Exclusive Content:

Bagaimana Atlet Mengekalkan Kesihatan Mental Dan Fizikal Yang Baik

Dalam dunia sukan moden yang semakin kompetitif, atlet bukan sahaja berdepan cabaran dalam mengekalkan kekuatan fizikal, malah turut bergelut dengan cabaran ketahanan mental. Tekanan latihan intensif yang berterusan, jadual pertandingan yang padat serta harapan tinggi jurulatih, keluarga, peminat dan masyarakat secara umumnya boleh menyebabkan atlet mengalami keadaan ‘low battery’.

Kesunyian Moden Dalam Masyarakat Kontemporari

Mitos kesunyian moden dibongkar melalui peranan “tempat ketiga” sebagai ruang kecil yang menghidupkan semula rasa kebersamaan, keterhubungan dan makna dalam kehidupan manusia hari ini.

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Adaptasi Terapi Kesihatan Mental Merentasi Budaya

Ada budaya masyarakat yang menganggap masalah kesihatan mental sesuatu yang memalukan atau tidak selesa untuk dibincangkan malah ada juga kelompok masyarakat yang langsung tidak percaya wujudnya masalah mental dalam budaya mereka.

Budaya adalah kepercayaan, adat resam, nilai dan cara berfikir, berkelakuan dan berkomunikasi sesuatu kumpulan tertentu.

Latar belakang budaya turut mempengaruhi cara seseorang melihat keadaan kesihatan mental dan menghuraikan simptom.

Selain itu, latar belakang budaya juga mempengaruhi cara berkomunikasi dengan penyedia penjagaan kesihatan seperti doktor dan profesional kesihatan mental serta penerimaan dan tindak balas terhadap rawatan mental.

Pandangan dan pemahaman yang pelbagai tentang kesihatan mental telah menimbulkan stigma dan juga menjejaskan tindakan pemulihan, terutama dalam budaya masyarakat yang menganggap terapi kesihatan mental sebagai tabu.

Walau bagaimanapun, realitinya adalah tekanan emosi wujud dalam setiap budaya.

Di mana-mana dan dalam apa keadaan sekali pun, telah menjadi fitrah manusia untuk mengalami rasa panik, kesedihan, tekanan, patah semangat, ketakutan, keletihan dan gangguan emosi yang melampau.

Yang membezakannya adalah bukan pada pengalaman itu sendiri, tetapi pada bahasa yang digunakan untuk menerangkannya.

Cabaran kekeliruan pemahaman tentang kesihatan mental boleh menjejaskan tindakan pemulihan atau terapi. Salah satu contoh adalah “teknik grounding”.

Apa itu Teknik Grounding?

Teknik Grounding adalah satu kaedah mudah yang digunakan untuk menghubungkan diri dengan persekitaran semasa.

Kaedah ini dapat membantu seseorang kembali berhubung dengan situasi semasa apabila mula merasa terbeban, cemas atau terputus hubungan.

Teknik grounding menggunakan lima (5) deria untuk mengembalikan perhatian seseorang individu, seterusnya membantu individu berasa lebih stabil dan terkawal.

Teknik grounding berfungsi untuk:

  • Membawa fokus kembali ke situasi semasa bagi mengelakkan minda terus hanyut dalam fikiran yang menakutkan atau menyakitkan.
  • Menstabilkan emosi dengan mengurangkan rasa panik, cemas atau keliru.
  • Memberi rasa kawalan dengan membantu individu berasa lebih tenang dan selamat dalam situasi yang mencabar.
  • Meningkatkan kesedaran diri dengan membantu individu peka terhadap apa yang berlaku dalam tubuh dan sekelilingnya.
  • Mudah dan boleh dilakukakn di mana-mana saja dan pada bila-bila masa tanpa memerlukan peralatan khas.

Jenis-jenis Teknik Grounding

Pembinaan Fizikal (Menggunakan Badan Anda)

Teknik 5-4-3-2-1:

  • 5 perkara yang anda boleh lihat.
  • 4 perkara yang anda boleh sentuh.
  • 3 perkara yang anda boleh dengar.
  • 2 perkara yang anda boleh hidu.
  • 1 perkara yang anda boleh rasa.

Pergerakan Fizikal:

  • Tekan kaki dengan kuat ke tanah.
  • Pegang kiub ais atau objek sejuk.
  • Regangkan tangan di atas kepala.
  • Lakukan jumping jack atau berjalan-jalan.
  • Picit dan lepaskan otot anda.

Teknik pernafasan:

  • Tarik nafas secara perlahan dan dalam.
  • Kira nafas (Tarik nafas selama 4 saat, tahan selama 4 saat, hembus selama 4 saat).
  • Letakkan satu tangan di dada anda, satu di perut dan fokus pada pernafasan ke dalam perut.

