Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Bidang Pertanian Beri Impak Besar Kepada Ekonomi

Tidak dinafikan bahawa sektor pertanian memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi terutama bagi meningkatkan taraf hidup petani sebagai kelompok masyarakat yang agak besar di bahagian Samarahan khususnya di daerah Sebuyau.

Jika dilihat, sektor pertanian di daerah Sebuyau bukan sahaja berperanan sebagai penyumbang bahan mentah kepada keperluan harian dan juga pasaran, namun ia mampu menjana pendapatan lumayan di samping menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Kelapa dan pisang adalah salah satu tanaman yang paling dikenali dan banyak diusahakan di Sebuyau sehinggakan kita dapat melihat banyak pokok kelapa dan pisang di sepanjang perjalanan menuju ke kawasan ini.

Selain kelapa dan pisang, nenas, jagung, keladi dan cili adalah antara hasil-hasil pertanian yang sangat terkenal di daerah ini.

Difahamkan, projek-projek pertanian yang diusahakan di daerah Sebuyau adalah berdasarkan permintaan tinggi di kalangan masyarakat dan peniaga di sekitar Samarahan, Kuching bahkan di Semenanjung.

Tanaman seperti kelapa, pisang dan cili yang diusahakan secara meluas dan konsisten di daerah Sebuyau ini mendapat permintaan yang sangat memberangsangkan sehinggakan permintaan yang sedia ada melebihi stok yang mampu dibekalkan.

Jelas terbukti bahawa projek pertanian di daerah Sebuyau ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada ekonomi penduduknya.

Hasil tinjauan RAKAN Sarawak ke daerah ini, beberapa orang petani di kawasan Sebuyau kini telah pun berjaya meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan mengusahakan projek pertanian.

Antaranya ialah Encik Oreng anak Ilen (57), yang mengusahakan projek tanaman cili secara fertigasi sejak 2017 dengan mula menanam cili di dalam 500 polibeg melibatkan kos lebih daripada RM5,000, dan kini beliau telah mampu meraih pendapatan kira-kira RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

Encik Oreng anak Ilen (57) telah mengusahakan projek tanaman cili secara fertigasi sejak 2017

Encik Oreng patut dikagumi kerana keupayaannya melihat potensi yang cukup besar dalam projek fertigasi sehingga komited untuk cuba mengusahakannya, dan akhirnya beliau kini boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan hanya mengusahakan projek tanaman cili secara fertigasi.

Beliau sebenarnya sudah berkecimpung dalam bidang pertanian sejak berpuluh tahun yang lalu di mana sebelum memulakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, beliau giat mengusahakan tanaman lada, koko, berhuma sawah padi dan sebagainya.

Pokok cili perlu diikat pada kayu penahan untuk mengelakkan ia daripada tumbang

Namun, beliau mula berminat dan terbuka hati untuk mengusahakan projek tanaman cili secara fertigasi kerana merasakan kesukaran dan kepayahan mengusahakan projek pertanian secara konvensional.

Misalnya, tanaman lada dan koko menurut beliau memang ada hasilnya tetapi perlu menunggu tempoh yang agak lama untuk menikmati hasilnya malah, pendapatannya juga kurang memuaskan.

Oleh kerana itu, beliau membuat keputusan untuk mengusahakan tanaman cili secara fertigasi kerana beliau hanya perlu menunggu dua (2) bulan lebih sahaja untuk cili mengeluarkan hasil.

Menurut beliau, cili akan dituai sebanyak tiga kali dalam seminggu dan cili yang dituai dalam 500 polibeg boleh mencecah berat sehingga 100 kilo sekali tuai.

Projek tanaman cili secara fertigasi milik Encik Oreng anak Ilen dari kampung Belimbing, Sebuyau

Berkenaan harga cili, beliau memberitahu biasanya cili dijual kepada pemborong atau pembeli dengan harga tidak kurang daripada RM10 sekilo kerana ia adalah berdasarkan harga pasaran

Kini, beliau sudah mempunyai tiga tapak projek tanaman cili secara fertigasi di mana tapak pertama ada 500 polibeg tanaman cili; tapak kedua ada 600 polibeg tanaman cili; dan tapak ketika ada 900 polibeg tanaman cili.

Bagi beliau, bezanya tanaman secara fertigasi dengan tanaman secara konvensional adalah dari segi hasilnya yang lebih berkualiti dan pendapatan yang lebih menguntungkan.

Dari segi kesukaran pula, kaedah konvensional amat susah kerana kita perlu banyak membuat kerja-kerja seperti mencangkul, membaja, meracun rumput dan sebagainya.

Cuma, cabaran bagi para petani pada hari ini adalah dari segi harga baja yang semakin tinggi dan juga peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjalankan projek fertigasi.

Misalnya untuk projek fertigasi, beliau memerlukan bahan-bahan seperti cocopeat, batang paip 16mm dan 25mm; tong besar; dripper; bekalan air; bekalan elektrik; tiang penahan pokok dan sebagainya.

Sebelum ini, beliau pernah mengikuti kursus tanaman secara fertigasi di Demak anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan anjuran Don Fertigasi.

Lain pula dengan kisah kejayaan Encik Jahari bin Sibli (62) dan Encik Saji bin Ali (52) dari kampung Menek, Sebangan yang telah berjaya meraih pendapatan lumayan dengan mengusahakan tanaman kelapa pandan sejak dari tahun 2015.

Mereka berdua menanam kira-kira 150 pokok kelapa pandan di kawasan seluas lebih kurang dua (2) ekar sejak 2015 dan pokok-pokok kelapa mereka sudah menghasilkan buah sejak tiga tahun lalu dan dijual kepada para peniaga dan pemborong.

Encik Jahari bin Sibli (62)
Encik Saji bin Ali (52)

Menurut mereka, kelapa pandan akan dituai sebanyak tiga atau empat kali dalam seminggu dengan jumlah tuaian sekurang-kurangnya 200 biji manakala harga jualan adalah RM1.50 sebiji.

Buah kelapa pandan milik Encik Jahari dan Encik Saji dapat menghasilkan buah sebanyak 12 hingga 13 biji setandan

Ini bermakna, mereka dapat menjual sekurang-kurangnya 600 hingga 800 biji kelapa pandan setiap minggu dengan purata pendapatan sebanyak RM900 hingga RM1,200 seminggu.

Dari kisah mereka ini kita dapat melihat bahawa, bidang pertanian boleh memberikan keuntungan jika ia diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Berdasarkan hala tuju yang lebih jelas, Kerajaan menerusi Jabatan Pertanian terus menyokong pembangunan sektor pertanian ini serta meningkatkan usaha secara berterusan kerana bidang pertanian mampu menjadi antara peneraju penting dalam pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.

Misalnya usaha Encik Jahari dan Encik Saji yang telah mendapat perhatian daripada Jabatan Pertanian Samarahan sehingga mereka telah diberi bantuan dari segi anak benih pokok, baja, racun serangga, perkakas dan sebagainya selama empat tahun berturut-turut bermula pada tahun 2015 hingga 2018.

Encik Jahari dan Encik Saji menuai kelapa pandan mereka tiga atau empat kali dalam seminggu

Manakala, untuk Encik Oreng, beliau telah mendapat bantuan berbentuk peralatan daripada Jabatan Pertanian bernilai RM19,000 pada 2019.

Sudah tentu, para petani ini amat menghargai bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian dan berharap agar mereka terus mendapat sokongan, bimbingan dan pelbagai insentif daripada Kerajaan.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here