Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Inovasi FishSpeak Bawa Nafas Baharu Kepada Penternak

Penternakan ikan merupakan salah satu sektor penting dalam industri agromakanan negara, khususnya di Sarawak yang terkenal dengan sumber air tawar dan lautnya.

Namun, di sebalik potensi besar ini, penternak masih berdepan cabaran klasik yang tidak pernah surut iaitu masalah kualiti air dan kematian ikan secara mengejut.

Kebanyakan penternak kecil sehingga kini masih menggunakan kaedah tradisional dengan memantau keadaan kolam secara manual.

Mereka perlu menulis laporan di buku, mengukur suhu atau pH dengan alat asas, dan menganggarkan jadual pemberian makanan.

Kaedah sebegini bukan sahaja memakan masa, malah boleh mengundang kerugian besar jika berlaku kesilapan.

“Penternak tidak boleh lagi bergantung kepada teka-teki bahkan dua perkara yang paling merugikan ialah kualiti air dan kematian ikan.

Jika penternak lambat bertindak, ikan boleh mati dalam jumlah yang besar,” jelas Encik Syahrul Aiman yang memperkenalkan inovasi baharu FishSpeak (Aquaculture Management System) kepada RAKAN Sarawak sempena Sarawak Agrofest 2025 di Bintulu.

Encik Syahrul Aiman menerangkan tentang kehebatan inovasi FishSpeak kepada RAKAN Sarawak

Beliau yang bekerja sebagai Penjenamaan dan Pemasar Digital di Syarikat Pacton Technologies menjelaskan bahawa, realitinya sistem manual seperti catatan buku mempunyai kelemahan tersendiri kerana apabila buku rosak atau hilang, data tidak dapat dipulihkan.

Penternak juga terpaksa mengupah pekerja tambahan semata-mata untuk memberi makanan ikan mengikut jadual sehingga menyebabkan kos operasi meningkat, tetapi hasil belum tentu menepati sasaran.

Sebelum wujudnya FishSpeak, kebanyakan penternak yang ingin bergerak ke arah moden bergantung pada sensor fizikal yang diletakkan dalam air untuk mengukur kualiti.

Walaupun sensor ini memberi data yang tepat, ia memerlukan penyelenggaraan bulanan seperti mencuci dan menukar komponen dengan kosnya yang tinggi dan agak membebankan penternak kecil.

Di sinilah FishSpeak hadir sebagai penyelesaian yang lebih praktikal, mampu milik, dan mesra pengguna.

FishSpeak diperkenalkan pada tahun 2020 di Kota Damansara dengan misi untuk merevolusikan industri akuakultur melalui teknologi Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI).

Dengan bantuan teknologi pintar, pemantauan kolam kini menjadi lebih mudah, pantas dan efisien

Apa yang menjadikan FishSpeak unik adalah penggunaan kamera kalis cuaca yang dipasang di kolam dimana kamera ini mampu:

  • Menganalisis kualiti air (oksigen, pH, saliniti, suhu) hanya melalui pantulan cahaya dan teknologi penjernihan air.
  • Memberi ramalan masa sesuai untuk tuaian hasil.
  • Menghantar maklumat terus ke telefon pintar penternak melalui WhatsApp dan dashboard website.
  • Menyediakan cadangan pemberian makanan dan ‘alert’ awal sekiranya berlaku perubahan kritikal dalam kualiti air.

Menurut Encik Syahrul, penternak boleh memantau kolam walaupun dari rumah dan jika ada masalah pada kolam, AI akan menghantar notifikasi di WhatsApp untuk membolehkan penternak bertindak segera sebelum ikan mati.

Salah satu ciri paling menarik FishSpeak ialah integrasi WhatsApp sebagai platform utama komunikasi dimana melalui aplikasi ini, penternak boleh:

  • Menyemak kualiti air secara langsung.
  • Menyimpan resit, rekod bilangan ikan, kematian, serta stok makanan.
  • Menjadualkan waktu memberi makan ikan secara automatik.
  • Mendapat jawapan segera tentang masalah kolam dan cadangan penyelesaian.

Jika sebelum ini penternak perlu menulis manual dalam buku, kini semua data tersimpan secara selamat dalam sistem sehingga beliau mengibaratkan “WhatsApp ini sebagai buku digital yang tidak akan rosak atau hilang.

Malah, dengan automasi pemberian makanan, bilangan pekerja yang diperlukan di kolam dapat dikurangkan.

Penternak hanya perlu memastikan bekas makanan sentiasa penuh dan selebihnya dikawal melalui telefon pintar.

Dashboard FishSpeak memaparkan data parameter air secara masa nyata, membolehkan pemantauan dan analisis kolam secara bersepadu

Dari sudut kos, FishSpeak juga menawarkan alternatif yang lebih berbaloi berbanding penggunaan sensor fizikal.

Harga satu set penuh kamera beserta integrasi WhatsApp hanya sekitar RM6,000 dengan bayaran langganan bulanan WhatsApp antara RM80 hingga RM150 bergantung pada pakej.

Lebih menarik, kamera ini menggunakan bateri dan tenaga solar untuk berfungsi, sekali gus mengurangkan penggunaan elektrik dan menyokong amalan penternakan mampan.

Sehingga kini, sekitar 50 kolam ikan di Malaysia masih menggunakan sistem sensor fizikal, manakala inovasi FishSpeak dengan teknologi kamera baharu sudah dipasang di tiga kolam.

Walaupun jumlahnya kecil, Encik Syahrul yakin penerimaan akan bertambah kerana sistem ini terbukti lebih mesra pengguna dan kos efektif.

Pada peringkat awal, mereka menggunakan sensor fizikal untuk melatih AI, namun kini hanya melalui imej, AI sudah mampu menganalisis kualiti air dengan ketepatan yang sama.

Justeru, kehadiran FishSpeak menandakan satu titik perubahan besar kepada industri akuakultur negara.

Inovasi ini bukan sahaja membantu penternak meningkatkan hasil dan mengurangkan kerugian, malah menyokong agenda keselamatan makanan negara dengan penghasilan ikan yang lebih stabil dan berkualiti.

Bagi penternak kecil, sistem ini memberi ruang untuk mereka bersaing dengan pemain industri besar kerana kosnya lebih rendah dan penyelenggaraan lebih mudah.

Dalam jangka masa panjang, ia juga mampu membuka peluang baharu kepada golongan muda untuk menceburi bidang penternakan berasaskan teknologi moden.

Kesimpulannya, penternakan ikan bukan lagi kerja tradisional semata-mata kerana dengan inovasi seperti FishSpeak, penternak kini mampu memantau kolam mereka hanya dengan satu klik di telefon pintar.

Tiada lagi teka-teki tentang kualiti air, tiada lagi kehilangan data, dan tiada lagi kerugian besar akibat kematian ikan secara tiba-tiba.

Teknologi ini membuktikan bahawa masa depan akuakultur adalah digital, dan penternak yang berani berubah akan menikmati hasil yang lebih lestari, berdaya saing, serta menyumbang kepada kelestarian makanan negara.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here