Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

KRT Jentera Perpaduan di Malaysia

Jika diimbas kembali lebih 60 tahun yang lalu, negara kita telah mencatat pelbagai sejarah di mana banyak pengorbanan serta perjuangan telah dilalui dalam mempertahankan kemakmuran negara yang telah dapat kita nikmati pada hari ini.

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia sehingga telah meragut nyawa serta memusnahkan banyak harta benda.

Peristiwa berdarah 13 Mei ini telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini.

Kerana itu, amatlah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama menghayati sejarah tanah air dan sama-sama memperkukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Tidak dinafikan, kerajaan sentiasa berusaha untuk memelihara dan merekayasa perpaduan di peringkat komuniti sebagai suatu pelonjak kepada pembangunan dan pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang dan harmoni.

Hal ini adalah demi memastikan negara kita tidak lagi dibelenggu dengan perkara yang boleh memecahbelahkan rakyat dan mencetuskan ketidakharmonian sesama kita.

Dalam hubungan ini, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan yang amat penting di peringkat komuniti khususnya di kala negara berdepan dengan pelbagai cabaran.

Jumlah KRT yang telah ditubuhkan di seluruh Malaysia

Menurut Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, Encik Giri anak Nyareng ketika ditemu bual RAKAN Sarawak, KRT diiktiraf sebagai salah satu jentera perpaduan yang menyumbang kepada keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti setempat.

Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, Encik Giri anak Nyareng semasa ditemu bual oleh RAKAN Sarawak

KRT juga menjadi tonggak dan penggerak kepada inisiatif membangun dan menyatupadukan komuniti di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi.

Bagi mendepani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat masa kini, maka satu anjakan baharu diperlukan bagi memantapkan kepimpinan dan pengendalian KRT.

Penubuhan awal SRT atau kini dikenali sebagai KRT adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.

KRT memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.

Sehubungan itu, Encik Giri memaklumkan Pelan Pemerkasaan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 telah dirangka untuk dijadikan sebagai dokumen hala tuju strategik perlaksanaan program dan aktiviti.

Pelan pemerkasaan ini adalah berlandaskan kepada Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga RT4ALL yang terdiri daripada 4 Gerak Kerja berikut;

  1. Gerak Kerja KRT Sejahtera memfokuskan kepada kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup
  2. Gerak Kerja KRT Selamat untuk menjadikan tanggungjawab menjaga keselamatan secara inklusif bersama komuniti
  3. Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah memfokuskan kepada amalan penjagaan kebersihan dan keindahan kawasan komuniti
  4. Gerak Kerja KRT Sihat memfokuskan kepada program amalan gaya hidup sihat

Dengan adanya RT4ALL ini, setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh KRT perlu berdasarkan kepada gerak kerja yang telah dirangka.

Dalam hal berkaitan, beliau menjelaskan peranan Rukun Tetangga (RT) adalah sebagai pengantara dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat.

Hal ini merujuk kepada peranan Mediator Komuniti yang akan mengendalikan isu yang berkaitan dengan konflik yang berlaku dalam masyarakat serta mencari jalan penyelesaian kepada isu tersebut.

KRT melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) mengambil tindakan yang wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah dan bencana serta melaksanakan rondaan berkala bagi melindungi KRT dari ancaman jenayah dan bencana.

Program Komuniti Selamat SRS KRT Taman Bian Hua, Kapit

Dalam penyelesaian isu penyampaian perkhidmatan, jabatan menyediakan platform Program Sayangi Komuniti bagi memastikan KRT dapat membentuk hubungan kerjasama yang kukuh bagi memastikan permasalahan yang berlaku dalam KRT dapat diselesaikan melalui saluran yang tepat.

Menurut beliau, setakat ini, JPNIN Sarawak mempunyai 12 Pejabat JPNIN Bahagian dan 1 Pejabat JPNIN Daerah.

Bagi memastikan KRT tidak terabai, JPNIN Sarawak telah menyusun atur jentera melalui struktur organisasi jabatan bagi memantau pelaksanaan KRT.

Di samping itu, RT perlu mematuhi garis panduan Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga dalam memastikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Tambah beliau, JPNIN Sarawak turut menyediakan peruntukan berjumlah RM6,000.00 setiap tahun bagi memastikan KRT dapat melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih kerap.

Peruntukan berjumlah RM6,000.00 setiap tahun bagi memastikan KRT dapat melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih kerap

Mulai tahun 2023, JPNIN Sarawak telah mempromosikan Program Kebuniti Madani kepada 1077 KRT di Sarawak.

Difahamkan, setiap tahun JPNIN mempunyai sasaran bagi pelaksanaan Projek Ekonomi di bawah Program Kebuniti Madani, KRT.

RT yang berada dalam kawasan bandar adalah digalakkan untuk menyertai program ini dimana fokus utama jabatan adalah bagi memanfaatkan hasil Kebuniti Madani kepada komuniti dalam KRT.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa JPNIN telah merancang pelaksanaan Program Gerak Rahmah 2024 bagi memastikan gerak kerja di peringkat lebih menyeluruh dan bertepatan dengan misi dan objektif jabatan.

Lapan (8) bidang tumpuan KRT

Di bawah pelaksanaan program ini, jabatan dapat memasarkan semua golongan masyarakat secara inklusif.

Pada 23 Mac 2024, Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk telah dilaksanakan di mana objektif program ini adalah untuk menggerakkan KRT secara bersepadu dan menyeluruh di seluruh negara sejajar dengan peranannya sebagai penggerak perpaduan di peringkat akar umbi serta memupuk semangat perpaduan.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here