Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Akses Penjagaan Kesihatan Fokus Strategik Keterangkuman Sosial PCDS 2030

Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dilancarkan pada Julai 2021 akan memacu Sarawak mencapai matlamat negeri termaju menjelang 2030.

PCDS 2030 berpaksikan pada tiga (3) tonggak utama, iaitu Kemakmuran Ekonomi, Keterangkuman Sosial dan Kelestarian Alam Sekitar.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menjelaskan, masyarakat inklusif dalam konteks ini bermaksud semua rakyat Sarawak akan mempunyai peluang yang sama dalam pembangunan keseluruhan negeri dan menikmati pengagihan kekayaan yang saksama melalui peluang pekerjaan dan perniagaan.

Di bawah Keterangkuman Sosial PCDS 2030, akses kepada penjagaan kesihatan primer merupakan salah satu daripada empat (4) fokus strategik utama selain daripada membasmi kemiskinan, meningkatkan pemilikan rumah dan keterlibatan sosial secara langsung.

Hasrat Sarawak dalam membasmi kemiskinan menjelang 2030 antaranya adalah dengan memastikan 100% isi rumah mendapat akses kepada penjagaan kesihatan primer yang menyasarkan pada belia dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah atau B40.

Pelan tersebut termasuklah mengguna pakai iSarawakCare yang menyediakan perkhidmatan perubatan kepada belia B40 yang tidak disenaraikan dalam program MySalam yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan.

iSarawakCare, merupakan satu platform dalam talian bagi permohonan bantuan-bantuan Kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK).

Inisiatif penjagaan kesihatan primer PCDS 2030 melalui penyediaan perlindungan kesihatan kepada golongan berkenaan merupakan satu usaha Kerajaan Sarawak menyelesaikan isu kesesakan di hospital atau pusat perubatan awam.

“Semua rakyat Sarawak akan mempunyai peluang yang sama dalam pembangunan keseluruhan negeri dan menikmati pengagihan kekayaan yang saksama melalui peluang pekerjaan dan perniagaan”, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg

Di bawah pelan tersebut, belia B40 akan mendapat perlindungan perubatan yang juga akan membolehkan mereka membuat pilihan sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan daripada pusat perubatan awam mahupun swasta.

Pada dasarnya, isi rumah B40 dapat mengurangkan beban perbelanjaan penjagaan kesihatan primer yang diperlukan oleh belia.

Melihat dari sudut yang lebih luas, penjagaan kesihatan merupakan hak asas kepada sesebuah masyarakat, apatah lagi golongan belia yang bakal menerajui sesebuah negeri dan negara pada masa akan datang.

Hasil projek bertajuk ‘Youth Inclusion Project’ yang dijalankan oleh OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) Development Centre and the European Union di sembilan (9) buah negara beberapa tahun lalu mendapati lebih banyak kerajaan di dunia komited membangunkan dasar komprehensif yang respons terhadap aspirasi belia, termasuklah dari aspek penjagaan kesihatan.

Melalui projek tersebut, organisasi berkenaan percaya bahawa pelaburan dalam kesejahteraan golongan belia adalah satu-satunya cara untuk menjamin kemajuan sosial dan ekonomi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa penjagaan kesihatan primer adalah pendekatan keseluruhan masyarakat untuk mengatur dan mengukuhkan sistem kesihatan sesebuah negara dengan berkesan untuk membawa perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan lebih dekat dengan masyarakat.

Ia mengandungi tiga (3) komponen utama, iaitu perkhidmatan kesihatan bersepadu untuk memenuhi keperluan kesihatan rakyat sepanjang hayat, menangani penentu kesihatan yang lebih luas melalui dasar dan tindakan pelbagai sektor serta memperkasakan individu, keluarga dan komuniti untuk menjaga kesihatan kendiri.

