Exclusive Content:

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Pendidikan Berasaskan Komuniti

– dipetik dan disesuaikan daripada RAKAN Sarawak

Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001.

Penubuhan BPP-MIS tertakluk di bawah Seksyen 5, Ordinan 41 Majlis Islam Sarawak (2001) yang jelas menyatakan kewajipan Majlis Islam Sarawak (MIS) untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi, sosial dan kesejahteraan masyarakat Islam di Sarawak selaras dengan Undang-undang Islam.

Matlamat awal penubuhan BPP-MIS adalah untuk bertindak sebagai badan pemikir, perancang dan pelaksana pelbagai bentuk inisiatif Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) yang bertujuan membantu dan menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan penting masyarakat Islam setempat.

PP-MIS menyasarkan golongan kanak-kanak dan belia dalam Program Berasaskan Komuniti

Dalam melaksanakan PBK, BPP-MIS bertanggungjawab membina program-program PBK, membantu jawatankuasa pengurusan masjid melaksana program pendidikan termasuk melatih fasilitator dan membina rangkaian serta jaringan profesional.

Menurut Pengarah BPP-MIS, YBhg Datu Dr. Haji Julaihi bin Haji Bujang, BPP-MIS berperanan membantu kerajaan dari segi pendidikan berasaskan komuniti dengan menjadikan masjid sebagai pusat latihan dan pendidikan.

Pengarah BPP-MIS, YBhg Datu Dr. Haji Julaihi bin Haji Bujang

Bagi menjayakan usaha tersebut, beliau berpandangan, masyarakat Islam seharusnya mengembalikan masjid sebagai sebuah institusi yang boleh dijadikan sebagai pusat pendidikan dan bukan hanya sebagai tempat untuk beribadah semata-mata.

Beliau menekankan bahawa penubuhan BPP-MIS bukanlah untuk mengambil alih peranan Jabatan Pendidikan, sebaliknya organisasi tersebut ditubuhkan sebagai melengkapi sistem pendidikan formal sedia ada, khususnya pendidikan yang fokus pada latihan kemahiran berasaskan komuniti.

Menurut Datu Dr. Haji Julaihi, dapatan pihak BPP-MIS pada awal penubuhannya mendapati tahap kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dalam kalangan kanak-kanak di luar bandar pada masa itu masih rendah.

Demikian juga halnya dengan tahap motivasi golongan belia luar bandar yang kurang menunjukkan minat untuk melanjutkan pelajaran dan tidak kurang juga dalam kalangan mereka yang kurang pengetahuan mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menyedari akan hal tersebut, BPP-MIS telah mengenal pasti keperluan bina upaya komuniti yang disasarkan serta mewujudkan strategi, membina dan membangun program seperti yang digariskan di dalam Rangka Pelan Pertama (2008-2012) dan Rangka Pelan Kedua (2013-2017).

Program English Camp
Program English Camp di Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak, Bintulu yang diadakan pada Mac 2022

Seterusnya di bawah Rangka Pelan Ketiga (2018-2022) BPP-MIS mengenal pasti, memperkasakan dan mengupayakan rakan kongsi yang terdiri daripada institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, golongan pendidik, ketua masyarakat serta rakan belia untuk membantu menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti pendidikan.

Program-program PBK yang dijalankan BPP-MIS adalah seperti English Camp, Kem Eksplorasi Minda, Kem Pemantapan Akidah, Kem Pemantapan Jati Diri, Kem Sukarelawan Belia, Kem BESTARI dan Program Kembara Hijrah.

Program Kembara Hijrah anjuran BPP-MIS di Masjid An-Najah, Asajaya, Samarahan pada Julai 2022

Selain menjalankan aktiviti untuk komuniti, BPP-MIS juga menjalankan aktiviti memperkasa dan meningkatkan kemahiran fasilitator yang mengendalikan pelbagai program yang dianjurkan.

Para fasilitator dihantar untuk menghadiri kursus seperti Kursus Asas Penyelidikan dan Penilaian Program yang bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas dalam penyelidikan dan penilaian program selain bertujuan untuk membentuk sikap positif fasilitator dalam menangani agenda pembangunan ummah serta membina dan meningkatkan keyakinan diri.

Sejak ditubuhkan, BPP-MIS setakat ini telah melatih seramai lebih 1,000 orang fasilitator di seluruh Sarawak.

Melangkah ke hadapan, BPP-MIS mempunyai perancangan yang lebih besar dalam memperkasa masyarakat Islam Sarawak dengan memfokuskan pada konsep ‘Pendidikan Syumul’, iaitu pendidikan secara menyeluruh, lengkap dan sejagat.

Datu Dr. Haji Julaihi menerangkan secara ringkas mengenai rancangan masa hadapan BPP-MIS tersebut.

Menurut beliau, tempoh pelaksanaannya disasarkan bermula dari tahun 2021 sehingga tahun 2030 selaras dengan aspirasi Sarawak maju menjelang 2030.

Bagi mencapai agenda pendidikan syumul, empat (4) tindakan diambil, iaitu meneruskan pelaksanaan PBK, mewujudkan Sistem Pendidikan Islam Sarawak (SPIS), melaksanakan Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak (PTMIS) untuk Bidang Pendidikan dan memupuk rasa kebertanggungjawaban bersama terhadap pendidikan.

Jelas Datu Dr. Haji Julaihi, pendidikan syumul yang dilaksanakan memenuhi keperluan serta tuntutan dunia dan akhirat.

Pelaksanaannya merangkumi semua bidang pembangunan insan dengan menggunakan sumber menyeluruh melalui penglibatan semua pihak yang terlibat termasuklah penyampaian bentuk dan kaedah pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu.

Untuk mewujudkan Sistem Pendidikan Islam (SPIS), lima (5) komponen utama dimuatkan, merangkumi Struktur Pendidikan, Institusi, Kurikulum, Sistem Pentaksiran dan Naziran.

Dalam melaksanakan SPIS, BPP-MIS merancang untuk mewujudkan struktur pendidikan Islam dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak ke peringkat rendah, menengah, diploma atau pra-universiti hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Kurikulum yang ditawarkan juga serasi (compatible) dengan sistem pendidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Di bawah Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak (PTMIS), slogan ‘Pendidikan Syumul Membina Ummah Bertakwa’ diangkat untuk direalisasikan menerusi empat (4) strategi.

Strategi yang pertama ialah memartabatkan masjid sebagai pusat pendidikan berasaskan komuniti, kedua, memperkasakan Institusi Pendidikan Islam, ketiga, meningkatkan keprihatinan golongan pendidik tentang agenda pembangunan ummah dan strategi keempat ialah memartabatkan golongan agamawan.

Pada asasnya, BPP-MIS berperanan sebagai satu badan penasihat pendidikan bagi masyarakat Islam di Sarawak.

Selain itu, BPP-MIS juga bertindak sebagai sebuah badan perancang dan pelaksana pelbagai program pendidikan dan latihan yang bertujuan untuk membangun dan membina keupayaan ummah di Sarawak.

Latest

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.
spot_imgspot_img

A Legacy Worth Weaving, One Thread at a Time

Sarawak's living heritage is at risk as youth grow distant from elders. While government support exists, a community-led model using simple micro-grants and monthly circles can revive traditions. This approach ensures heritage is lived daily, not just archived.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Fair Growth Reaches Everyone, Not Just Cities

Fair development means investing in neglected rural areas so people can access basic roads, water, electricity, jobs, land profits, banking, and digital services. It aims to reduce poverty and narrow the city-village gap, while admitting delays and still unfinished work.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here