Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Penciptaan Inovasi Produk Hiliran Bermula Dari Penemuan Masalah

Idea baharu boleh dikatakan sebagai inovasi apabila pada akhirnya ia diciptakan sama ada dalam bentuk fizikal, perkhidmatan atau sebuah perisian (software) yang akan digunakan oleh orang ramai.

Hal ini bermakna, seseorang yang menciptakan inovasi, secara dasarnya, langkah pertamanya bukanlah daripada idea atau pun dari teknologi apa yang ada untuk dimanfaatkan, tetapi adalah penemuan masalah terlebih dahulu kerana ia adalah perkara penting yang perlu diselesaikan.

Kerana itu, inovasi sering didefinisikan sebagai pembaharuan sama ada mewujudkan sesuatu yang baharu atau membuat pembaharuan kepada sesuatu yang sedia ada.

Contohnya, penciptaan sebuah mesin pineapple peeler machine adalah satu inovasi yang dicipta bagi memudahkan kerja-kerja pengupasan kulit buah nanas yang berskala kecil dengan lebih efektif.

Contoh inovasi mesin pengupas kulit nanas yang telah dibangunkan untuk memudahkan kerja-kerja mengupas kulit nanas

Nanas merupakan salah satu buah yang agak sukar untuk dikupas kerana bahagian kulitnya yang keras dan mempunyai mata berbentuk agak bujur pada bahagian kulitnya.

Oleh itu, dengan tercetusnya idea untuk mencipta pineapple peeler machine, ia akan dapat menggalakkan komuniti masyarakat terutama para peniaga, industri kecil dan sederhana untuk menghasilkan produk-produk hiliran berasaskan nanas.

Misalnya, Syarikat Masjaya Resources yang diasaskan oleh Encik Chai Kian Jiew sudah tentu memerlukan pineapple peeler machine ini kerana mereka turut menghasilkan produk-produk hiliran seperti jus nanas, kopi nanas dan fiber nanas.

Encik Chai Kian Jiew menunjukkan produk-produk hiliran berasaskan buah nanas yang telah dibangunkan

Menurut Encik Chai, buah nanas mempunyai permintaan yang sangat tinggi, tetapi buat masa ini mereka belum dapat hendak memenuhi permintaan pelanggan dari negara luar kerana membekal nanas ini bukan hanya untuk sekali atau dua kali sahaja, tetapi ia harus dilakukan secara berterusan.

Untuk jangka masa panjang, mereka perlukan keluasan kawasan beratus-ratus ekar untuk dapat membekalkan nanas kepada pelanggan dari luar negara sepanjang tahun.

Pada masa ini, mereka hanya memasarkan nanas di seluruh Malaysia sahaja, namun ia masih belum dapat memenuhi permintaan kesemua pelanggan mereka.

Dalam satu bulan, mereka perlu menghasilkan ribuan biji nanas untuk dibekalkan kepada pelanggan, misalnya semasa musim perayaan, mereka akan menerima tempahan sehingga 5,000 biji.

Di Malaysia permintaan buah nanas yang tinggi dari pengusaha-pengusaha seperti pengusaha industri kecil dan sederhana adalah amat menggalakkan.

Malahan, kepesatan ekonomi dan juga pertambahan penduduk di negara ini sedikit sebanyak mendorong kepada permintaan yang tinggi terhadap produk hiliran berasaskan buah nanas seperti jem nanas dan jus nanas.

Oleh yang demikian, pineapple peeler machine wajar diciptakan kerana ia dapat memudahkan orang ramai khususnya pengusaha industri kecil dan sederhana mengupas kulit nanas dengan mudah untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk hiliran.

Pineapple peeler machine ini dicipta bagi memudahkan kerja-kerja pengupasan kulit nanas secara efektif, pada masa yang sama adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna termasuk para peniaga yang ingin menghasilkan produk hiliran berasaskan nanas.

Produk inovasi seperti ini dilihat mampu membantu golongan komuniti di peringkat akar umbi terutama pengusaha makanan bagi meningkatkan produktiviti mereka.

Demikian kisah inovasi produk hiliran berasaskan buah nanas, dan kita beralih kepada produk inovasi hiliran berasaskan buah dabai di mana pembangunan produk hiliran berasaskan buah dabai ini adalah jalan untuk mengatasi lambakan buah dabai apabila tiba musimnya.

