Exclusive Content

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Jom Bina Komuniti Yang Peduli

Program Rakan Sarawak Destiny Movers (RSDM) 2026 merupakan satu inisiatif pembangunan komuniti yang menekankan kesejahteraan mental, pembangunan diri dan kemahiran insaniah.

Dengan memanfaatkan pendekatan penceritaan, pembelajaran dan penglibatan aktif, program ini dirangka khusus untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental, sebuah topik yang kini semakin kritikal dalam kehidupan masyarakat moden.

Bengkel ini bertujuan membantu masyarakat memahami cabaran emosi, memberi pendedahan kepada kaedah pengurusan tekanan, serta menanamkan nilai empati melalui kemahiran sokongan asas yang selamat dan tidak menghakimi.

Selain itu, program ini memberikan penekanan utama kepada kepentingan pencegahan bunuh diri melalui perkongsian maklumat yang beretika dan bertanggungjawab.

Pada pertengahan Februari 2026, Pustaka Negeri Sarawak, Miri telah menjadi saksi kepada sebuah bengkel yang penuh makna.

Ia menghimpunkan komuniti untuk memahami lebih mendalam tentang kesedihan, pencegahan bunuh diri dan peranan kita sebagai sahabat yang sentiasa hadir di saat memerlukan.

Program ini menampilkan empat (4) orang penceramah berpengalaman yang membawakan perspektif berbeza tetapi saling melengkapi.

Encik Mohamad Nazwan Mohamad Taufik, Pengasas Bersama Yayasan Dee Hati dan Pendidik Kesedihan Bertauliah, membawakan sesi bertajuk “Beyond Goodbye: Exploring the Grief Experience”.

Dr. Ravivarma Rao Panirselvam, Pakar Psikiatri Hospital Miri dan MHAS Miri, membentangkan topik “Suicide Prevention: Scaling Hope”.

Sementara itu, Puan Nooridaly Irwanna, sukarelawan MHAS Miri, berkongsi pengalaman melalui sesi “Jadilah Sahabat Yang Tetap Ada” dan Puan Jesynthia Wong dari Teduh Jiwa Counselling menyumbang panduan praktikal dalam pengurusan emosi.

Dalam sesi Beyond Goodbye, Encik Mohamad Nazwan sebagai seorang Pendidik Kesedihan, menekankan bahawa kesedihan adalah tindak balas semula jadi terhadap kehilangan, bukannya satu penyakit yang perlu diubat atau kelemahan yang perlu disembunyikan.

Beliau menjelaskan perbezaan antara grief iaitu pengalaman dalaman kehilangan, dengan mourning yang merupakan ekspresi luaran kesedihan, sambil menekankan bahawa setiap individu berduka dengan cara yang unik sama ada melalui tangisan, berdiam diri, atau kelihatan kuat namun sebenarnya rapuh di dalam.

Sesi ini turut mengupas spektrum kehilangan yang luas, di mana kesedihan tidak hanya berkaitan dengan kematian, sebaliknya kehilangan pekerjaan, perceraian, penyakit kronik, atau impian yang musnah juga boleh mencetuskan duka yang mendalam.

Mesej paling mendalam yang dikongsikan beliau ialah bahawa kesedihan tidak memerlukan penyelesaian atau nasihat yang berlebihan, sebaliknya ia memerlukan kehadiran atau “presence” daripada orang sekeliling.

Beliau turut mendedahkan realiti mengenai kesedihan yang tidak diiktiraf masyarakat, yang sering menimbulkan rasa sepi dan terasing bagi mangsa, sekali gus mengingatkan peserta bahawa tiada garis masa tetap untuk seseorang “pulih” daripada duka.

Dr. Ravivarma Rao membawakan sesi bertajuk “Pencegahan Bunuh Diri: Memperluas Harapan” yang mendedahkan realiti global mengenai ratusan ribu nyawa yang terkorban setiap tahun akibat bunuh diri, dengan golongan muda sebagai kelompok yang paling berisiko.

Beliau menjelaskan bahawa tingkah laku bunuh diri adalah isu yang kompleks kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti biologi, psikologi, sosial, serta persekitaran yang saling berkaitan.

Sebagai langkah awal pencegahan, peserta diajar untuk memberi perhatian segera kepada tanda-tanda serius seperti rasa putus asa yang melampau, kecenderungan mengasingkan diri, serta perubahan emosi mendadak pada individu yang dikenali.

Selain itu, beliau menekankan bahawa cara kita berkomunikasi tentang isu ini sangat penting kerana penggunaan bahasa yang salah boleh meningkatkan stigma, manakala komunikasi yang selamat dan terbuka mampu menyelamatkan nyawa.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan kesihatan awam dan kerjasama erat dalam masyarakat adalah kunci utama untuk meningkatkan harapan (Scaling Hope) serta membuka ruang bagi mereka yang bergelut untuk mencari bantuan tanpa rasa takut.

Puan Nooridaly Irwanna menekankan aspek praktikal yang dekat dengan kehidupan harian melalui senario “Mesej Tengah Malam”, di mana tindakan segera rakan dalam membalas mesej krisis mampu memberi impak yang besar.

Melalui pendekatan D.U.D.U.K, beliau menggariskan langkah praktikal untuk mendampingi individu yang sedang berdepan krisis emosi.

Langkah pertama adalah D – Diam dan dengar, di mana kita memberikan ruang sepenuhnya kepada mereka untuk meluahkan perasaan.

Kemudian, U – Ungkapkan empati untuk menunjukkan bahawa kita memahami kesakitan mereka, diikuti dengan prinsip D – Don’t ask direct questions bagi mengelakkan tekanan melalui soalan yang terlalu terus terang.

Peserta juga digesa untuk U – Usaha cari bantuan profesional sekiranya keadaan mendesak dan yang paling penting adalah K – Kekal bersama agar individu tersebut tidak berasa sendirian.

Beliau mengingatkan bahawa menyelamatkan nyawa adalah jauh lebih penting daripada menyimpan rahsia, kerana kehadiran seorang sahabat sering menjadi faktor penentu seseorang untuk terus bertahan.

Secara keseluruhannya, bengkel RSDM 2026 ini bukan sekadar program kesedaran, tetapi juga ruang refleksi yang mengajar peserta bahawa kesedihan perlu disaksikan tanpa dinilai.

Kita diingatkan bahawa kesihatan mental bukan isu yang boleh disembunyikan di sebalik stigma, tetapi perlu dibicarakan dengan empati dan ditangani dengan tindakan kolektif.

Mesej bengkel ini dapat dirumuskan dalam satu ayat : “Kadangkala seseorang masih hidup hari ini kerana ada seseorang yang memilih untuk tetap ada.”

Semoga perkongsian ini terus menyemai kesedaran dalam masyarakat bahawa harapan sentiasa boleh dibina selagi kita memilih untuk peduli dan bertindak dengan ilmu.

Latest

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...
spot_imgspot_img

Sarawak Packaging Centre Powers Farmers

Rural communities and cooperatives in Sarawak produce quality agro-food goods yet lack standardised processing, shelf-life extension, and compliant packaging. Launching in January 2027, the CENTEXS Commercial Packaging Centre bridges this gap by offering packaging, branding, and quality testing for wider trade.

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here