Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Kelebihan dan Kecemerlangan Institusi dan Polisi Pendidikan Sarawak

Pendidikan adalah asas pembangunan sesebuah negara, malah memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang berdaya maju, masyarakat yang makmur serta menyumbang kepada kemajuan negara secara keseluruhan.

Oleh itu, segala keperluan berkaitan pendidikan amatlah perlu sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.

Berabad yang lalu, tatkala Sarawak masih dalam fasa pembangunan yang rintis dan tidak menentu, seorang pemimpin bangkit dengan visi yang jauh merentasi zamannya.

Mantan Ketua Menteri Sarawak, yang kemudiannya menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, melihat bahawa asas sebenar kemajuan negeri ini bukan sekadar pada sumber alamnya, tetapi pada ilmu dan rakyatnya.

Bagi Almarhum, pendidikan bukan sekadar kemudahan, tetapi sebuah gerakan yang menjadi tunggak utama dalam membentuk insan berdaya saing, masyarakat makmur, dan negeri yang mampu berdiri teguh dalam lanskap global yang sentiasa berubah.

Seiring perubahan zaman, Almarhum menekankan bahawa segala keperluan dalam bidang pendidikan perlu sentiasa ditambah baik, bukan hanya dari segi fizikal, tetapi dari segi akses, kualiti dan keadilan.

Sebagai langkah strategik memperkasakan modal insan, Almarhum menterjemahkan kepercayaannya terhadap ilmu melalui penubuhan institusi pendidikan tinggi yang kini menjadi lambang kejayaan dasar pendidikan Sarawak.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai universiti awam pertama negeri ini.

Univerisit Malaysia Sarawak (UNIMAS) – laman sesawang UNIMAS

Langkah ini diikuti oleh penubuhan Curtin University Malaysia di Miri pada tahun 1999 dan Swinburne University of Technology Sarawak Campus pada tahun 2000.

Langkah ini telah menjadi satu manifestasi jelas bahawa Sarawak tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan pendidikan bertaraf dunia.

Namun, Almarhum tidak sekadar mahu melihat universiti berdiri megah di bumi Kenyalang, sebaliknya menekankan bahawa yang lebih penting ialah memastikan anak-anak Sarawak walau di mana pun mereka dilahirkan, tidak tercicir dalam arus pendidikan.

Justeru, pelbagai inisiatif dan bantuan pendidikan telah diperkenalkan untuk membuka ruang kepada mereka yang berpotensi, terutamanya dari kawasan luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah, agar mampu menjejak kaki ke menara gading.

Dengan iltizam itu, Almarhum menyemai harapan agar setiap anak Sarawak bukan sahaja menjadi tenaga kerja mahir, tetapi juga tampil sebagai pemimpin, pemikir dan pencetus inovasi masa hadapan.

Legasi pendidikan yang ditinggalkan bukan sekadar tentang institusi atau polisi, tetapi tentang perubahan naratif, bahawa anak Sarawak mampu menggapai kejayaan jika diberikan peluang dan kepercayaan.

Langkah-langkah ini mencerminkan iltizam Kerajaan Sarawak untuk membina masa depan yang berdaya saing.

Ia turut menandakan anjakan paradigma dalam hala tuju pendidikan negeri ini iaitu daripada sistem konvensional kepada pendekatan yang berpaksikan keperluan sebenar pasaran kerja dan teknologi masa hadapan.

Penekanan terhadap bidang teknikal dan vokasional, termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), membuktikan komitmen kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

TVET merupakan platform terbaik untuk generasi muda memperoleh kemahiran teknikal yang relevan sekali gus membuka peluang kerjaya lebih kompetitif dan berdaya saing

Tenaga kerja ini bukan sahaja mahir, malah berupaya menjadi peneraju dalam sektor strategik seperti tenaga boleh diperbaharui, kejuruteraan, ekonomi digital dan pertanian pintar.

Dengan sokongan infrastruktur pendidikan yang semakin mantap serta insentif seperti yuran pengajian percuma di institusi milik Sarawak, peluang kini lebih terbuka untuk anak Sarawak dari segenap lapisan masyarakat.

Hal ini telah ditekankan dalam Perisytiharan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-19 pada 19 Mei 2025, oleh Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Dalam ucapan perasmian baginda, TYT menzahirkan penghargaan terhadap kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan pembangunan modal insan dan pendidikan, sejajar dengan tuntutan zaman yang semakin mencabar.

Langkah-langkah ini bukan sahaja mencerminkan iltizam Kerajaan Sarawak untuk membina masa depan yang berdaya saing.

Ia juga menandakan satu anjakan paradigma dalam hala tuju pendidikan negeri ini iaitu daripada sistem konvensional kepada pendekatan yang berteraskan keperluan sebenar pasaran kerja dan teknologi masa hadapan.

Dalam ucapan perasmian baginda, TYT menzahirkan penghargaan terhadap kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan pembangunan modal insan dan pendidikan, sejajar dengan tuntutan zaman yang semakin mencabar.

Baginda turut menyambut baik inisiatif Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan sekolah antarabangsa serta institusi pendidikan tinggi milik negeri yang berfokuskan teknikal dan vokasional, merupakan langkah yang amat bertepatan dengan kehendak industri.

Malah, pelaksanaan dasar pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak Sarawak dalam bidang terpilih mulai tahun hadapan dilihat sebagai pencetus harapan baharu kepada generasi muda, terutama dari kawasan luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, TYT menyeru agar kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi dan pihak industri terus diperkukuhkan agar pembangunan bakat dapat digarapkan secara menyeluruh dan selaras dengan keperluan sebenar pasaran kerja masa kini.

Ini penting bagi memastikan pendidikan bukan sahaja menjadi alat mobiliti sosial, tetapi juga teras kepada kelestarian ekonomi negeri.

Dengan kepimpinan yang berpandangan jauh, dasar yang progresif serta semangat kebersamaan seluruh rakyat Sarawak, masa depan pendidikan negeri ini berada di landasan yang kukuh menuju Sarawak Maju 2030.

Rujukan:

  1. Sumbangan Almarhum Taib Mahmud Jadi Sejarah Terulung Buat Rakyat Sarawak | Suara Sarawak. (2024, May 8). Suara Sarawak. https://suarasarawak.my/sumbangan-almarhum-taib-mahmud-jadi-sejarah-terulung-buat-rakyat-sarawak/
  2. Teks Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Sempena Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Ke-19 Pada 19 Mei 2025 (Isnin).

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here