Pembinaan Mental (Menggunakan Minda Anda)

Huraikan persekitaran anda: Lihat sekeliling dan huraikan apa yang anda lihat secara terperinci sama ada dengan kuat atau dalam fikiran anda.

Kira ke belakang: Mulakan dari 100 dan kira ke belakang sebanyak 7 saat atau kira ke belakang dari 50 sebanyak 3 saat.

Kategori nama: Namakan semua haiwan yang anda boleh fikirkan atau warna atau makanan yang bermula dengan huruf tertentu.

Lafazkan sesuatu: Sebut abjad, lafazkan puisi atau nyanyikan lagu yang anda tahu dengan baik.

Grounding Emosi (Mengurus Perasaan)

Ingatkan diri anda: “Saya selamat sekarang,” “Perasaan ini akan berlalu,” “Saya boleh tangani ini.”

Fikirkan orang yang anda sayangi: Bayangkan wajah mereka dan ingat momen positif bersama.

Rancang sesuatu yang menyenangkan: Fikirkan tentang aktiviti yang akan anda nikmati hari ini atau esok.

Gunakan percakapan kendiri yang baik: Bercakap dengan diri sendiri seolah-olah anda sedang menenangkan sahabat baik.

Dalam dunia psikologi, grounding sering digunakan dalam terapi trauma, rawatan keresahan atau kawalan emosi yang melibatkan latihan pernafasan, penumpuan perhatian kepada deria mahupun kepada objek di sekeliling.

Namun, bagaimana pula halnya dalam budaya masyarakat yang menganggap terapi seperti teknik grounding sebagai sesuatu yang tabu?

Jawapannya mungkin terletak pada penyesuaian budaya. Terapi grounding perlu juga dilihat dari perspektif global yang merangkumi perkara berikut:

  • Tradisi Kesedaran: Banyak teknik grrounding berasal daripada amalan kesedaran kuno yang terdapat dalam agama Buddha, Hindu dan tradisi rohani lain di seluruh dunia.
  • Amalan Masyarakat Pribumi: Banyak budaya masyarakat pribumi di seluruh dunia mempunyai amalan grounding tradisional yang menghubungkan manusia dengan bumi dan situasi semasa.
  • Terapi moden: Grounding digunakan dalam terapi berasaskan bukti di seluruh dunia termasuk Terapi Tingkah Laku Dialektik (DBT), Terapi Tingkah Laku Kognitif Berfokus Trauma dan Pengurangan Tekanan Berasaskan Kesedaran (MBSR).
  • Penyelidikan antarabangsa: Kajian dari negara-negara termasuk United Kingdom, Kanada, Australia dan Belanda menunjukkan teknik grounding berkesan untuk memulihkan keresahan, trauma dan tekanan.

Dalam sesetengah masyarakat, penggunaan ayat seperti “Saya perlukan latihan grounding untuk menghilangkan keresahan” tidak digunakan mungkin kerana kedengaran pelik.

Sebaliknya, kata-kata mudah seperti “Duduk diam dan perhatikan sekeliling” atau “Basuh tangan perlahan-lahan sambil fokus pada air” ataupun “Baca doa sambil bernafas dengan tenang” mungkin terasa lebih semula jadi, menenangkan atau mudah diterima.

Dari sudut penggunaan bahasa, istilah terapi moden kedengaran sangat klinikal walaupun penggunaan bahasa ini adalah cara yang tersusun untuk menenangkan sistem saraf dan membantu meredakan keresahan dan ketidakstabilan emosi.

Terjemahan bukan hanya menukar sesuatu bahasa kepada bahasa yang lain, tetapi amalan emosi juga perlu diterjemahkan mengikut budaya masyarakat.

Oleh yang demikian, hal ini memerlukan kemahiran dan kefahaman dalam adaptasi sesuatu budaya dan bahasa.

Adaptasi Budaya

Hormati latar belakang budaya: Sesetengah teknik grounding mungkin perlu disesuaikan untuk konteks budaya atau agama yang berbeza.

Pertimbangan bahasa: Teknik boleh diamalkan dalam apa saja bahasa dan mungkin lebih berkesan dalam bahasa ibunda seseorang.

Penglibatan keluarga: Dalam sesetengah budaya, grounding mungkin berfungsi dengan lebih baik apabila melibatkan ahli keluarga atau apabila kaedahnya berkaitan dengan amalan budaya tertentu.

Dalam kes masyarakat yang menganggap terapi sebagai tabu, kecekapan budaya (cultural competency) adalah jawapan kepada isu ini.

Kecekapan budaya adalah tingkah laku, sikap dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh penyedia penjagaan kesihatan mental agar dapat memberi rawatan dengan berkesan kepada kumpulan masyarakat yang berbeza budaya.

