Exclusive Content

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Ekonomi Kitaran Mengurangkan Sisa Menambah Nilai

Sarawak, sebuah negeri yang kaya dengan sumber semula jadi, kini melangkah ke arah pembangunan lestari dengan mengadaptasi model ekonomi kitaran satu pendekatan yang menekankan pengurangan sisa, penggunaan semula bahan, dan pemulihan nilai daripada produk yang sedia ada.

Berbanding model ekonomi linear “ambil–guna–buang”, pendekatan kitaran memberi peluang kepada Sarawak untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan penjagaan alam sekitar.

Sisa dan Penggunaan Sumber yang Tidak Efisien

Pengurusan sisa masih menjadi isu besar di Sarawak. Misalnya, di Serian, pengeluaran sisa mencecah hampir 4,000 tan sebulan, dan sistem pelupusan tradisional semakin tidak mencukupi. Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, menegaskan keperluan memperkenalkan kaedah pengurusan sisa moden bagi menjadikan Serian sebagai model bandar hijau mini seumpama New Zealand.

Sarawak utuh untuk memperkukuh pengurusan sisa melalui Waste Management Master Plan 2050, yang menumpukan kepada pengurangan sisa, kitar semula, serta tenaga daripada sisa (WtE) ke arah ekonomi kitaran dan pembangunan hijau negeri

Dalam sektor pembinaan, model “ambil–guna–buang” juga menimbulkan masalah sisa tapak yang besar. Sarawak kini memperkenalkan konsep “pembinaan kitaran” (circular construction) bagi menggunakan semula bahan binaan dan mengurangkan pembaziran.

Sementara itu, dalam pertanian, bahan buangan seperti tandan kosong kelapa sawit, sisa tanaman dan rumput napier masih belum dimanfaatkan sepenuhnya, walaupun mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan biofuel, makanan ternakan, atau baja organik.

Teknologi dan Infrastruktur Hijau

Kerajaan Sarawak kini melaksanakan Pelan Induk Pengurusan Sisa 2050 yang menyasarkan pembinaan dua loji Sisa-ke-Tenaga (Waste-to-Energy) menjelang 2026.

Loji ini dijangka menukar sisa pepejal kepada tenaga elektrik dan mengurangkan pergantungan terhadap tapak pelupusan sisa terbuka.

Pusat pemulihan sisa dan bahan buangan di Sarawak sebahagian daripada strategi ekonomi kitaran bagi mengubah sisa industri dan pertanian kepada nilai baharu

Dalam sektor tenaga, sistem hidroelektrik di Sarawak telah menjadi contoh terbaik amalan kitaran kerana air yang digunakan dikitar semula dalam proses tenaga, menjadikan sumber ini lestari dan rendah karbon.

Selain itu, projek penangkapan karbon menggunakan mikroalga di Sejingkat membuktikan potensi inovasi tempatan.

Gas buangan industri diproses semula untuk menghasilkan biofuel, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dan membuka peluang ekonomi baharu.

Industri, Pertanian dan Nilai Tambah

Dalam sektor agro makanan, pendekatan ekonomi kitaran membantu menjana nilai baharu daripada sisa pertanian.

Contohnya, sisa kelapa sawit yang sebelum ini dibuang kini dirancang untuk dijadikan makanan ternakan, mengurangkan kebergantungan terhadap import bahan makanan haiwan.

Konsep “simbiotik perindustrian” (industrial symbiosis) juga sedang digalakkan, di mana sisa daripada satu kilang menjadi bahan input kepada kilang lain.

Contohnya, sisa kertas boleh digunakan semula oleh industri pembungkusan tempatan, mengurangkan keperluan bahan mentah baharu.

Dalam sektor pembinaan, penggunaan bahan tempatan serta amalan guna semula (reuse) membantu menjimatkan kos, mengurangkan sisa dan memperkukuh ekonomi tempatan.

Komuniti, Dasar dan Sokongan Negeri

Kerajaan negeri juga memperkukuh dasar dan penyertaan masyarakat melalui pelancaran Sarawak Sustainability Blueprint 2030, yang menjadikan ekonomi kitaran dan industri hijau sebagai tonggak utama pembangunan negeri.

