Exclusive Content:

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.

Toleransi Digital Sebagai Pemangkin Perpaduan di Era Digital

Toleransi Digital Pemangkin Perpaduan

Dalam era digital yang semakin maju, teknologi telah membuka peluang untuk manusia merentasi sempadan geografi, budaya, dan bahasa.

Di Malaysia, khususnya di Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya, toleransi digital muncul sebagai elemen penting untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Dengan mengintegrasikan nilai-nilai toleransi ke dalam penggunaan teknologi, kita mampu membina masyarakat yang lebih harmoni dan inklusif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan tertinggi Sarawak pada majlis Perayaan Gawai Dayak sebelum ini. Datuk Seri menyifatkan Sarawak sebagai contoh negeri yang bersatu dan progresif di Malaysia

Teknologi Sebagai Pemangkin Perpaduan

Teknologi telah menjadi alat yang ampuh untuk menghubungkan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Media sosial, platform e-pembelajaran, dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp dan Telegram memberikan ruang untuk pertukaran idea, budaya, dan pandangan.

Di Sarawak, penggunaan platform digital seperti ini telah mendorong penganjuran program kebudayaan secara maya, seperti festival kepelbagaian kaum yang melibatkan penyertaan pelbagai etnik.

Sebagai contoh, Festival Kepelbagaian Kaum anjuran Universiti Teknologi Sarawak (UTS) memanfaatkan teknologi untuk menyatukan pelajar dari pelbagai latar belakang.

Aktiviti seperti pertandingan pakaian tradisional secara maya dan pameran seni budaya dalam talian bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan tetapi juga memupuk kefahaman mendalam terhadap budaya lain.

Inisiatif seperti ini menggambarkan bagaimana teknologi boleh digunakan sebagai alat untuk membina hubungan erat antara masyarakat pelbagai kaum.

Toleransi Digital dan Kepentingan

Toleransi digital merujuk kepada keupayaan untuk menerima perbezaan pendapat, budaya, dan cara hidup di ruang siber tanpa prasangka atau diskriminasi.

Dalam konteks perpaduan, toleransi digital sangat penting untuk mengelakkan salah faham dan konflik yang boleh timbul daripada perbezaan pendapat di platform digital.

Di Sarawak, peranan tolerasi digital sangat ketara apabila masyarakat berbilang kaum berkongsi pengalaman, pendapat, dan maklumat di media sosial.

Sebagai negeri yang sering menjadi contoh perpaduan negara, Sarawak menunjukkan bahawa perpaduan boleh diperkukuh melalui dialog yang harmoni dalam talian.

Aktiviti seperti menari poco-poco bersama secara maya dan perbincangan isu semasa melalui forum digital membuktikan bagaimana ruang siber boleh menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara etnik.

Cabaran Toleransi Digital

Namun begitu, toleransi digital bukan tanpa cabaran.

Antara isu utama ialah penyebaran berita palsu dan komen berbaur kebencian yang boleh menggugat keharmonian.

Di sinilah pentingnya pendidikan literasi digital untuk memastikan masyarakat mampu mengenal pasti maklumat palsu dan berkomunikasi secara beradab dalam talian.

Sarawak, melalui inisiatif kerajaan dan badan bukan kerajaan, telah mengambil langkah untuk menangani cabaran ini.

Misalnya, program literasi digital untuk generasi muda dianjurkan bagi mendidik mereka tentang etika penggunaan media sosial.

Dialog antara kaum yang diadakan secara dalam talian juga membantu memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kepelbagaian budaya.

Masa Depan Toleransi Digital

Dalam memastikan toleransi digital terus memainkan peranan positif, beberapa langkah boleh diambil.

Pertama, literasi digital perlu dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan untuk memastikan generasi muda memahami pentingnya menghormati kepelbagaian di ruang siber.

Kedua, penguatkuasaan undang-undang siber perlu diperketat untuk menangani penyalahgunaan platform digital.

Ketiga, kerjasama antara kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan sektor perlu diperluas bagi menganjurkan program yang mempromosikan dialog antara budaya secara dalam talian.

Dengan usaha bersama, kita dapat memastikan teknologi menjadi alat yang memupuk perpaduan, bukan punca perpecahan.

Toleransi digital adalah kunci memastikan teknologi terus digunakan sebagai alat pemangkin perpaduan.

Di Sarawak, contoh perpaduan yang ditunjukkan melalui aktiviti kebudayaan maya, dasar inklusif, dan program literasi digital membuktikan bahawa keharmonian boleh dipupuk walaupun di ruang siber.

Dengan memanfaatkan teknologi secara bijak dan penuh toleransi, kita dapat membina sebuah masyarakat yang bukan sahaja bersatu tetapi juga saling menghormati perbezaan yang wujud.

Inilah masa depan perpaduan di era digital sebuah perpaduan yang berakar umbi dalam kefahaman, hormat, dan penerimaan, baik di dunia nyata mahupun di ruang maya.

Rujukan

Binti, N., Mahamud, C., Hanis, N., Nordin, M., Binti, M., Talib, A., Mardhiyah, S., & Kamal Azhar, B. (2024). Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-9. https://conference.uis.edu.my/pasak/images/eprosiding/bm/pasak92024-037-Nur_Syahirah_Binti_Che_Mahamud_1.pdf

Borhaniza Ali Basah. (2024, April 27). Program budaya mampu pupuk toleransi, perpaduan pelajar berbilang kaum di UTS. Www.utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/27/program-budaya-mampu-pupuk-toleransi-perpaduan-pelajar-berbilang-kaum-di-uts

Sarawak model cemerlang perpaduan negara: Aaron. (2024, September 14). Utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2024/09/14/sarawak-model-cemerlang-perpaduan-negara-aaron

Latest

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.
spot_imgspot_img

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar,...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam besen? Ternakan berkonsepkan ekonomi kitaran ini telah pun diusahakan oleh sekelompok kecil komuniti di Mukah. Teknik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here