Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Mengimbangi Pembangunan Di Antara Kawasan Bandar Dengan Luar Bandar

Mengimbangi pembangunan dan mencapai integrasi di antara kawasan bandar dengan luar bandar yang mampan akan menjadi keutamaan dalam memastikan pembangunan seimbang pada ketika Sarawak yang kini menuju ke arah status maju.

Fokus pembangunan luar bandar adalah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta meningkatkan potensi ekonominya berdasarkan pada kekuatan dan keistimewaan setempat.

Dalam Belanjawan Sarawak 2024, penekanan terhadap penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan asas diteruskan bagi meningkatkan ketersambungan dan capaian luar bandar yang akan memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg memaklumkan bahawa lebih banyak jalan raya, jambatan, pelabuhan, bekalan air dan elektrik termasuk perkhidmatan pengangkutan udara akan disediakan.

Penyediaan kesemua kemudahan tersebut diyakini akan mewujudkan kerancakan ekonomi luar bandar, meningkatkan kebolehdiaman serta mobiliti penduduk selain merancakkan perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Di bawah inisiatif Pembiayaan Alternatif, antara inisiatif pemangkin yang sedang dilaksanakan adalah projek pembinaan Rangkaian Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) yang dianggarkan menelan kos berjumlah RM11 bilion.

Projek pembangunan rangkaian jalan pesisir dan Jalan Utama Kedua di bawah Pembiayaan Alternatif Belanjawan Sarawak 2024 dianggarkan menelan kos berjumlah RM11 bilion

Pada masa ini, projek-projek berkenaan sedang dilaksanakan dalam pelbagai peringkat, jelas Premier ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada November 2023.

Dalam pada itu, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah anak Embas memaklumkan, sebanyak 13 pakej pembinaan jalan dan jambatan baharu di bawah projek Rangkaian Jalan Pesisir sedang dalam pembinaan dan dijangka siap di antara suku kedua 2024 hingga suku ketiga 2026.

Beliau yang merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menjelaskan, rangkaian jalan pesisir Pantai di negeri ini terdiri daripada 13 pakej jalan serta jambatan baharu diikuti 29 pakej kerja pemulihan bernilai RM5.42 bilion.

Untuk pakej kerja-kerja pemulihan, 17 daripada 29 projek telah siap berbanding dengan 11 pakej yang dilaporkan dalam persidangan DUN sebelum ini.

Tambah beliau, enam (6) pakej tambahan yang telah siap merangkumi Lundu/Sempadi/Selang yang melibatkan jalan sepanjang 7.6-kilometer (km) bernilai RM11 juta, pesisiran Triso/Melebu/Pusa (9.1km) bernilai RM13 juta, Pusa/Sesang Seksyen 1 (17.8 km) bernilai RM14.4 juta, Sungai Nai/Tanjung Gelang (12.7km) bernilai RM25.1 juta, Matu-Igan (12.9km) bernilai RM21 juta dan Tanjong Kidurong/Kuala Suai/Kuala Niah/Kuala Sibuti/Bakam (12.3km) bernilai RM9.8 juta.

Dalam perkembangan Projek Jalan Utama Kedua, pelaksanaannya terdiri daripada 20 projek dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5.58 bilion dengan 12 projek sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Antaranya adalah, Jambatan Batang Samarahan baharu termasuk Jalan Dwi Laluan sepanjang 9km, jalan raya berkembar Batang Samarahan-Batang Sadong (13km), Jalan Batang Sadong-Batang Lupar/Sebuyau, Jambatan Batang Saribas No. 2, Batang Saribas ke Jalan Roban (Persimpangan), Sebuyau-Jalan Lingga termasuk Jambatan Sungai Lingga.

Penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya dan jambatan memudahkan mobiliti penduduk serta dapat mengimbangi pembangunan di antara kawasan bandar dengan luar bandar

Selebihnya adalah pembinaan jalan yang menghubungkan Sungai Lingga ke Jalan Lingga sedia ada ke Sri Aman, naik taraf jalan utama sedia ada di bandar Sri Aman, Jambatan Batang Lupar No. 2, Batang Lupar ke Jalan Betong (persimpangan) dan Ulu Paku/Ulu Kota Link Road dan naik taraf Jalan Ulu Paku sedia ada (Jalan Betong-Pakan).

Menurut Datuk Amar Douglas, 12 projek tersebut dijadualkan siap seawal suku ketiga 2024 hingga suku kedua 2028, manakala baki lapan (8) lagi projek pula sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan kesemua projek berkenaan dijangka akan dimulakan pada 2024.

Memperluaskan liputan bekalan air bersih ke seluruh Sarawak turut diberi keutamaan apabila sejumlah RM156 juta diperuntukkan bagi meneruskan projek bekalan air yang sedang berjalan serta melaksanakan projek bekalan air baharu di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Sebanyak RM552 juta akan disediakan di bawah Inisiatif Pembiayaan Alternatif untuk tahun 2024 bagi meneruskan pelaksanaan projek bekalan air yang merangkumi penyaluran air utama ke Simunjan yang merentasi Jambatan Batang Sadong termasuk penggantian saluran paip, penempatan semula serta sambungan di Sebangan dan Sebuyau, naik taraf Loji Rawatan Air Lubau dan Loji Rawatan Air Bayong serta kerja-kerja pembesaran dan penambahbaikan Loji Rawatan Air Kapit.

Projek-projek lain yang turut dilaksanakan di bawah peruntukan tersebut termasuklah Projek Bekalan Air Belaga – Jalan Belaga/Menjawah, Kapit, projek Pembangunan Sumber Bekalan Air Miri Fasa 2, Loji Rawatan Air Wilayah Trusan, Bekalan Air Tinjar dan Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) Fasa 2.

Dari segi bekalan elektrik, sebanyak RM24 juta akan diperuntukkan untuk melaksanakan projek baharu, iaitu penyambungan Projek Skim Alternatif Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES) ke Projek Grid Elektrik Sarawak serta sambungan SARES luar grid dan skim hibrid solar ke grid elektrik sedia ada untuk kawasan kampung yang mempunyai akses jalan raya dan berhampiran dengan grid.

Kerja-kerja lain termasuklah penggantian bateri dan komponen utama sistem solar, penggantian bateri SARES untuk memastikan penduduk dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam dan pelaksanaan 33 kilovolt Konduktor Terlindung Voltan Sederhana (MVCC) dari Nanga Gaat ke Tunoh.

Lebih daripada itu, RM298 juta akan disediakan untuk projek sambungan di bawah Skim Elektrik Luar Bandar dan RM1,600 juta lagi diperlukan di bawah Pembiayaan Alternatif.

Fokus pembangunan luar bandar dalam Belanjawan Sarawak 2024 antaranya adalah bagi meningkatkan potensi ekonomi berdasarkan pada kekuatan dan keistimewaan sesebuah kawasan

Selain itu, penghubungan di antara kawasan bandar dengan luar bandar akan diperkukuh dengan menambah baik kesalinghubungan dan mobiliti untuk mewujudkan integrasi ekonomi yang lebih baik.

Sejumlah RM900 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan projek pembangunan Sistem Pengangkutan Transit Aliran Automosi (ART) Sarawak di bawah Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), melibatkan pembinaan tiga (3) laluan ART Fasa 1 dan kemudahan Bas Pengantara Hidrogen yang juga akan dilaksanakan di bawah Pembiayaan Alternatif.

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here