Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Penyasaran Subsidi: Langkah Strategik Memperkasa Masyarakat Luar Bandar

Sejak beberapa dekad, subsidi pukal di Malaysia telah meringankan beban rakyat, namun turut dinikmati oleh golongan kaya dan warga asing. Justeru, subsidi bersasar mulai Jun 2024 dilaksanakan bagi memastikan bantuan tepat kepada yang layak, menjimatkan RM15.5 bilion setahun untuk disalurkan semula kepada kebajikan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bagi masyarakat luar bandar yang sering menjadi tulang belakang ekonomi negara namun terdedah kepada cabaran kos sara hidup dan akses terhad, penyasaran subsidi membawa pelbagai manfaat signifikan.

Memahami Subsidi Bersasar

Subsidi di Malaysia merangkumi barangan keperluan asas seperti minyak masak, telur, ayam, serta bahan api dan tenaga (petrol, diesel, bekalan elektrik). Subsidi pukal sebelum ini memberi manfaat kepada semua lapisan tanpa mengira status ekonomi. Kelemahannya, golongan berpendapatan tinggi, perniagaan besar, malah warga asing turut menikmati subsidi yang sepatutnya membantu golongan yang memerlukan. Subsidi bersasar pula disalurkan berdasarkan tahap pendapatan dan komposisi isi rumah, menjadikannya lebih adil, berkesan, serta mampu mengekang aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi.

Kos subsidi pukal sangat tinggi, mencecah RM77.3 bilion pada tahun 2022 akibat kenaikan harga komoditi, inflasi global, serta konflik Ukraine-Rusia. Penyasaran subsidi memerlukan data tepat bagi mengelak golongan tercicir, namun rasional utamanya adalah mengukuhkan fiskal negara dan membolehkan penyaluran peruntukan lebih strategik, termasuk untuk pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.

Pelaksanaan bermula 10 Jun 2024 dengan pemansuhan subsidi pukal diesel di Semenanjung (harga runcit RM3.35 seliter mengikut pasaran), disusuli subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mulai September 2025. Pengguna layak menikmati harga RM1.99 seliter dengan had kelayakan diselaraskan daripada 300 kepada 200 liter sebulan akibat kenaikan harga minyak global. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), pelarasan ini bersifat sementara.

Setakat ini, lebih 10 juta rakyat menikmati subsidi RON95, manakala data 16.5 juta warganegara layak dikemas kini untuk kuota tambahan, termasuk 23,000 pemilik perahu berdaftar dan 52,000 pemandu e-hailing aktif. Secara keseluruhan, penyasaran subsidi menjimatkan RM5 bilion (diesel), RM2.5 bilion (RON95), RM1 bilion (ayam dan telur), serta purata RM6 bilion (tarif elektrik). Penjimatan RM15.5 bilion setahun disalurkan kembali untuk kebajikan rakyat, termasuk peningkatan STR dan SARA sebanyak 30 peratus.

Manfaat Khusus untuk Masyarakat Luar Bandar

Masyarakat luar bandar sering menghadapi cabaran unik: jarak geografi yang jauh, akses terhad kepada kemudahan awam, kos pengangkutan tinggi, serta pergantungan kepada aktiviti ekonomi seperti pertanian, perikanan dan perusahaan kecil. Penyasaran subsidi memberi impak besar dalam aspek berikut:

  1. Bantuan Tepat kepada Golongan Memerlukan

Di luar bandar, majoriti penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Subsidi bersasar memastikan bantuan seperti STR dan SARA meningkat 30 peratus berbanding sebelum penyasaran. Ini bermakna keluarga luar bandar menerima suntikan tunai lebih besar untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian dan pendidikan anak-anak. Golongan yang benar-benar layak tidak lagi bersaing dengan golongan kaya atau warga asing dalam menikmati subsidi.

  • Penambahbaikan Infrastruktur dan Perkhidmatan Awam

Penjimatan RM15.5 bilion setahun membolehkan kerajaan melabur dalam infrastruktur luar bandar: pembinaan dan penyelenggaraan jalan desa, bekalan air bersih, elektrik di kawasan pedalaman, serta kemudahan sekolah dan klinik kesihatan. Contohnya, lebih banyak kemudahan sekolah dan institusi pengajian tinggi dapat ditingkatkan, sistem perkhidmatan kesihatan awam diperluas dan akses kepada pasaran bagi hasil pertanian dan perikanan menjadi lebih lancar.

