Exclusive Content:

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Projek Infrastruktur IRSDA Beri Manfaat Kepada Penduduk Samarahan

Setakat ini, sejumlah 660 projek pembangunan telah dilaksanakan oleh IRSDA dengan jumlah siling projek bernilai RM1,535,589,662.27 dan kos keseluruhan sebanyak RM1,244,334,449.77.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 451 projek telah berjaya disiapkan, dengan siling projek berjumlah RM716,685,605.87 dan kos RM102,076,711.55 sekali gus berjaya menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam memenuhi objektif pembangunan yang ditetapkan untuk manfaat masyarakat.

Daripada jumlah projek yang telah siap, sebanyak 11 projek telah mendahului jadual, dengan siling projek RM106,200,000.00 dan kos RM102,076,711.55.

Manakala, sebanyak 23 projek telah siap mengikut jadual, dengan siling projek RM280,709,840.07 dan kos RM276,250,247.50, membuktikan bahawa sebahagian besar projek telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa projek yang mengalami kelewatan di mana lima (5) projek diisytiharkan sebagai “Lewat Jadual Kritikal (LJK)” dengan siling projek bernilai RM146,622,360 dan kos projek sebanyak RM145,857,410.75.

Kelewatan projek Ini menunjukkan bahawa beberapa cabaran perlu dihadapi oleh IRSDA bagi memastikan ia dapat diselesaikan dalam jangka masa yang lebih singkat.

Di samping itu, sejumlah 138 projek masih dalam perancangan, dengan siling projek bernilai RM249,327,588.00 manakala 23 projek telah dibatalkan, dengan siling dan kos projek masing-masing berjumlah RM243,633.10.

Secara keseluruhannya, projek pembangunan yang dilaksanakan oleh IRSDA ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan walaupun terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi.

Sudah tentu, kejayaan pelaksanaan projek-projek ini memberikan impak positif yang besar terhadap pembangunan di Bahagian Samarahan, terutamanya kepada masyarakat setempat yang mendapat manfaat daripada peningkatan infrastruktur dan kemudahan asas.

Perkara ini dilaporkan oleh Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Tuan Haji Anuar bin Haji Da’an ketika ditemu bual oleh RAKAN Sarawak.

Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Tuan Haji Anuar bin Haji Da’an ketika ditemu bual oleh RAKAN Sarawak

Menurut beliau, di bawah Jawatankuasa Kecil Pembangunan Infrastruktur IRSDA, terdapat banyak projek jalan negeri dan bahagian sedang dan akan dilaksanakan.

Projek-projek tersebut adalah seperti Cadangan Pembinaan Jalan Lubok Terenggas ke Kampung Gedong; Cadangan Pembinaan Jalan Pintas dari Ensengai Melayu ke Jalan Lubok Bunting dan Cadangan Pembinaan Jalan Kampung Sg Tanju / Kampung Beliong ke Kampung Lubok Kura.

Projek yang kini sedang dalam pelaksanaan adalah projek jalan ke pekan Sebuyau, jalan Simunjan manakala projek yang telah siap dilaksanakan ialah naik taraf jalan Sebandi Ulu/Matang.

Projek jambatan seperti jambatan kampung Tanjung Pisang No.12, Jambatan Pantong Melayu dan Jambatan Sungai Lingkau yang kini sedang dilaksanakan akan menghubungkan penduduk-penduduk di Bahagian Samarahan.

Selain itu, di sesetengah kampung dan jalan raya di Bahagian Samarahan sudah diterangi secara berperingkat melalui projek lampu jalan di sepanjang Jalan Negeri dan Jalan Kampung yang dilaksanakan secara berfasa oleh agensi pelaksana di bawah IRSDA iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR).

Di bawah Jawatankuasa Kecil Pesisir Pantai, Ban, Sungai dan Perparitan IRSDA pula, terdapat projek berskala besar seperti projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Projek Kejuruteraan Sungai dan projek Kejuruteraan Pantai sedang dilaksanakan.

Salah satu Projek Kejuruteraan Pantai yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Kecil Pesisir Pantai, Ban, Sungai dan Perparitan IRSDA

Antara projek RTB yang dilaksanakan oleh IRSDA melibatkan Kajian Pelan Induk Saliran untuk Zon Samarahan, Simunjan dan Gedong.

