Exclusive Content:

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.

Meningkatkan Pengeluaran Produk Berasaskan Lada

Seramai tiga (3) pengusaha produk makanan berasaskan lada, iaitu Zias Catering; Sophia Taha Holdings Sdn Bhd dan Leni Spice Sdn Bhd/Leni Food Manufacturing Sdn Bhd. telah menerima Skim Pembiayaan Pembangunan Keusahawanan Lada Tahun 2022.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin ketika beliau merasmikan Pesta Lada 2022 di salah sebuah pusat beli belah di bandar raya Kuching pada 29 Oktober 2022.

Skim tersebut diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran hiliran lada, kualiti dan kepelbagaian produk keluaran lada negara.

Menurut Datuk Willie, keluasan kawasan tanaman lada negara telah mencecah 8,013 hektar. Sehubungan itu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) sebagai badan berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sentiasa maju ke hadapan membangunkan industri lada melalui transformasi dalam aspek inovasi, pembangunan, penyelidikan dan pengkomersialan demi peningkatan dan daya saing sosioekonomi para pekebun, pengusaha dan pemain industri lada negara yang lebih inklusif dan terjamin.

Tambah beliau, industri lada adalah sumber perniagaan negara yang bernilai tinggi kepada para usahawan dan merupakan pintu rezeki utama bagi 38,000 orang pekebun yang majoritinya mendiami kawasan kampung dan luar bandar.

Dari segi pencapaian, Sarawak kekal berada di kedudukan teratas sebagai pengeluar lada terbesar dalam negara dengan keluasan tanaman sebanyak 98 peratus, diikuti Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Datuk Willie Anak Mongin menyampaikan Skim Pembiayaan Pembangunan Keusahawanan Lada Tahun 2022 kepada pengusaha Leni Spice Sdn Bhd/Leni Food Manufacturing Sdn Bhd.
Penerima kedua Skim Pembiayaan Pembangunan Keusahawanan Lada Tahun 2022, iaitu Sophia Taha Holdongs Sdn. Bhd.
Penyampaian Skim Pembiayaan Keusahawanan Lada Tahun 2022 turut disampaikan kepada Zias Catering

Meskipun Malaysia turut terkesan dengan ketidakpastian dan cabaran global, namun, negara berjaya mengekalkan momentum eksport ke pasaran global.

Sumbangan eksport berasaskan produk agrikomoditi pada tahun 2021 telah dicatat pada nilai RM209.5 bilion, iaitu 16.9 peratus daripada nilai eksport keseluruhan negara.

Daripada jumlah tersebut, RM153.74 juta bersamaan dengan 7.41 ribu tan metrik telah disumbangkan oleh agrikomoditi lada yang merupakan sektor kelima terbesar dan terpenting negara.

Setakat Ogos 2022, agrikomoditi lada mengalami kenaikan ketara sebanyak 46 peratus, iaitu daripada RM85.5 juta pada bulan Ogos 2021 kepada RM125 juta pada tempoh yang sama.

Datuk Willie turut memaklumkan, para pekebun kini boleh senyum lebar kerana harga jualan lada hitam di pasaran adalah sebanyak RM15,893 per tan metrik pada September 2022 berbanding RM14,035 per tan metrik pada tahun lepas dan RM7,847 per tan metrik pada tahun 2020.

Para pekebun lada putih juga dijangka meraih keuntungan luar biasa berikutan kenaikan purata harga lada putih kini mencecah RM25,228 per tan metrik pada September 2022 berbanding RM22,626 dan RM14,158 per tan metrik pada tahun 2021 dan 2020.

Pesta Lada 2022 anjuran MPB berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober sebagai usaha KPPK meningkatkan promosi produk lada tempatan bersempena dengan sambutan ke-50 tahun International Pepper Community (IPC).

Latest

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam...

Digital Progress Demands Accountability, Not Blind Public Trust

Governments worldwide are racing to digitize services, but efficiency without safeguards risks privacy breaches, algorithmic bias, and systemic collapse. True digital transformation protects citizens through human oversight, audited algorithms, resilient infrastructure, and informed public trust, proving innovation and accountability can, and must, coexist.

Build Our Third Space: Your Community’s Answer to Mental Health

Join the community-led mental health movement. Sarawak’s Third Spaces, across urban and rural areas, foster resilience through conversation and creativity. You can help. Seek information, volunteer with RSDM, and turn isolation into authentic, lasting connection for stronger, healthier communities today.
spot_imgspot_img

Pertanian dan Masyarakat Luar Bandar

Sebut saja tentang luar bandar, pertanian pasti terlintas di benak fikiran kita kerana aktiviti pertanian amat sinonim dengan masyarakat luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar,...

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Kelestarian Ternakan Ulat Mulong

Tahukah anda ulat mulong kini boleh diternak di dalam besen? Ternakan berkonsepkan ekonomi kitaran ini telah pun diusahakan oleh sekelompok kecil komuniti di Mukah. Teknik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here