Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Inisiatif Pemerkasaan Sukan dan Belia

Inisiatif Pemerkasaan Persatuan Sukan dan Belia Menerusi Dana Sukan Komuniti

KBS sentiasa komited dalam usaha memperkasakan belia dan sukan di negara ini menerusi penganjuran program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan.

Salah satu daripada inisiatif KBS untuk terus memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti setempat ialah dengan memperkenalkan DSK.

DSK merupakan salah satu geran atau dana yang disediakan bagi penganjuran sukan komuniti selain untuk memperkasa Pertubuhan Belia dan Persatuan Sukan di negara ini.           

Permohonan dana ini adalah minimum sebanyak RM5,000.00 atau maksimum sehingga RM50,000.00 sahaja manakala pemberian dana bantuan adalah maksimum sehingga RM20,000.00.

Penganjur dibenarkan memohon maksimum satu (1) program sahaja dan sekiranya program yang dimohon adalah program bersiri, hanya dua (2) siri sahaja yang akan dipertimbangkan bagi permohonan tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Sukan komuniti merangkumi pelbagai jenis sukan iaitu dari permainan tradisional hingga sukan moden

Kaedah pemberian bantuan DSK bagi program atau aktiviti sukan di bawah RM10,000 adalah secara ‘one-off’ manakala program atau aktiviti yang melebihi RM10,000 akan dibayar 70 peratus daripada kos program yang diluluskan sebelum program atau aktiviti dijalankan.

Sementara baki 30 peratus akan dibayar selepas laporan dihantar dalam masa sebelum 30 hari selepas program atau aktiviti tamat.

Menyentuh tentang sukan komuniti, ia sebenarnya merujuk kepada aktiviti sukan yang dianjurkan di peringkat tempatan melibatkan penyertaan individu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sukan komuniti boleh merangkumi pelbagai jenis sukan iaitu dari permainan tradisional hingga sukan moden melibatkan pelbagai jenis aktiviti seperti bola sepak, bola keranjang, badminton dan juga aktiviti rekreasi seperti larian dan berbasikal yang membolehkan penyertaan yang lebih luas.

Biasanya, sukan komuniti terbuka kepada semua peringkat umur dan tahap kemahiran kerana ia memberi peluang kepada individu yang mungkin tidak mempunyai akses kepada sukan formal untuk terlibat.

Jadual menunjukkan jendela permohonan DSK bagi tahun 2024

Sukan komuniti sering melibatkan kerjasama antara penduduk, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan organisasi bukan kerajaan untuk menganjurkan acara dan program yang bermanfaat,

Ia adalah selari dengan objektif DSK diperkenalkan iaitu untuk melaksanakan aspek pembudayaan sukan kepada semua peringkat tanpa meminggirkan kelompok masyarakat tertentu.

Selain itu, DSK juga diperkenalkan untuk menjana sinergi multi sektor melalui koordinasi program dan intervensi sosial berimpak tinggi bersama pemegang taruh di pelbagai peringkat selain untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan belia, sukan dan awam sedia ada di komuniti setempat.

Objektif seterusnya ialah untuk mengupayakan peranan rakan strategik dalam melaksanakan program pembangunan sukan untuk semua di peringkat komuniti setempat dan mencapai sasaran pembangunan sukan negara secara bersama.

Jadual menunjukkan sebanyak 140 permohonan di peringkat negeri Sarawak telah diluluskan sepanjang tahun 2024

Permohonan DSK adalah tertakluk kepada terma dan syarat di mana penganjuran aktiviti berkaitan pembangunan sukan adalah berdasarkan kepada jenis sukan yang tersenarai di dalam Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023, Akta Pembangunan Sukan 1997 yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KBS.

Penyaluran DSK tidak mengira siapa pun yang boleh memohon sama ada organisasi belia dan sukan, persatuan sukan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan komuniti atau pun badan beruniform.

Seperti mana objektif asalnya iaitu melaksanakan aspek pembudayaan sukan kepada semua peringkat tanpa meminggirkan kelompok masyarakat tertentu, DSK disalurkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mahu pun politik.

Pemberian dana untuk sukan komuniti dan peralatan sukan selaras dengan hasrat mencari bakat kalangan muda yang boleh bersukan dan mengharumkan nama negara.

DSK sememangnya merupakan satu medium berguna ke arah melaksanakan aktiviti yang berfaedah dan menyediakan informasi gaya hidup aktif kepada komuniti setempat.

Penyediaan geran dan dana ini juga akan memperkasakan industri sukan melalui penganjuran program-program sukan dan membantu memulihkan ekonomi sektor ini yang telah terkesan akibat wabak COVID-19.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang KBS (https://www.kbs.gov.my/home) bagi memohon secara dalam talian dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkenaan DSK.

KBS berharap, dengan adanya inisiatif seperti ini, ia dapat menyemarakkan lagi hasrat memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Malaysia selaras dengan aspirasi digariskan di bawah MPBM 2030 dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Atas dasar itu KBS menggalakkan lebih banyak persatuan merancang pelaksanaan sukan peringkat komuniti tahun ini dan memohon DSK bagi membantu pelaksanaan program tersebut.

Berdasarkan senarai kelulusan DSK di laman web rasmi KBS, sebanyak 140 permohonan di peringkat negeri Sarawak telah diluluskan sepanjang tahun 2024 setakat 12 Ogos 2024.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here