Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Eko Pelancongan Pemangkin Pembangunan Ekonomi Luar Bandar

Eko Pelancongan Pemangkin Pembangunan Ekonomi Luar Bandar

Sarawak, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam semula jadi dan warisan budaya, semakin dikenali sebagai destinasi utama dalam sektor eko pelancongan di Malaysia.

Dengan peningkatan minat terhadap pelancongan berasaskan alam dan budaya, Sarawak memanfaatkan potensi ini untuk membangunkan eko pelancongan desa lestari yang bukan sahaja mempromosikan tarikan semula jadi tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi luar bandar.

Pendekatan ini membolehkan penduduk luar bandar memperkenalkan keunikan desa mereka sambil memperkukuhkan daya tahan ekonomi melalui sektor pelancongan.

Antara destinasi utama yang sedang dipromosikan dalam inisiatif eko pelancongan desa lestari di Sarawak adalah Taman Negara Niah, yang kini sedang dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Taman Negara Niah bukan sahaja menjadi lambang kepelbagaian biologi, tetapi juga menyimpan sejarah prasejarah yang penting, termasuk penemuan arkeologi yang menunjukkan bahawa manusia pernah tinggal di kawasan ini sejak lebih 40,000 tahun lalu.

Pencalonan taman ini sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori campuran warisan budaya dan alam semula jadi – bukan sahaja akan menarik lebih ramai pelancong, malah turut memperkukuhkan pemeliharaan khazanah alam dan budaya tempatan.

Selain itu, pelancongan berasaskan komuniti juga memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan bagi masyarakat luar bandar.

Kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan pelancongan berasaskan komuniti sebanyak 20 peratus.

Dalam usaha mencapai sasaran ini, Sarawak kini mempunyai 48 kluster inap desa berbanding 46 sebelum ini.

Inap desa bukan sahaja menawarkan pengalaman pelancongan yang unik, tetapi juga memberi peluang kepada pelancong untuk merasai kehidupan desa yang autentik dan lebih dekat dengan alam semula jadi.

Dalam konteks eko pelancongan, penduduk tempatan memainkan peranan penting dalam memperkenalkan pelancong kepada budaya tempatan sambil mempromosikan kelestarian alam sekitar.

Pengalaman seperti lawatan ke kampung-kampung terpencil, trekking hutan, dan aktiviti yang melibatkan alam sekitar semakin menarik minat pelancong, terutamanya dari luar negara yang mencari kelainan daripada percutian bandar yang biasa.

Pelancongan ini bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi tempatan tetapi juga membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam dan warisan budaya.

Kerajaan Sarawak juga memberi fokus kepada produk-produk eko pelancongan lain seperti Taman Geo Delta Sarawak, ‘Heart of Borneo’, dan Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).

Sehingga kini, Sarawak mempunyai 67 TPA yang terdiri daripada 47 taman negara, 15 rizab semula jadi, dan lima sanktuari hidupan liar.

Produk-produk ini menawarkan kepelbagaian pengalaman eko pelancongan kepada pelancong yang ingin merasai keindahan alam Sarawak.

Namun, cabaran utama yang dihadapi dalam pembangunan eko pelancongan desa lestari adalah memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar.

Aktiviti pelancongan yang tidak terkawal boleh memberi impak negatif terhadap ekosistem dan budaya setempat.

Oleh itu, usaha bersepadu diperlukan untuk memastikan bahawa pembangunan pelancongan dilakukan secara lestari dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Kerajaan negeri, melalui Sarawak Forestry Corporation, sedang giat membangunkan pelan pengurusan untuk taman-taman negara di Sarawak.

Pada tahun 2022, pelan pengurusan bagi Taman Negara Gunung Mulu, Niah, dan Bukit Lambir sedang dilaksanakan dengan matlamat untuk menyiapkan 30 pelan pengurusan taman menjelang 2030.

Usaha ini penting dalam memastikan kelestarian jangka panjang kawasan-kawasan eko pelancongan ini.

Secara keseluruhannya, eko pelancongan desa lestari di Sarawak bukan sahaja memberi manfaat ekonomi kepada penduduk desa tetapi juga memperkukuhkan usaha pemuliharaan alam dan budaya tempatan.

Dengan sokongan kerajaan dan penglibatan aktif masyarakat tempatan, sektor ini mempunyai potensi besar untuk berkembang dan memberi impak positif kepada pembangunan negeri Sarawak secara keseluruhan.

Rujukan :

BERNAMA. (2024). Kedah Terima Geran Rm15.2 Juta Jayakan Program Desa Lestari Sejak 2013. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2271911

Lucia Terey John. (2021, November 16). Pelancongan berasaskan komuniti di Sarawak akan diperhebatkan lagi. Utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2021/11/16/pelancongan-berasaskan-komuniti-di-sarawak-akan-diperhebatkan-lagi

Pandemik COVID-19 beri peluang Malaysia fikirkan masa depan pelancongan – MOTAC. (2023). Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pandemik-covid19-beri-peluang-malaysia-fikirkan-masa-depan-pelancongan-motac-394086

Pusat pembiakan ikan di kawasan Sistem Tagang. (2012, September 24). Borneo Post Online. https://www.theborneopost.com/2012/09/25/pusat-pembiakan-ikan-di-kawasan-sistem-tagang/

Sarawak dalam proses calon Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia. (2022, May 25). Utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2022/05/25/sarawak-dalam-proses-calon-taman-negara-niah-sebagai-tapak-warisan-dunia

Sarawak utamakan tenaga boleh baharu bagi capai masa depan sifar bersih. (2023). Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-utamakan-tenaga-boleh-baharu-bagi-capai-masa-depan-sifar-bersih-411014

Yahaya, K. (2022, October 19). 13 kampung terpilih Program Desa Lestari bangunkan ekonomi penduduk. MalaysiaGazette. https://malaysiagazette.com/2022/10/19/13-kampung-terpilih-program-desa-lestari-bangunkan-ekonomi-penduduk/

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here