Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar.
Bagi masyarakat luar bandar, pertanian bukan sekadar aktiviti ekonomi, tetapi juga nadi kehidupan yang menjadi punca pendapatan utama sebilangan besar mereka.
Pertanian juga bukan hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup, bahkan menjadi identiti budaya yang membentuk cara hidup desa yang diwarisi sejak turun temurun.



