaan keringkam dan tidak pernah berpeluang untuk menyulam keringkam.

Setelah memiliki dan menguasai kemahiran menjahit, rasa ingin mempelajari teknik sulaman keringkam pun mula terbit.

Esmanani menyulam keringkam dengan teliti sambil mengenakan Selayah Keringkam berwarna merah jambu

Beliau bukan sahaja mahu belajar, malah juga mahu mengajar orang lain dengan ilmu yang telah dipelajari lebih-lebih lagi keringkam ialah tekstil warisan yang hanya boleh didapati di Sarawak.

Pada pandangan Esmanani, banyak usaha boleh dilakukan dalam memartabatkan keringkam Sarawak sambil menyatakan pelbagai program telah pun dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha tersebut.

Penganjuran Temasya OKSHE 2025 yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama CENTEXS misalnya, adalah salah satu usaha murni yang memelihara warisan keringkam agar tidak pudar dan pupus oleh kemodenan.

Menerusi didikan dan latihan yang dijalankan di bawah OKSHE termasuk program yang ditawarkan di CENTEXS, beliau melihat berlaku perubahan ketara dalam pertumbuhan komuniti penggiat keringkam di Sarawak yang sebelum ini kecil bilangannya.

Pelaksanaan program tersebut juga menampakkan impak apabila ramai dalam kalangan wanita Melayu termasuklah wanita dari kaum-kaum lain mempopularkan pemakaian keringkam untuk acara keramaian seperti majlis makan malam berbanding dahulu yang mana keringkam hanya dipakai dalam majlis perkahwinan.

Senada dengan Nur Safizanazia, Esmanani juga berharap supaya kesinambungan warisan keringkam dapat diteruskan oleh generasi muda Sarawak.

Sebagaimana pentingnya memelihara Songket Sarawak, demikian juga pentingnya memelihara keringkam kerana kedua-duanya merupakan khazanah warisan yang melambangkan identiti, kesenian, kehalusan budaya dan jati diri masyarakat Melayu Sarawak.

Bukan itu saja, Songket Sarawak dan Keringkam juga telah menjadi simbol yang mengangkat warisan dan budaya Sarawak secara keseluruhannya di mata dunia.

Latest

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

Youth Empowerment

Saloma, Wanita Bidayuh Peneraju Pelancongan Lestari

Saloma’s Villagestay bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, tetapi sebuah model keusahawanan lestari yang menggabungkan ekonomi, budaya dan alam sekitar. Ia adalah kisah tentang seorang wanita yang berani pulang ke akar, mengangkat komuniti sendiri, dan menunjukkan kepada dunia bahawa apabila wanita memimpin dengan hati dan nilai, perubahan yang tercipta bukan sahaja menguntungkan, tetapi membina masa depan yang lebih bermakna.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

Youth Empowerment

Saloma, Wanita Bidayuh Peneraju Pelancongan Lestari

Saloma’s Villagestay bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, tetapi sebuah model keusahawanan lestari yang menggabungkan ekonomi, budaya dan alam sekitar. Ia adalah kisah tentang seorang wanita yang berani pulang ke akar, mengangkat komuniti sendiri, dan menunjukkan kepada dunia bahawa apabila wanita memimpin dengan hati dan nilai, perubahan yang tercipta bukan sahaja menguntungkan, tetapi membina masa depan yang lebih bermakna.

IKMa pada Usia 70 Tahun: Asas Gerakan Koperasi Malaysia dan Pemangkin Kemakmuran Komuniti Sarawak

Tahun ini menandakan satu peristiwa penting dalam landskap sosioekonomi Malaysia: ulang tahun ke-70 Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
spot_imgspot_img

Hope : Healing, Outreach, Prevention and Empowerment

Sometimes, healing begins with a single step and HOPE makes the journey possible

Komunikasi Lintas Budaya Dalam Era Digital

Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini mampu membawa impak besar dalam cara anda berkomunikasi esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here