Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Pelaburan Pendidikan dan Modal Insan

Biasiswa Sebagai Pelaburan Pendidikan dan Modal Insan

Pengumuman Kerajaan Sarawak menawarkan biasiswa pascasiswazah kepada anak tempatan dalam bidang berkaitan kejuruteraan bermula tahun depan dilihat sebagai galakan dan pelaburan modal insan yang diharapkan dapat menyumbang kepada kemajuan Sarawak.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan perkara terebut ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Komputer Riba Percuma dan Penyampaian Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) ke-31 di Kuching pada 8 Ogos 2024.

Tajaan biasiswa membuka peluang kepada individu untuk mencapai akses pendidikan ke tahap yang lebih tinggi

Biasiswa berkenaan akan ditaja oleh Yayasan Sarawak serta dua (2) buah syarikat milik Kerajaan Sarawak, iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Sarawak Petchem Sdn Bhd bagi pengajian program di peringkat ijazah Sarjana sahaja.

Menurut Premier, pelajar yang menerima tajaan tersebut akan terikat untuk bekerja dengan syarikat yang menaja, seterusnya berkhidmat di Sarawak selepas tamat pengajian.

Secara khususnya, Yayasan Sarawak akan menawarkan dua (2) jenis tajaan biasiswa pascasiswazah, iaitu ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa dan kejuruteraan satelit.

Syarikat PETROS akan menawarkan tajaan biasiswa kepada dua (2) orang pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan petrokimia manakala Sarawak Petchem Sdn Bhd pula akan menawarkan biasiswa kepada dua (2) orang pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia.

Inisiatif tersebut yang merupakan satu bentuk pelaburan biasiswa menggambarkan kesungguhan kerajaan dalam melahirkan ramai bakat tempatan dalam bidang berasaskan kejuruteraan dan teknologi selaras dengan visi Sarawak mencapai status maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Dalam hal ini, Yayasan Sarawak, PETROS dan Sarawak Petchem Sdn Bhd adalah pelabur yang membuat pelaburan melalui tawaran biasiswa kepada pelajar yang berpotensi dalam bidang yang telah dikhususkan dan diberi jaminan kontrak kerja dengan penaja selepas menamatkan pengajian.

Tawaran tersebut adalah situasi menang-menang di antara penaja dengan pelajar yang ditaja. Faedahnya kepada pihak penaja ialah penaja tidak perlu lagi bersusah payah mencari calon berkemahiran yang layak untuk mengisi sesuatu jawatan.

Inisiatif menyediakan biasiswa pascas iswazah dalam bidang kejuruteraan kepada anak tempatan adalah satu bentuk pelaburan modal insan yang diharap menjadi pulangan dan memberi impak kepada kemajuan ekonomi dan sosial Sarawak

Bagi pelajar yang ditaja pula, faedahnya sudah tentulah jaminan kerja yang ditawarkan oleh penaja, tertakluk pada syarat dan kelayakan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Dari perspektif yang lebih luas, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui pelaburan biasiswa. Antaranya ialah menggalakkan mobiliti sosial, memupuk tenaga kerja berkemahiran, merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kepelbagaian dalam pendidikan dan tempat kerja serta mewujudkan budaya dermawan.

Melabur dalam biasiswa mampu mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat selain dapat menjadi pemangkin kepada mobiliti atau perubahan sosial.

Tawaran biasiswa menyediakan akses pendidikan tinggi kepada pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, seterusnya membuka peluang kerjaya yang lebih baik dan membolehkan mereka meningkatkan kualiti hidup.

Peranan pendidikan dalam memupuk tenaga kerja mahir untuk ekonomi masa depan tidak dapat dinafikan. Biasiswa menyokong pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan masa hadapan.

Sebagai contoh, tawaran biasiswa dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) adalah penting dalam memenuhi permintaan tenaga kerja profesional mahir.

Biasiswa juga merupakan pelaburan pendidikan yang dapat memastikan tenaga kerja kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi yang berubah dengan pantas.

Faedah pelaburan biasiswa juga dapat dilihat melalui impaknya terhadap pertumbuhan ekonomi. Individu yang berpendidikan ialah penggerak inovasi dan ekonomi.

Melabur dalam biasiswa juga bermaksud melabur untuk masa depan ekonomi kerana tahap pendidikan tinggi juga dikaitkan dengan peningkatan produktiviti, kreativiti dan usaha niaga keusahawanan yang kesemuanya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Biasiswa boleh menjadikan pendidikan tinggi dapat dicapai oleh lebih ramai individu, lantas meningkatkan potensi idea, teknologi dan perniagaan baharu yang merangsang kemajuan ekonomi.

Selain itu, biasiswa turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kepelbagaian dalam pendidikan dan tepat kerja.

Menaja golongan sasar untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan mewujudkan kepelbagaian bakat serta dapat memasuki pelbagai bidang profesional.

Kepelbagaian bakat dapat memperkayakan persekitaran pendidikan dengan membawa pelbagai perspektif dan pengalaman, seterusnya memupuk percambahan idea, inovasi dan kreativiti.

Organisasi yang melabur dalam pendidikan dan modal insan melalui tawaran biasiswa sebenarnya dapat menggalakkan budaya menderma atau menyumbang kembali kepada masyarakat.

Situasi ini juga akan menyokong kitaran pendidikan secara berterusan. Organisasi yang menawarkan biasiswa juga menunjukkan contoh yang baik dan pada masa yang sama memberi kesedaran tentang kepentingan menyumbang kepada masyarakat dan menyokong generasi akan datang.

Hal ini akan menimbulkan rasa berterima kasih dan tanggungjawab kepada penerima biasiswa untuk berkhidmat di tanah air dan menyumbang kembali kepada masyarakat dan sosioekonomi.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here