Artikel disesuaikan daripada JPN Kapit Anjur Program MEKAR di Sang Anau
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bahagian Kapit telah melaksanakan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Uma Baha, Sang Anau.
Program lima (5) hari iaitu mulai 20 sehingga 24 Februari itu bertujuan memudahkan urusan kira-kira 300 orang penduduk di kampung berkenaan dalam urusan dokumen pengenalan mereka.
Menurut wakil Pegawai JPN Bahagian Kapit, Encik Morrison Sunex, antara urusan yang disediakan oleh kaunter bergerak adalah penukaran alamat serta permohonan kad pengenalan kali pertama bagi kanak-kanak yang telah berusia 12 tahun ke atas.


Artikel dan foto dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Kapit
Baca lanjut : JPN Kapit Anjur Program MEKAR di Sang Anau