Mengenal pasti pengamal perubatan mental yang memiliki kemahiran ini adalah penting kerana mereka mampu memahami peranan penting yang dimainkan oleh budaya dalam kehidupan dan kesihatan.

Ini termasuklah kecekapan memahami kepercayaan, nilai, amalan dan sikap budaya yang dapat memenuhi keperluan unik penjagaan kesihatan mental masyarakat.

Sedar atau tidak sedar, amalan tradisional sebenarnya telah berfungsi sebagai teknik grounding tanpa dilabel sebagai terapi psikologi.

Dalam amalan agama misalnya, doa, zikir atau nyanyian kerohanian sering membantu mengawal pernafasan dan daya perhatian yang diyakini boleh menenangkan tubuh badan dan memberi kestabilan emosi ketika seseorang berada dalam keadaan tertekan.

Begitu juga halnya dengan aktiviti harian seperti memasak, menyediakan minuman dan sebagainya.

Bagi segelintir isi rumah, menyediakan makanan atau minuman dianggap sebagai aktiviti yang boleh memberikan ketenangan.

Aktiviti berulang seperti mendengar air mendidih, menghidu aroma atau merasa masakan dapat membantu seseorang kembali fokus kepada situasi semasa.

Apabila kesedaran tentang kesihatan mental semakin berkembang merentasi pelbagai budaya, satu perkara semakin jelas, iaitu sokongan emosi tidak semestinya sama di setiap tempat.

Hal tersebut demikian kerana ada individu yang sembuh melalui sesi terapi manakala ada pula yang sembuh berkat doa atau kaedah-kaedah tertentu yang melibatkan rutin harian dan hubungan sesama manusia.

Tidak kurang juga yang sembuh hasil daripada gabungan pelbagai kaedah terapi.

Secara keseluruhan, terapi seperti teknik grounding membuktikan bahawa sistem saraf manusia bertindak balas kepada rasa selamat, ritma, perhatian serta hubungan deria tanpa mengira latar belakang budaya.

Biarpun bahasa dan ritualnya mungkin berbeza, namun keperluan manusia tetap sama. Dalam budaya masyarakat yang menganggap terapi itu tabu, adaptasi budaya sangat penting.

Ini bukan bermakna mereka memerlukan sokongan emosi yang minimal, tetapi sebaliknya kerana mereka juga berhak mendapatkan bantuan dengan kaedah yang terasa dekat dengan budaya dan tidak mencemarkan maruah.

Rujukan:

  1. https://changemh.org/resources/grounding-techniques/
  2. https://www.researchgate.net/publication/385244304_Teknik_Grounding_Langkah_Pemulihan_Awal_untuk_Kesihatan_Mental_Mahasiswai
  3. https://www.nami.org/living-with-a-mental-health-condition/finding-a-mental-health-professional/finding-mental-health-care-that-fits-your-cultural-background/
  4. https://www.therapyroute.com/article/grounding-techniques-by-therapyroute

Latest

Bagaimana Atlet Mengekalkan Kesihatan Mental Dan Fizikal Yang Baik

Dalam dunia sukan moden yang semakin kompetitif, atlet bukan sahaja berdepan cabaran dalam mengekalkan kekuatan fizikal, malah turut bergelut dengan cabaran ketahanan mental. Tekanan latihan intensif yang berterusan, jadual pertandingan yang padat serta harapan tinggi jurulatih, keluarga, peminat dan masyarakat secara umumnya boleh menyebabkan atlet mengalami keadaan ‘low battery’.

Kesunyian Moden Dalam Masyarakat Kontemporari

Mitos kesunyian moden dibongkar melalui peranan “tempat ketiga” sebagai ruang kecil yang menghidupkan semula rasa kebersamaan, keterhubungan dan makna dalam kehidupan manusia hari ini.

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.
spot_imgspot_img

Bagaimana Atlet Mengekalkan Kesihatan Mental Dan Fizikal Yang Baik

Dalam dunia sukan moden yang semakin kompetitif, atlet bukan sahaja berdepan cabaran dalam mengekalkan kekuatan fizikal, malah turut bergelut dengan cabaran ketahanan mental. Tekanan latihan intensif yang berterusan, jadual pertandingan yang padat serta harapan tinggi jurulatih, keluarga, peminat dan masyarakat secara umumnya boleh menyebabkan atlet mengalami keadaan ‘low battery’.

Kesunyian Moden Dalam Masyarakat Kontemporari

Mitos kesunyian moden dibongkar melalui peranan “tempat ketiga” sebagai ruang kecil yang menghidupkan semula rasa kebersamaan, keterhubungan dan makna dalam kehidupan manusia hari ini.

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here