Manakala Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan Saliran di SK Muara Tuang serta Cadangan Kerja Tebatan Banjir di Skim Saliran Asajaya Blok, I, II, III dan IV yang dilaksanakan secara serentak melalui dua (2) pakej.

Projek Kejuruteraan Pantai pula melibatkan pembinaan ban besar dan sistem perparitan di kawasan Skim Saliran Asajaya Blok II dan sepanjang kawasan pesisir pantai dari Pekan Sebangan sehingga ke Pekan Sebuyau menuju jambatan Batang Lupar melalui Coastal Bund dan Sistem Saliran bagi Blok A, D, E dan F.

Projek Kejuruteraan Sungai seperti kerja-kerja pembaikan tebingan sungai juga dilaksanakan melalui Kerja-kerja Perlindungan Hakisan Tebing Sungai di Sg Buluh, Sadong Jaya serta Kerja-Kerja Pembaikan Sungai di Sg Moyan Laut, Asajaya dan Gedong (Fasa II).

Projek Kejuruteraan Sungai yang telah berjaya membebaskan rakyat di Bahagian Samarahan daripada musibah banjir dan hakisan sungai

Projek Kejuruteraan Sungai ini bertujuan untuk membebaskan rakyat di Bahagian Samarahan daripada musibah banjir dan hakisan sungai.

Tambah beliau, projek penyelenggaraan yang bersifat Minor Works, melibatkan sungai serta projek Jalan Ladang Pertanian yang berimpak tinggi dapat memberi manfaat secara langsung kepada penduduk-penduduk setempat di Bahagian Samarahan.

Beberapa projek pertanian yang mampu meningkatkan keseluruhan hasil tani Bahagian Samarahan sedang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pertanian IRSDA.

Antara projek yang dilaksanakan adalah projek tanaman kontan seperti projek fertigasi terbuka tanaman cili di Tanjung Harapan, Tanjung Pisang dan Selangking.

Projek tanaman kontan seperti projek fertigasi terbuka tanaman cili dilaksanakan di Tanjung Harapan, Tanjung Pisang dan Selangking

Projek jejaring kalis serangga untuk tanaman jambu batu pula dilaksanakan di Stakan Cina manakala projek tanaman sayuran buah melalui sistem drip di Iboi, Pelandok dan Batu Mumong Simunjan;

Projek tanaman jagung manis dan tembikai di Rabak dan Sampun, Asajaya; Projek penanaman kelapa di Lubok Terenggas dan Tebelu serta projek-projek penyediaan infrastruktur pertanian seperti jalan ladang pertanian dan pusat pemprosesan hasil tani untuk warga tani dan nelayan di Samarahan.

Di bawah Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pelancongan, pelbagai projek berimpak tinggi sedang dan akan dilaksanakan.

Antaranya ialah projek Pusat Penjaja Kampung Tambirat (telah siap dilaksanakan) dan projek-projek lain seperti Samarahan Boulevard, Taman Tasik Desa Ilmu, Dataran Warisan Sadong Jaya dan Pasar Tamu Asajaya akan menyusul.

Projek-projek yang akan dilaksanakan secara berperingkat ini bukan sahaja akan mempertingkatkan daya tarikan pelancongan di Samarahan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

Secara keseluruhannya, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh IRSDA telah memberi kesan yang besar kepada kesejahteraan komuniti di Bahagian Samarahan.

IRSDA juga melaksanakan banyak projek prasarana pelancongan yang walaupun bukan berskala besar tetapi mampu memberi impak yang tinggi kepada penduduk di Bahagian Samarahan.

Infrastruktur yang lebih baik, peluang ekonomi yang meningkat, serta perlindungan daripada bencana alam adalah antara manfaat utama yang diterima oleh masyarakat setempat.

Beliau menjelaskan bahawa, aspirasi utama IRSDA adalah untuk merapatkan jurang kemajuan pembangunan dan sosio-ekonomi antara bandar dan luar bandar di Sarawak sama seperti Agensi Pembangunan Wilayah yang lain.

Beliau berharap agar segala perancangan pembangunan di Bahagian Samarahan dapat dilaksanakan mengikut rentak pembangunan yang diilhamkan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg melalui IRSDA.

Latest

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.
spot_imgspot_img

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here