Setakat ini, kita lihat Jabatan Pertanian Sarawak telah mencipta pelbagai inovasi produk hiliran berasaskan buah dabai seperti mayonis dabai, pes dabai, kek lapis dabai, keropok dabai, malah turut dijadikan sebagai bahan utama untuk membuat sabun.

Selain itu, JPS juga telah berjaya mencipta inovasi teknologi sejuk beku yang membolehkan buah dabai disimpan selama setahun sekali gus membolehkan ia dipasarkan dengan sumber bekalan berterusan sepanjang tahun walaupun di luar musim.

Salah satu pendekatan yang telah diambil oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bahagian Kapit untuk memastikan bekalan dabai akan berterusan sepanjang tahun adalah menggunakan kaedah sejuk beku (frozen).

Inovasi produk hiliran berasaskan buah dabai yang dibangunkan oleh Pertubuhan Peladang Sarawan (PPNS)

Kaedah sejuk beku dapat menjadikan buah dabai dapat bertahan lebih lama, membolehkan ia dipasarkan dengan sumber bekalan berterusan sepanjang tahun walaupun di luar musim.

Produk tersebut juga berpotensi untuk dikomersialkan di pasaran tempatan kerana potensi yang cerah sebagai bahan utama dalam sektor pengeluaran makanan dan kosmetik.

PPK Kapit dapat memanfaatkan buah dabai daripada terbazir begitu sahaja kerana ia dapat menyimpan buah dabai dalam tempoh masa yang lama dan memenuhi keperluan orang ramai terutamanya buah yang sukar diperolehi (buah bermusim).

Antara produk hiliran berasaskan buah dabai yang telah dibangunkan oleh Sarawak Fruit Enterprise

Kini, terdapat usaha mengkomersialkan produk berasaskan dabai seperti sabun dabai, mayonis dabai, pes dabai, kek lapis dabai dan banyak lagi penemuan dan kejayaan demi kejayaan menggalakkan pembangunan produk hiliran ini hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.

Selain dabai, terung asam juga telah dapat dikomersialkan dengan setiap penambahbaikan yang dilakukan hasil daripada usaha para penyelidik yang inovatif.

Antara produk yang telah dibangunkan daripada terung asam ialah Terung Asam Kering, Jus Terung Asam, Kek Gubahan Tiung, Kek Tiung, Kek Keju Tiung, Biskut Cip Tiung, Jem Terung Asam, Aiskrim Terung Asam, Keropok Terung Asam dan sebagainya.

Salah satu lagi contoh ialah, inovasi produk hiliran berasaskan halia yang diusahakan oleh Encik Hendry Charles dari Tambunan, Sabah (https://youtu.be/l1UXh2bjLM0).

Encik Henry telah melihat tanaman halia yang meluas di Tambunan sebagai satu peluang untuk menghasilkan produk hiliran yang berpotensi tinggi.

Encik Hendry Charles dari Tambunan, Sabah membangunkan inovasi produk hiliran berasaskan halia

Kegigihannya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menghasilkan produk hiliran berasaskan halia seperti halwa halia, halia madu, serbuk minuman halia, kordial halia dan sos cili halia.

Menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6), Yayasan Inovasi Malaysia telah membantu beliau meningkatkan pengeluaran produk-produk ini di samping mempromosikannya ke seluruh negara dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

Hasilnya, perusahaan yang dijalankan oleh encik Hendry dapat dikembangkan, seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang terlibat dalam penyediaan bahan mentah, pemprosesan dan penjualan produk.

Dari sini kita lihat, untuk menjana sesuatu inovasi, ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana perlu melibatkan perubahan cara berfikir dan pembaikan kepada sistem nilai.

Pada dasarnya, inovasi bukan hanya satu penjanaan idea dari keadaan sedia ada tetapi ia merupakan satu pendekatan strategik perancangan dan pelaksanaan tugas harian dan dilihat sebagai gagasan baharu dalam mengurus dan mentadbir sesebuah organisasi ke arah transformasi.

Antara produk inovasi hiliran yang dibangunkan oleh usahawan tempatan Sarawak #D’Mata

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here