Penjagaan kesihatan primer membolehkan sistem kesihatan menyokong keperluan kesihatan seseorang daripada promosi kesihatan kepada pencegahan penyakit, rawatan, pemulihan, penjagaan paliatif dan sebagainya.

Strategi ini juga memastikan bahawa penjagaan kesihatan disampaikan dengan cara yang berpusat pada keperluan orang ramai dan menghormati pilihan mereka dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Menurut WHO, penjagaan kesihatan primer secara meluas dianggap sebagai cara yang paling inklusif, saksama dan kos efektif dalam mencapai perlindungan kesihatan sejagat.

Perlindungan kesihatan sejagat hanya akan dapat dilakukan apabila setiap individu dalam masyarakat tanpa mengira di mana saja mereka berada dapat mengakses perkhidmatan kesihatan yang mereka perlukan.

Lebih daripada itu, masyarakat harus diberi hak bagi mengenal pasti keutamaan kesihatan mereka dan menyumbang kepada pencarian penyelesaian yang responsif.

Doctor explain health check document of male patient in medical clinic or hospital mental health. health and doctor concept.

Penjagaan kesihatan dan sektor lain perlu bekerjasama untuk memastikan semua keputusan yang menjejaskan kesihatan ditangani secara bersepadu termasuklah menggalakkan dasar untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, kerjasama di antara sektor dalam hal ini juga turut melibatkan penyediaan maklumat, infrastruktur bekalan air bersih, pencegahan penyakit tidak berjangkit, tindak balas kecemasan kesihatan, perkhidmatan untuk ibu mengandung, vaksinasi rutin kanak-kanak, platform untuk perundingan komuniti dan lain-lain lagi.

Sebagaimana pematuhan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menjadi fokus global dalam mengukur kemampanan perniagaan, pelaburan termasuk dasar pembangunan menyeluruh kerajaan, keterangkuman sosial dalam aspek penjagaan kesihatan primer turut terkait dengan pematuhan tersebut.

Malaysia dan Sarawak, khususnya sedang mengorak langkah dalam mematuhi piawaian ESG, biarpun masih di peringkat awal.

Namun begitu, inisiatif penjagaan kesihatan primer yang dinyatakan di dalam pelan PCDS 2030 secara dasarnya adalah sejajar dengan pematuhan ESG.

Dalam hal ini, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah diakses dan berpatutan adalah komitmen Kerajaan Sarawak.

Inisiatif penjagaan kesihatan primer dalam PCDS 2030 akan dilengkapkan dengan inisiatif-inisiatif di bawah beberapa sektor yang lain.

Sebagai contoh, infrastruktur asas seperti jalan raya dan jambatan dibangunkan bagi menyediakan sambungan fizikal manakala dalam sektor utiliti pula, air bersih dan terawat dapat dibekalkan ke pusat-pusat perubatan.

Transformasi digital dari sudut teknologi turut akan membantu inisiatif berkenaan melalui penggunaan pangkalan data penerima perlindungan kesihatan yang layak yang lebih komprehensif.

Pangkalan data berkenaan akan dikemas kini tepat pada masanya yang mencerminkan inisiatif masyarakat yang dipacu oleh data seperti yang ingin dicapai pada tahun 2030 nanti.

Sebagai tambahan kepada pangkalan data yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mengemas kini dan menyelenggara pangkalan data kesemua penerima bantuan kebajikan.

Tujuannya adalah bagi memudahkan pengesanan dan pemantauan penerima dengan lebih tepat dan berkesan.

Akses kepada penjagaan kesihatan primer sangat penting ke arah meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak.

Menerusi inisiatif iSarawakCare yang membantu mengurangkan beban penjagaan kesihatan bagi sebilangan masyarakat yang kurang bernasib baik, isi rumah dalam golongan ini dapat menikmati sumber-sumber tersedia untuk keperluan hidup yang lain, seterusnya meningkatkan kualiti hidup.

Latest

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.
spot_imgspot_img

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here