  • Sokongan kepada Sektor Pertanian dan Perikanan

Nelayan dan petani kecil di luar bandar sering bergantung kepada diesel bersubsidi untuk mengendalikan bot, jentera dan pam air. Dengan subsidi bersasar yang turut menyediakan kuota khusus untuk 23,000 pemilik perahu berdaftar, golongan ini terus menerima bantuan tanpa ketirisan. Penjimatan daripada penstrukturan tarif elektrik juga mengurangkan kos operasi bagi perusahaan kecil desa seperti memproses hasil tani dan perikanan.

  • Kestabilan Harga Barangan Keperluan

Pengapungan harga ayam dan telur yang disertai penjimatan RM1 bilion membolehkan kerajaan menstabilkan harga di pasaran luar bandar. Penduduk luar bandar tidak lagi terbeban dengan kenaikan harga mendadak kerana mekanisme subsidi bersasar memastikan barangan asas sampai dengan harga terkawal. Selain itu, 85 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan tarif elektrik, malah ada yang menikmati penurunan bil – manfaat besar bagi isi rumah luar bandar yang menggunakan elektrik untuk keperluan harian.

  • Pengukuhan Ekonomi Desa dan Peluang Pendapatan

Lebihan dana daripada penjimatan subsidi membolehkan kerajaan melaksanakan program peningkatan kemahiran, bantuan modal usahawan desa dan projek ekonomi berasaskan komuniti. Contohnya, bantuan kepada 52,000 pemandu e-hailing aktif – termasuk di kawasan luar bandar yang mula mendapat perkhidmatan pengangkutan moden – membantu mereka menampung kos operasi dan menyediakan perkhidmatan mampu milik kepada penduduk setempat.

  • Mengurangkan Ketirisan dan Penyeludupan

Di kawasan luar bandar yang bersempadan dengan negara jiran, penyeludupan bahan api bersubsidi sering berlaku. Subsidi bersasar mengekang amalan ini, memastikan diesel dan petrol hanya dinikmati oleh pengguna tempatan yang layak. Ini secara langsung melindungi kepentingan penduduk luar bandar yang bergantung kepada bahan api untuk mata pencarian harian.

Asas Ekonomi Berdaya Saing, Mampan dan Berpihak kepada Rakyat

Penyasaran subsidi adalah langkah strategik yang mengimbangi kekukuhan fiskal negara dengan kesejahteraan sosioekonomi rakyat, khususnya masyarakat luar bandar. Penjimatan RM15.5 bilion setahun membolehkan kerajaan menyalurkan semula dana untuk kebajikan, infrastruktur, pendidikan dan kesihatan – semua aspek kritikal bagi pembangunan luar bandar yang inklusif. Dengan bantuan lebih tepat, kos sara hidup terkawal dan peluang ekonomi diperluas, masyarakat luar bandar bukan sahaja tidak tercicir, malah menjadi penerima manfaat utama reformasi subsidi ini. Tuntasnya, penyasaran subsidi adalah inisiatif realistik yang mampu membina asas ekonomi negara yang berdaya saing, mampan dan berpihak kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air.

Rujukan:

  1. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/subsidi-2022-kini-berjumlah-rm77-3-bilion-terbesar-dalam-sejarah-bagi-meringankan-kos-sara-hidup-rakyat
  2. https://www.mahersaham.com/blogs/subsidi-bersasar-malaysia
  3. https://www.multiply.org.my/my/subsidy-rationalisation-what-it-is-and-how-it-might-affect-you/
  4. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2440764

Latest

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.
spot_imgspot_img

Agriculture Builds Lasting Prosperity

Sarawak's rural communities stand at a turning point. Agriculture contributed RM15.7 billion to state GDP in 2025. The 2027 budget allocates RM248 million for food security. Rural families must now organise, adopt modern methods and capture clear growing market opportunities.

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here