Selain itu, undang-undang baharu sedang digubal bagi mengawal pengumpulan sisa pertanian dan bioresidu, memastikan bahan-bahan ini disalurkan ke industri biofuel dan baja organik.

Program komuniti seperti pengasingan sisa di peringkat rumah juga mula diperluaskan di kawasan seperti Serian dan Samarahan bagi memupuk budaya “nilai dalam sisa”.

Mengapa Solusi Ini Penting untuk Sarawak?

Pendekatan ekonomi kitaran memberi banyak manfaat kepada negeri ini:

– Mengurangkan sisa pepejal dan pencemaran.

– Mewujudkan pekerjaan baharu dalam sektor hijau dan kitar semula.

– Mengurangkan import bahan mentah dan memperkukuh ekonomi tempatan.

– Menyokong matlamat ekonomi rendah karbon dan pembangunan mampan.

Premier Sarawak menegaskan, transformasi ekonomi negeri akan berasaskan kekuatan sedia ada seperti sumber semula jadi dan inovasi hijau.

Cabaran yang Perlu Diatasi

Namun, pelaksanaan ekonomi kitaran masih menghadapi beberapa cabaran:

– Infrastruktur pemulihan sisa dan bio-refinery masih di peringkat awal.

– Tahap kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan.

– Kos pelaburan awal untuk projek seperti WtE agak tinggi.

– Kerjasama antara agensi dan komuniti perlu diperkukuh agar ekosistem kitaran berjalan lancar.

Langkah Strategik ke Hadapan

  1. Memperluas projek perintis (pilot projects) bagi pengurusan residu pertanian di seluruh negeri.
  2. Memberi insentif kepada industri pembinaan yang menggunakan bahan kitar semula.
  3. Memantapkan dasar dan undang-undang berkaitan pengumpulan sisa pertanian dan industri.
  4. Menjalankan kempen kesedaran awam di peringkat kampung dan bandar.
  5. Menggalakkan kerjasama awam swasta (PPP) bagi melaksanakan konsep “industrial symbiosis” secara lebih sistematik.

Ekonomi kitaran bukan sekadar trend global ia adalah keperluan masa depan Sarawak.

Dengan mengurangkan sisa dan menambah nilai sumber, negeri ini mampu mencapai keseimbangan antara kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Melalui dasar yang mantap, teknologi hijau, serta penglibatan komuniti, Sarawak berpotensi menjadi peneraju utama ekonomi kitaran di Malaysia.

Rujukan

Anela CBR. (2025, September 12). Sarawak Targets Circular Economy Gains With 2050 Waste Management Master Plan. Www.circularbusinessreview.com – Discover Innovative Insights and Strategies for Sustainable Business Practices at Circular Business Review. Explore Expert Articles, Case Studies, and Resources to Transform Your Business into a Circular Economy Leader.; www.circularbusinessreview.com. https://www.circularbusinessreview.com/sarawak-targets-circular-economy-gains-with-2050-waste-management-master-plan

BP 6. (2025, May 13). Sarawak embraces circular construction to drive green future. Borneo Post Online. https://www.theborneopost.com/2025/05/13/sarawak-embraces-circular-construction-to-drive-green-future

Mail, M. (2023, November 16). Serian needs new waste management method to turn into “mini New Zealand”, says Sarawak premier. Malay Mail ; Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/11/16/serian-needs-new-waste-management-method-to-turn-into-mini-new-zealand-says-sarawak-premier/

Mail, M. (2025, June 8). New circular agriculture plan aims to tackle Sarawak’s sky-high beef costs, says Abang Johari. Malay Mail ; Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/06/08/new-circular-agriculture-plan-aims-to-tackle-sarawaks-sky-high-beef-costs-says-abang-johari

Sulok Tawie. (2023, May 10). Abang Johari: Sarawak’s first industrial microalgae carbon capture facility will spur economic growth. Malay Mail ; Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/05/10/abang-johari-sarawaks-first-industrial-microalgae-carbon-capture-facility-will-spur-economic-growth

Latest

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...
spot_imgspot_img

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here